Ranau Rindu Yang Hampir Hilang Bhg.1




(Tukar Kawasan)


"Hmmm...tukar kawasan!!!" Aku rasa tak seronoklah macam ni. Baru nak mengenali kawasan ni dengan keramahan penduduknya, apa pula dalam fikiran Pengarah aku ni. Masih banyak kerja yang belum selesai, dah nak tukar kawasan pula. Apa boleh buat, memang beginilah kalau kerja dengan kerajaan. Layan je lah. Aku baru 3 bulan habis kursus di Maktab Kerjasama Malaysia Jalan Templer Petaling Jaya. Dengan ilmu yang ditimba menguatkan kami pegawai-pegawai baru kerajaan untuk memberikan sumbangan kepada koperasi-koperasi di Negeri Sabah.


"Oiii!!!... Ramsah..jangan lupa, kau kena siapkan laporan audit tu secepat mungkin", Pegawai Kanan Daerah Kota Kinabalu(KK) menyergah aku awal pagi lagi. "Biasalah kita nikan junior, ikut saja apa yang bos minta tu."  Alex seperti biasa menenangkan aku. Alex ialah kawan satu batch aku masa kursus di KL dulu. Alex hari ni kelihatan kacak dengan rambutnya yang terpacak-pacak. Jam baru pukul 7 pagi. Cuaca di luar pejabat agak dingin dengan hujan yang dah hampir seminggu berterusan.

Biasanya aku keluar ke pejabat seawal jam 6.30 pagi. KK diterangi matahari lebih awal berbanding Kuala Lumpur(KL). Rasanya macam nak kembali ke KL pula, tapi teruklah, di sana masih gelap lagi dah mandi, maklumlah jam 6 pagi macam jam 5 pagi di KK. Aku masih ingat masa kursus dulu aku duduk dekat Petaling Jaya tapi kena bergegas ke Shah Alam pula, sebab aku ditugaskan latihan kerja di Jabatan Pembangunan Koperasi Shah Alam.

Bayangkan dalam keadaan mata masih ngantuk dah beratur tunggu bas. Naik bas pula bukan alang-alang...penuh!!! Pernah sekali aku terpaksa bergayut di tepi pintu bas...wooww bahaya wooo!!! Lagi menambah derita pula kena berdiri hampir 2 jam. Maklum sajalah jalan di KL tu.....jammm memanjang. Apa tak bengang macam ni!!! Dahlah kena masuk jam 8 pagi, jalan seawal jam 6 pagi pun masih juga lewat ke pejabat. Tapi kekadang syok pula kalau berdiri sebelah awek, jangankan 2 jam...10 jam pun abang sanggup woooii!!!


Perut dah lapar ni. Sempat lagi kalau nak turun ke kedai untuk sarapan pagi. "Lex...mari cari soto!!!" Kami berdua memang suka menziarahi kedai soto yang terletak berhampiran pejabat tempat kami berkerja ni. Kedai tu cina yang punya, tapi sebahagiannya disewakan kepada Encik Abu yang berketurunan Jawa. Isteri beliau pandai menyediakan masakan soto jawa. Mee soto jawa mereka begitu laris.


Setelah meminta izin daripada Pegawai Kanan masing-masing, kami pun turun daripada pejabat kami yang terletak di Tingkat 7 bangunan Kerajaan yang mempunyai 12 tingkat keseluruhannya itu. Kena tunggu lif pula. "kenapalah ramai sangat awek baru yang cun melecun dalam bangunan Kerajaan ni." Alex melontarkan persoalan itu kepadaku, suara Alex agak mudah didengar oleh beberapa pekerja wanita baru seperti Pegawai Imigresen yang berselisih dengan kami semasa mereka keluar daripada lif tadi. Alex menambah dengan ucapan "hiii...salam perkenalan...nanti tengahari kalau nak makan....jemput kita orang sekali." Malangnya Pegawai-Pegawai Imigresen itu langsung tak mempedulikan kata-kata Alex dan terus beredar. 

"Dah lah tu Lex...mentang-mentang orang baru kau nak ragging pula!!!." Aku menegur cara Alex melayan budak-budak baru tadi. Tapi bila diingat kembali, memang sebegitulah lumrahnya bagi pekerja-pekerja baru disini, sering saja diusik oleh para senior.







Bangunan Kerajaan ini menempatkan pelbagai Jabatan Kerajaan Persekutuan. Yang ironinya kebanyakkan daripada pekerjanya bertemu jodoh di sini..."hmmm..tak mungkin." Hatiku menidakkan takdir sebegitu terhadap masa depanku disini. "Ting-ting." Lif berbunyi menandakan dah sampai ke aras bawah bangunan. Alamak ramainya orang tercegat di pintu masuk bangunan. "Hujan ni Lex..amacam???" Aku bertanya kepada Alex. Hari masih hujan, orang lain semua dengan payung masing-masing. Tak kurang yang pergi parking kereta dan cuba berkereta dalam keadaan hujan lebat sebegini.




