Posts

Sunset di Pulau Tioman

Memang menarik suasana di Pulau Tioman ini. Mengambil gambaran daripada posisi menghadap laut dengan ketinggian lebih kurang 80 meter dari paras laut, pemandangannya cukup indah. Waktu sekarang ialah jam 6.20 petang. Saya sekarang berada di Berjaya Tioman Suite ditingkat tujuh atas sekali, setengah orang memanggilnya sebagai kondominium. Sinaran matahari begitu terang dengan cahayanya sedikit dihalang oleh kumpulan awan mendung. Dah hampir sejam saya menikmati pemandangan indah ini dengan menyaksikan kapal dan bot2 kecil tak henti2 membelah laut yang biru. Tiupan angin agak kencang dibulan Ogos ini yang mana kian menghampiri musim Moonson yang bakal tiba beberapa bulan lagi. Apa yang saya fikirkan diwaktu sebegini….cukup menenangkan. Tak hairanlah begitu ramai pelancung luar dan dalam yang mengunjungi pulau ini. Horizon pemandangan disini meliputi kejauhan sehingga ketitik terakhir yang menyaksikan kontour laut yang melengkung. Tidak terdapat satupun bot nelayan sepanjang pemerhatian...

Jangan Hadkan Kawalan Akal Anda

Semalam selepas berbuka puasa…saya duduk sambil merenung bintang dilangit. Aduhai cantiknya kerlipan bintang, banyaknya bintang. Sebenarnya bintang2 dilangit menenangkan fikiran mereka yang melihatnya. Dalam pada itu saya juga terlihat pergerakan bintang yang kelihatan seolah2 jatuh ke bumi. Saya tertanya2 kemanakah ia pergi???. Saya sering bertanya sebegitu…kerana setahu saya apa yang berubah..pasti ada impaknya kepada alam semesta…hatta nafas kita sekalipun pasti merubah kondisi universe secara tanpa kita sedari…. Baik sebelum itu saya mengucapkan Selamat berbuka dan menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada pembaca setia dan yang baru mengikuti blog Cikemiau. Mungkin anda pelik kenapa saya memilih nama Cikemiau. Sebelum memulakan bicara..elok rasanya saya ceritakan sikit maksud Cikemiau tersebut. Nama Cikemiau adalah panggilan manja kepada anak bongsu saya yang kini berusia 3 tahun. Bila saya menggeram saya akan memanggilnya dengan nama tersebut. Saya sendiri tidak tahu dari mana data...

Pokok Tak Kan Bergoyang Kalau Tak DiTiup Angin

Kekadang kita berfikir nak berubah. Berubah dalam situasi yang kekal, bukannya setakat trial error. Isu ini lah yang menarik perhatian saya malam ini. Setengah pendapat mengatakan dengan cara begini iaitu setakat cuba2 mungkin akan menjadi atau gagal. Saya jelaskan, sesuatu ketidakpastian memang nyata merimaskan untuk disentuh, tapi kegagalan bukanlah penamat sebuah iltizam. Ambil contoh senario ini…"saya tak nak merokok lagi". Bukankah itu terlalu extreme. Dah tentu ada side effect lain timbul. Saya bagi contoh yang berbeza…."kalau nak cari calon isteri....dapat yang cute pun ok lah…(lelaki)….tapi kalau dapat yang cute lagi cantik…itu sudah bagus". Full Packagelah katakan. Ok….susur galur di atas memang berbeza. Take it or leave it VS On The Way To Heaven. Sebenarnya perjalanan kearah matlamat seterusnya menamatkan deria kita seandainya kita melihat yang jauh secara dekat. Deria kita patut digunakan sepanjang perjalanan tanpa ditutup oleh matlamat yang dihadapan....

Halangan dan Cabaran Dalam Membina Ketamadunan Islam

1. Pendahuluan Tamadun Islam yang pernah terbina adalah atas dasar aqidah, syariah, ilmu dan akhlak. Dasar- dasar ini bertitik tolak dari faktor keagamaan yang menjadi unsur utama pembangunan tamadun islam, yakni seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Penekanan diberi kepada aspek-aspek iman, islam dan ihsan. Malangnya umat islam hari ini begitu tercabar dengan isu-isu seperti konflik politik, krisis ekonomi, kebekuan idea dan penyelewangan agama. Apabila diungkapkan bolehlah dikatakan cabaran-cabaran utama yang melanda adalah kerana kepincangan nilai-nilai akhlak, kurangnya kepimpinan yang berwibawa yang membawa kepada perpecahan, masyarakat yang goncang kestabilan sosialnya akibat pengaruh budaya asing, ideologi barat, kelemahan ekonomi dan kemerosotan ilmu dikalangan umat muslimin itu sendiri yang menyaksikan barat menguasai ekonomi sains dan teknologi dan seterusnya dominan dalam kuasa politik dan ketenteraan. 2. Latarbelakang Dalam abad yang ditunjangi oleh ...

Perlembagaan Malaysia Platform kepada Perhubungan Etnik

1. Pengenalan Malaysia adalah sebuah Negara yang berbilang kaum di mana kaum melayu, cina dan india merupakan kumpulan yang terbesar di semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak terdapat etnik lain seperti dusun, iban, bajau dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa negara seperti Malaysia memerlukan kerjasama yang erat, perpaduan dan hubungan yang harmonis diantara rakyatnya yang berlainan kaum dan etnik di dalam menjamin kesejahteraan dan pembangunan ekonomi dan rohani rakyatnya. Dalam memastikan keperluan tersebut dipatuhi adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk mematuhi konsep raja berperlembagaan yang menjadi pilihan dan persetujuan kumpulan etnik semasa pembentukan negara Malaysia yang merdeka pada 31 Ogos 1957. Menurut Dr. Shamsul amri…perlembagaan difahamkan sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip...

Something

hhmmmm...feel strange...we are surrounded by what we thought we are been to...accomplished something..missed something...don't even bother about something...well at least we been directed to something...we live in what we believe..that is something...are...those somethingxxxx....but what was it all about...winning...egoistic...self defence...pleasing somebody...being smart..carry on...repeating stupidness......just how many times do we need to surrender...and how much weight do we found to be compensated with our own...misleaded judgement.... trial & error...don't agree....self exprimental ownself...time constraint...bla..bla..bla..bla.....what's the solution..where are you heading to....don't believe???....so many junction...paradox!!!!....games over...stalemate....count your accumulative lead...what did they say..... conclusion...that... something is fixed by something...when you think..of...some.....then...the think...will makes you become...something...the t...

By the way U&IitsUS

By the way .. what a gentleman said is not what he sees..but what he feels..by the way what a lady says is not what she feels…but what she intents….cut it short.. always ladies first..unless the world will be lived in a dream rather than reality…man will always see in a macroscopic perpective trying to collect all that can be seen… By the way .. ladies on the other way will always look in a remote microscopic picking what she wants as intended…as a result woman will be more subjective asking question unanswered by man..conversely man will be more objective asking direct unpopular questions… By the way .. to be combined into one is not about to copy paste but more on to cut and paste..you must take it all and have your own value…there is no best model can be described as the best value… By the way .. it is true ladies first..you got to have an intention first, then feeling will come by itself…lets live in a real value in a reality with ongoing sweetdream…the idea is to get 2 in...