Kenapa tiba-tiba aku rasa terbuai-buai dengan rintikan hujan yang berdesing mencurah di jalan-jalan raya depan kami. Sambil mendongak ke atas, aku terlihat butiran mutiara hujan terbang melayang-layang mengikut arah angin lalu pecah dan terhempas ke dinding di kiri dan kanan bangunan Persekutuan ini. Angin agak kuat dengan hujan yang memang lebat. Beginilah kebiasaannya pabila tiba musim tengkujuh. "Biasalah Ram...kalau di Eropah, bulan Dec ni salji turun, tapi tempat kita hujan pun jadilah."

Alex memecah keasyikan aku tadi setelah dia kehairanan melihat aku yang tiba-tiba terpegun menghayati irama hujan tadi. Agak lama juga terperangkap di pintu utama Bangunan Persekutuan. Seperti dirancang, sambil menjeling antara satu sama lain. "Lariii..abislah basah...adoi..."  Dalam berkata-kata Alex tiba-tiba memecut meredah hujan dan aku pun mengejarnya. Kami berlari keanak-anakkan dalam hujan dan menyeberang ke arah sebelah bangunan di mana terletaknya soto favourite kami.

Rambut Alex nampaknya dah kurang terpacak dek siraman hujan tadi. Agaknya dia memakai gel rambut yang murah kot??? Setelah memesan mee soto idaman kami Alex mengutarakan pula persoalan beliau. Dia ni memang jenis yang banyak bertanyalah!!!! Kadang-kadang boring juga dengan dia ni. "Ram kau suka tak Pengarah tempatkan kau di kawasan Pedalaman Barat."  Aku mengangguk kepalaku ke arah sebelah kanan bahu sambil kedua-dua bahu ikut naik sekali. Sebenarnya aku lebih suka bertugas di kawasan KK kerana dekat dengan bandar.

Tapi sesuatu seolah-olah membuai dan menarik ingatanku sejak terlihat hujan yang turun tadi. Semacam ada perkaitan dengan kawasan baru tempat aku bertugas nanti. Tapi tak pasti apa dia. Agaknya ada memori yang belum hilang. Kerana aku pasti memang pernah ke sana dulu. Tapi apa...hmmmm??? "Mee Soto dua Mas.." Aku tiba-tiba terkejut dengan bicara En. Abu tauke soto tadi. "Makan sotonya...masih panas nieee."  Encik Abu meletakkan dua mangkuk mee soto bebola daging keatas meja kami seperti yang kami pesan.

Bicara En. Abu tadi sebenarnya membantu aku mengembalikan memori lama dulu. Perlahan-lahan aku mulai dapat mengaitkannya dengan suasana hujan dan ditambah dengan pertukaran kawasan tempat baru aku bertugas tadi. Tiba-tiba aku berkata sesuatu dengan yakin kepada Alex. “Alex aku bersetuju dan tak sabar nak berpindah tugas ke Ranau." "Apa."  Alex terkejut dalam keadaan kepayahan untuk menelan bebola daging soto jawa tadi. "Sikit aku tercekik oleh kau ni!!!....Heeeiii!!!, kalau ia pun makanlah dulu."


Biar apa pun reaksi dari Alex, aku kini sedar dan berbesar hati untuk dipindahkan ke Pedalaman Barat. "Saya Yang Menurut Perintah!!!! Suara yang bersemangat tak semena-mena terkeluar dari mulutku sambil sebelah tangan ini menghempas atas meja makan. "opppsss...adoohhh...alamak Lex...sori...sori." Rupanya secara tak sengaja aku telah terhentak mangkuk mee soto Alex dan kuah soto terus tersimbah ke muka dan kepala Alex yang sedang tunduk sambil menjamah soto tadi.  Aduhai kesian Alex??? Mukanya basah oleh kuah soto dan rambutnya bukan saja kini terpacak malah berpintal dengan mee soto tadi.


Aku betul-betul rasa teruja dengan peristiwa ini. Alex yang basah kuyup oleh hujan sekali lagi dibasahi air, cuma kali ini oleh kuah soto yang agak panas airnya. Aku pernah merasai keadaan sebegitu, kini ingatanku semakin pulih. "Kau ni Ram, sudahlah buat salah...tersenyum-senyum pula. Apa yang lucu???" Alex agak marah denganku. Dia menyambung kata-katanya. "Cuba kalau kau jadi aku...baru kau tahu apa macam rasanya." Aku cuma mampu tersenyum. Manakan tidak, bukan geli hati disebabkan rambut Alex yang berpintal dengan mee soto, tetapi kerana aku memang pernah mengalami apa yang menimpa Alex tadi.


Kini aku sudah ingat. Memori itu semakin terbayang jelas di mataku. Cuma wajahnya sukar untuk aku jelmakan. "Aku perlu segera mencari gambar itu", hatiku berbisik. Tak sabar rasanya hendak cepat pulang ke rumah. Bukan apa, aku dah tak ingat di mana aku simpan gambar gadis yang pernah mencuit hatiku dulu.


Lewat hari itu selepas waktu kerja, aku memberitahu Alex yang aku ingin segera balik ke rumah. "Lex, hari ni tak nak lepak mana-mana lah. Aku ada sedikit urusan dirumah. Apa-apa pun nanti aku ceritakan esok..ok..."  Selepas itu aku segera bergegas pulang ke rumah. Sesampai di rumah, aku terus masuk ke bilik dan mencari album gambar lama.


Setelah menatap album gambar-gambarku dengan keluarga,  akhirnya aku menemukan satu album berwarna coklat. Album ini memang agak peribadi. Di dalamnya terdapat gambar-gambar semasa aku bersekolah dulu. Cuma gambar aku berseorangan. kalau ada pun gambar orang lain, itu kerana mereka mencatatkan kenangan terindah bersamaku dulu. Terpaku juga membelek gambar-gambar lama ni. Hampir lupa pula tujuan asalku tadi.


Hatiku kini terasa semakin berat dan keresahan. Tak silap aku, mungkin lebih 5 tahun tak pernah melihat gambar tersebut, sememangnya aku dah lupa tentang dia. Kini hanya tinggal 3 keping gambar yang belum aku lihat. Namun aku masih tak menjumpai gambar yang aku cari, sehinggalah gambar yang terakhir. Bila terlihat saja kepingan gambar yang terakhir ini, aku mula memahami semula semuanya. Rupanya gambar yang terakhir ini aku telah selitkan dalam album secara terbalik yang pada asalnya tidak sebegitu.


Dulu hatiku sebenarnya sudah tidak mahu melihat wajah gadis di potret ini. Itulah sebabnya aku terbalikkan posisinya di dalam album. Namun ayat yang tertulis dibelakang gambar itu sekali lagi membangkitkan nostalgia cerita itu. Aku mengamati semula kata-kata yang ditulis oleh gadis tersebut, dia semacam gelisah dan ingin memberitahuku sesuatu yang bagi dirinya tersangat penting. Aku membacanya buat kesekian kali setelah lama tak menatapnya.


Tulisan itu berbunyi sebegini..."Andai kau menerima gambar ini..itu tandanya diriku sudah tiada disini lagi.....aku tak pasti jika kita akan bertemu lagi....maafkan aku....aku tahu kehadiranmu bermusim....kerana itulah aku telah pacakkan rinduku padamu disini dihari aku mengenalimu lagi...cuma aku takut seandainya ia pudar dan terseksa lalu menjadi sebuah rindu yang hampir hilang....Harap terima potret ini...kau hargailah ia sebagaimana aku pernah merinduimu....Natasha..."

Tiba-tiba saja aku jadi tak bermaya. Aku telah kembali ke sini dan merasai kesedihan hatinya. "Aku dulu tak mampu mengharunginya.....bagaimana aku mahu menyampaikan berita padamu yang aku juga waktu itu tak tertahan rindu padamu...." Tak sedar dalam menutup mata rupanya hatiku berkata-kata sebegitu. Seperti rintikan hujan yang gugur dari langit. Begitulah jua tanpa kusedari pabilaku membuka mata, terasa titisan  air jatuh menggenangi kelopak mataku.


Aku menterbalikkan gambar itu, dan hatiku sedikit terubat. Aku tersenyum seketika kerana sekali lagi aku dapat menatap wajahmu, walaupun ia hanya sebuah potret wajahmu. Gadis berlesung pipit dengan senyuman yang menawan. Kulit putih gebu dengan bibir merah bak delima. Pancaran matamu menusuk kalbu. Katakan apa saja, orangnya memang seperti yang kulihat dalam gambar ini. Gambar yang diberi padaku oleh ibumu. Gambar yang disediakan olehmu sebagai ganti diri.


Aku kini perlahan-lahan melantarkan diri di atas katil. Cuba untuk menyelusuri kembali segala memori itu. Bulan Dec seperti kini merupakan bulan aku kehilanganmu dahulu. Hujan seperti sebegini ialah hujan yang membasahi dan mendingini hatiku dahulu. Aku masih ingat aku kesitu waktu itu, masa itu aku perlukanmu untuk menghangati kesejukan rinduku padamu.....dan aku....aku....aku....




(Flashback 1)

........5 tahun lalu

..."aku.....aku......aku minta maaf bang....aku...aku tak sengaja", dengan kata-kata yang tersekat-sekat gadis manis itu memohon maaf dariku.” “mmmm memang aku dah agak....kenapalah dengan yang lain tak tumpah....aku yang duduk dihujung meja tempat terakhir pula kau kasi tumpah. Agaknya budak ini gemuruh tengok aku.....hensem juga aku ni....!!!" Hatiku berbisik sendiri.


Semuanya bermula diwaktu cuti penggal persekolahan. Waktu itu aku dalam tingkatan 5. Cuti persekolahan ada 3 penggal. Masa itu ayahku berkerja sebagai Polis di daerah Sandakan sebelah pantai timur Sabah. Setiap cuti sekolah kami akan pulang ke kampung ayahku di sebelah pantai barat Sabah. Dalam usia 17 tahun aku memang suka pengembaraan jalan darat ke pantai barat Sabah yang menyaksikan kami menuruni dan menaiki Banjaran Crocker. Yang paling best ialah pemandangannya begitu indah semasa berdampingan dengan kaki Gunung Kinabalu. Biasanya kami akan singgah di Ranau untuk makan.




(Flashback 2)


Cuti Persekolahan Penggal Pertama – Apr


Tak sabar rasanya hendak balik ke kampung. Kampung ayah terletak di Kampung Kawang Papar. "Pasti syok travelling ikut jalan darat. Mesti best tengok Gunung Kinabalu dari dekat, dengan iklim sejuk pergunungan....hmmm tak pernah boring merasainya."  Fikiranku berimaginasi sejenak pabila ayah memberitahu cuti sekolah ni kami akan balik kampung. Hari yang ditunggu akhirnya tiba jua. 


Kami sekeluarga menaiki kereta dari Sandakan ke KK. Beberapa jam perjalanan kemudian Gunung Kinabalu mula kelihatan dari kejauhan. Tahap ketinggian muka bumi semakin meningkat, maklumlah perjalanan ini membelah Banjaran Crocker yang terhampar dari Negeri Sabah hingga ke Sarawak. Puncak tertinggi dalam banjaran ini ialah Gunung Kinabalu. "Wah segarnya udara disini, sejuk berkabus dan dingin." Aku berkata sebegitu kepada adik lelakiku yang kelihatan mengigil kesejukan walaupun dibaluti oleh baju yang
 agak tebal.


Selepas 4 jam dalam perjalanan kereta yang dipandu oleh ayah semakin perlahan, di hadapan kami kelihatan simpang jalan besar. Ayah memberitahu kami yang kami akan berhenti untuk makan dan berehat. "Ok...kita sekarang dah sampai ke Pekan Ranau. Kita berhenti sekejap untuk makan dan berehat." Kereta terus dipandu oleh ayah sambil mencari kedai makan. Akhirnya ayah memilih untuk berhenti di depan sebuah kedai makan yang agak kelihatan seolah-olah sebuah rumah keadaannya.

Seterusnya ayah membawa kami masuk ke kedai makan tersebut dan memilih untuk duduk di bahagian luar yang menghadap ke arah pemandangan Gunung Kinabalu. Jam di tanganku dah menunjukkan pukul 12 tengah hari, namun masih jelas puncak gunung kelihatan dengan sedikit kabus menyelimuti di bahagian bawahnya. Setelah ayah memesan makanan aku bangun seketika dan berjalan menuju ke bilik air dengan mengikuti petunjuk yang terpampang di penjuru kedai tersebut.

Agak sukar mencari bilik air ni, kedai ni agak besar. "Ini bukan kedai makan...ini macam rumah." Hatiku seakan-akan memberontak kerana agak keliru dengan rekabentuk dalaman kedai tersebut. Kena masuk ke dalam lagi baru jumpa bilik air. Semasa sedang membasuh muka, aku seakan-akan terdengar seseorang bermain piano. Agak merdu lagu itu dimainkan."Aku masih seperti yang dulu..menunggumu sampai akhir hidupku..."





Aku menyanyi sekali dengan melodi lagu piano tadi. Aku memang menikmati lagu itu, pandai juga orang itu main piano. "Macam ni...nanti aku kena belajarlah main piano...rugi sebab tak tahu main muzik langsung."  Irama piano tadi mendatangkan minat aku untuk belajar bermain muzik. Maklumlah aku tak tahu langsung bermain muzik selain menyanyi. Kalau menyanyi tu boleh katakan dah beberapa kali buat persembahan atas pentas.


"Tasha...Tasha...tolong angkat makanan ni ke luar." Terdengar suara seorang ibu seolah-olah meminta bantuan dari seseorang. Tiba-tiba saja bunyi piano tadi terhenti. Aku masih di bilik air, rupa-rupanya orang yang bermain piano tu Tasha namanya. "mmmm...perempuan rupanya yang bermain piano tu...kalau dengar pada namanyalah..."  Hatiku berkata-kata sendiri. Selepas seketika aku pun keluar dan balik semula ke meja makan. Dalam perjalanan keluar dari bilik air aku hampir sesat. "Heehhh...ini ruang tamu."  


Sambil sempat meronda-ronda aku pun segera berpaling dan kembali mencari semula jalan ke ruang kedai tadi. Akhirnya aku ternampak pintu asal tempat aku mula-mula masuk tadi. aku terus menuju ke pintu itu. Sambil tunduk aku berjalan dan hampir berlanggar dengan seseorang yang membawa sekeping talam di muka pintu. 


"Oppps..mmmm...sori..sori..sikiiit lagi....."  Aku berkata sebegitu kepada seorang gadis yang hampir berlanggar denganku tadi. Gadis itu membalas dengan kata-kata..."nasib baik talam kosong...kalau tidak dah tentu kau mandi..." Aku bertanya lagi, "mandi apa???" Gadis tu menjawab.."ahhh..tiada apa-apalah....maaf saya ada kerja ni..."


Setelah dia berlalu, aku pun kembali ke meja makan. Sekembali ke meja makan, rupanya minuman kami telah terhidang. Tapi makanan yang dipesan belum sampai lagi. Aku duduk di hujung penjuru meja dekat dengan ayah kesayanganku. Kami agak ramai, 10 orang kesemuanya termasuk ayah dan ibu. Aku merupakan anak kedua dan anak lelaki paling tua dalam keluarga. Dalam pada itu gadis tadi kelihatan semula dengan membawa makanan yang dipesan. Hatiku berfikir seketika..."mungkin dia ni Tasha agaknya???"


Gadis itu kemudian berlalu setelah meletakkan makanan dengan didahului dari hadapan meja. Kami sekeluarga cuma memesan mee soto sahaja. Seketika kemudian gadis itu keluar semula dengan membawa 4 mangkuk pesanan soto yang lain. Selepas memberi mangkuk yang berisi mee soto tersebut kepada adik beradik aku yang lain gadis itu kemudian bertanya kepada kami..."berapa lagi yang belum dapat???", sambil ia melihat ke arah ayahku dan terus pandangannya terhenti kearahku memandangkan aku agak terkebelakang dari pandangan matanya. 


Dunia bagai terhenti seketika, cuma kedengaran bunyi orang sedang makan dan menghirup soto yang telah terhidang di atas meja. Tak ada sesiapa menjawab soalan gadis itu atau Tasha mungkin namanya, nampaknya semua orang dah dapat soto masing-masing. Sebenarnya tinggal aku seorang yang belum mendapat pesanan soto tadi. Dalam pada itu, gadis itu terus memandangku. Bebola matanya kian tajam. Dia tersenyum seketika sambil mengecilkan renungan bebola matanya tadi. 


"Astagfirullah....manisnya senyuman...cantik pula dia ni!!!" rupanya hatiku hanyut dalam keasyikan melawan renungan dan senyuman gadis yang hampir berlanggar denganku dekat bilik air tadi. Tak semena-mena aku pun turut tersenyum. Membalas reaksi aku itu dengan pantas dia cuba mengalih pandangannya ke arah meja di depanku dengan wajahnya berubah kembali serius. Aku pun turut mengalih pandangan ke arah yang sama.


Ternyata cuma aku yang belum mendapat mee soto tadi. "Hmmm...Tasha bagi satu lagi soto untuk aku...", aku akhirnya berkata kepada gadis itu. Pada masa yang sama juga seluruh ahli keluargaku terus mengangkat muka ke arahku dan kemudian menoleh pula ke arah gadis itu. Tiba-tiba kakak perempuanku berkata..."bila masa pula kau kenal dia...cewek ni", secara spontan gadis itu pula menjawab..."baru tadi kak....ahhh...masa dalam bilik air."


Terpinga-pinga dengan kesilapan kata-katanya itu gadis itu menyambung bicaranya.."ahhh..ahhh..maksud Tasha baru kenal tadi masa terserempak dekat pintu masuk ke bilik air.” Kemudian ibuku pula menyampuk dan bertanya kepadaku..."macamana kau tahu nama dia....Tasha???..", agak kebingungan menjawab soalan ibu sambil jariku kupetik-petik..."hmmm...hmmm."  Langsung gadis itu bingkas memotong kerisauanku tadi dan menjawab..."begini bu...Tasha yang beritahu nama Tasha pada...ehhh...ehhh...budak ni.." Celaka pula, adakah dia panggil aku budak.."hmmm...", aku bengang seketika.


Suasana beransur reda, dalam menunggu soto yang terakhir untukku, nampaknya semua yang lain telah selesai makan soto masing-masing. Seketika kemudian Tasha keluar dengan membawa satu-satunya soto untukku. Semua ahli keluargaku merenung gadis yang bernama Tasha ini. Entah mengapa terasa tiba-tiba masa begitu perlahan.
Tasha yang sedang mengangkat sebiji mangkuk soto tadi turut perasan dengan tenungan mata seluruh ahli keluargaku terhadapnya. 

Aku pula jadi semakin risau, terasa seolah-olah perjalanan penghantaran soto itu dengan melintas dari tepi meja hadapan ke penghujung meja tempatku bagai sebatu jauhnya. Setiap langkah, setiap nafas yang Tasha ambil, dan setiap lenggok darinya begitu diperhatikan oleh ahli keluargaku. Ini membuatkan gadis Tasha ni seakan-akan gemuruh dan resah. Aku dapat perhatikan wajahnya yang putih bertukar menjadi kemerah-merahanan. Jelas dia gementar. Akhirnya dia sampai juga ke posisi tempat dudukku.


Sambil berdiri di sisiku dia bertanya...'ehhh mee soto bebola daging???" Aku lantas respon kepada soalan itu dengan sedikit gurauan..."kan kau dah tanya dekat pintu bilik air tadi." Tumpuan mata ahli keluargaku berubah-ubah ke arah gadis itu dan diriku. Mereka semua mengamati perbualan kami. Gadis Tasha tu semakin terketar-ketar mendengar jawapan selambaku tadi. Mata ahli keluargaku berpindah arah sekali lagi, kali ni kepada gadis Tasha tu sambil menunggu apa jawapan seterusnya dari dirinya.


Sesuatu diluar jangkaan terjadi....tiba-tiba 2 ekor kucing berkejaran dan lari di bawah meja betul-betul tempat gadis itu berdiri. Aduhhh...habis aku mandi soto...rambutku disirami oleh mee dan kuah soto tadi. ...."aku.....aku......aku minta maaf bang....aku...aku tak sengaja", dengan kata-kata yang tersekat-sekat gadis manis itu memohon maaf dariku." “Huhhh.. memang aku dah agak....kenapalah dengan yang lain tak tumpah....aku yang duduk di hujung meja tempat terakhir pula kau kasi tumpah. Agaknya budak ini gemuruh tengok aku.....hensem juga aku ni....!!!", hatiku berbisik sendiri.




(Kunjungan kali ke2)


Sejak peristiwa itu banyak yang bermain diminda ini. Keluargaku terus bertandang ke kedai itu setiap kali melalui jalan pulang dari KK ke Sandakan dan seterusnya. Bukan apa, aku memaksa ayahku untuk singgah ke sana apabila tiba di Ranau. Ayahku dan ibuku jenis yang amat memahami keinginanku. Memang selama ini aku berterimakasih kepada mereka. Cumanya kekadang aku terasa seperti terlalu mementingkan diri sendiri. Apa tidaknya adik beradikku naik marah disebabkan kelebihan yang diberikan oleh kedua orangtuaku itu.


Dalam pada itu hubunganku dengan Tasha semakin akrab. Semacam ada sesuatu yang agak istimewa. Diri ini tak pernah lagi mengenali seseorang gadis dengan sebegitu intim. Tasha baru berusia 16 tahun...'Sweet sixteen'. Dia juga cuma datang ke Ranau semasa cuti persekolahan sahaja. Dia yang kehilangan ayahnya seawal usia 2 tahun kini tinggal bersama ibunya. Mereka memang menetap di Ranau. Semasa dalam persinggahan pulang dari KK ke Sandakan pada cuti penggal pertama dulu aku sempat bercerita dengannya. Tasha kebetulan terlihat ketibaan kami sekeluarga semasa dia sedang melayani karenah tetamu di kedai makan ibunya. Aku terus merenung Tasha dari jauh walaupun kami masih berada di luar kedai.


Hatiku mula tertanya-tanya..."adakah dia masih mengingatiku???"  "Kamu ni cantik Tasha"..aku memuji Tasha. Tak tertahan melihat renungan mata Tasha, walau hati ini bagai menggigil kesejukan sempat juga aku mengatur kata-kata. "Ok...Ram..pastikan kali ni peristiwa dulu tak berulang lagi!!!", tiba-tiba ayah mengejutkanku dan mengingatkan aku tentang peristiwa mandi kuah soto sebelum ini. "Ram...oooi...Ram..kau dengar tak???”  "Baik ayah...hmmm...hmmm...jangan risaulah...kali ini biar Ram yang atur...", sambil tersipu-sipu aku membalas saranan ayah tadi. Rupanya aku sekadar berangan-angan sahaja tentang pujian yang aku berikan kepada Tasha tadi.


(Beberapa minit setelah memilih meja makan)Tasha kelihatan selamba merapati meja kami dan cuba untuk mengambil pesanan. Seakan-akan ingat dia terkaku seketika ketika melihat kami. Aku lantas bersuara kepada Tasha "asalamualaikum adik...nak ambil order tak???” Tasha terus pulih dari lamunan tadi dan respon.."ya...ya...nak makan apa???” "Tak mau soto..", aku pantas cuba mengingatkan Tasha tentang peristiwa dulu. Seolah-olah terbangun dari tidur Tasha mula mengukir senyuman dan bertanya..."abang tu ke???...yang hari tu...???”, aku mengangguk-angguk kepala seraya tersenyum juga dan berkata " ye...yeee!!!...kali ni tak nak mandi lagi yeee adik..."


Geram dengan perbualan kami...adik lelakiku tangkas menyedarkan kami berdua dengan menujukan persoalan untuk Tasha..."kakak nak ambik order kita orang tak ni???...kalau tidak kita cari kedai makan lain!!!”  Pipi Tasha terbonjol tersenyum kemerahan sambil menahan malu, lalu bebola matanya bersinar tajam merenung adik lelakiku. Kedua orang tuaku turut tersenyum dengan karenah kami bertiga.


Begitulah segalanya mula menjernihkan kenangan yang sebelumnya ditenggelami oleh masa yang berlalu. Sejak hari itu aku mula menyimpan perasaan pelik terhadap Tasha. Pelik dalam erti kata kerana aku memang tak pernah mengizinkan perasaaan sebegitu hadir dalam diri ini. Sebelum meninggalkan Tasha aku sempat menghulurkan janji untuk kembali ke situ kepada gadis yang menggoda jiwaku itu.


Setelah selesai menjamah makanan aku bangun ke bilik air dengan harapan untuk berjumpa Tasha. Tanpa aku sedari rupanya dia berada di luar pintu kearah sebelah kanan bilik air. Pintu tersebut menuju terus keluar rumah. Rupanya Tasha sedang memerhatikan gelagatku yang sedang dalam kerisauan. Dia seolah-olah tahu niatku. 


"Hmmm...abang...cari apa???", aku terkejut tiba-tiba Tasha datang dari sebelah arah belakang dan menegurku. Tasha menambah kata-katanya... "takkan tak jumpa bilik air???...nak Tasha tunjukkan."  



Berserabut fikiranku dibuat Tasha..."hmmm kau dari mana ni...tiba-tiba je muncul???”, aku menjawab pertanyaan Tasha tanpa segan silu. "Tiba-tiba je muncul???...mari sini bang...jom kita berbicara di luar"...sambil berkata dalam keadaan sinis Tasha mempelawaku ke ruang sebelah luar rumah kedai. "Biar kita bercerita di luar...senang sikit...takut orang lain nampak pula kalau di sini...", Tasha menerangkan kepadaku tujuan dia membawaku ke sebelah luar rumahnya. 





Setelah itu aku menjelaskan kepada Tasha tentang persinggahan kami sekeluarga yang bermusim sifatnya, yakni cuma semasa cuti penggal persekolahan sahaja. Perbualan diantara kami berdua terasa sungguh pantas seakan-akan kedua-dua kami memahami tentang berapa bernilainya masa yang kami ada. Yang mengejutkan aku ialah Tasha mengatakan dia juga cuma hadir ke Ranau dalam masa cuti sekolah sahaja, yakni sama seperti kehadiranku di sini.

Semua itu telah menjawab persoalan tentang...'dari mana dan tiba-tiba saja muncul'. Jelaslah kalau bukan kerana cuti sekolah...kami tidak akan berjumpa di sini seperti waktu ini. Dan seakan kebetulan rupanya buat masa ni dia adalah pelajar tahun 4 sekolah Agama Limau Limauan, sekolah yang sama semasa aku bersekolah di situ dulu dalam tingkatan 1. Cumanya aku setakat sempat sehingga tingkatan 1 sahaja gara-gara penyakit yang aku alami sewaktu bersekolah di situ yang menyebabkan aku terpaksa berpindah semula ke Sandakan. "patutlah dia ni ada pendidikan agama rupanya", aku mengingatkan diriku sendiri.

Aku tak hairan jika Tasha mempunyai cara pemikiran yang tajam. Setelah menceritakan kepada Tasha tentang kebetulan itu dan meceritakan bagaimana aku mendapat masalah dalam penempatan ke Sekolah Berasrama Penuh Labuan...akhirnya aku dan Tasha menemukan suatu kehangatan perhubungan yang sukar diluahkan waktu itu.

Tasha membawaku ke ruang taman sebelah belakang rumah kedai itu. Tempatnya agak luas dengan pelbagai bunga-bungaan yang ditanam dalam bentuk lingkaran bulat dan tersusun agak rapi. Sambil berjalan mengelilingi taman tersebut Tasha seakan-akan langsung membidas kata-kataku tadi..."abang bertanya saya datang dari mana tadi...kan???...soalan apa yang abang bangkitkan ini???...atau apa.... bukankah Tasha yang seharusnya bertanya soalan sebegitu???”  Tergamam seketika aku dibuat Tasha. Lalu semacam hadir suatu konflik dalam kotak fikiranku dan cuba untuk merungkaikan permasalahan yang baru timbul tadi....aku terfikir..."perempuan jenis apa dia ni???...agak cerdik pula orangnya."


Setelah berfikir sejenak aku mula cuba untuk menjawab soalan maut yang dikemukakan oleh Tasha dengan merendahkan nada suaraku..."bukan senang nak jumpa kau ni!!!...saya Ramsah", aku memberanikan diri dengan menghulur tangan untuk bersalaman. Namun Tasha cuma melihat saja tangan yang kuhulurkan tadi dan menghadirkan pula senyuman manisnya sambil berceramah pula denganku..."bukan muhrim...". Kata-kata Tasha membuatkan telingaku terbakar kepanasan. 


(Cuti Sekolah Penggal Pertengahan - Aug)


Semua dah tahu yang aku tak pernah melayani mana-mana gadis, rasanya kedua orangtuaku mungkin ingin melihat bagaimana aku membina perhubungan sebegitu yang nyata tak pernah berlaku dalam hidupku. Dulu aku puas menerima bermacam-macam  kutukan. Ada yang mengatakan aku ni takut dengan perempuan??? 


 Aku masih ingat masa harijadi kakakku dulu, ramai pelajar perempuan sekelasnya datang ke rumah. Mereka melihat aku dan ada yang berkata..."kau ni Amy(nama kakakku)...rupanya kau ada adik yang handsome...macam ni kena selalu lah datang rumah kau ni...", kakakku dengan mudah menjawab persoalan itu, kakak membalasnya dengan peringatan kepada mereka..."dia ni lain sikit...handsome tu sikit-sikit mungkinlah...tapi orangnya pelik...jangan haraplah kamu dapat tackle." Aku sering mengelak benda-benda sebegitu. Yang paling aku suka ialah tentang kisah penulis misteri yang mengatakan aku ni sebagai pengecut (Semoga mereka menemui jalan kebahagiaan selamanya).



(Cuti Sekolah menjelang lagi)


Kini cuti penggal persekolahan kembali lagi. Sebelum cuti, aku dah berpesan dan merancang sesuatu dengan ayah. "Kali ni kalau boleh kita bermalam di Ranau...boleh ayah???”, aku menyatakan kemahuanku kepada ayah kesayanganku. Seperti memahami ayah lantas menjawab.."ok kita cari hotel berdekatan kedai Tasha." Begitulah sifat ayah, beliau tak pernah mengecewakan aku (semoga rohnya diberkati). Ayah memang memahami diriku, dia yang membentuk aku menjadi seorang yang amat berdisiplin dan punyai kemahuan yang amat tinggi. Maka itu dia tahu yang aku takkan melakukan sesuatu perkara yang bodoh.


Setahun sebelum itu aku sepatutnya bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh Labuan. Seperti sebelumnya aku terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah terbaik di Sabah iaitu Sekolah Agama Limau Limauan Papar semasa aku Tingkatan 1. Kemudiannya aku sekali lagi terpilih ke Sekolah terbaik semasa dalam Tingkatan 4. Cuma kali ini aku terpaksa berpindah ke Sekolah Asrama Penuh Labuan. Aku mendapat tawaran itu sebagai pelajar tingkatan 4 batch pertama kerana sekolah itu sebenarnya belum 100% siap. Tetapi masalah timbul bilamana sekolah itu ditutup sementara atas alasan orang kampung sekitarnya membantah projek pembinaan sekolah itu untuk diteruskan.


Malangnya setelah sekian lama tergantung-gantung tanpa bersekolah aku terpaksa menyambung persekolahanku  di SMJK Sung Siew Sandakan. Bagaikan takdir ini memberi peluang untukku mengharungi perjalanan pulang ke kampung dari Sandakan ke KK. Kerana tentu saja aku tak merasainya jika aku bersekolah di Labuan, Semasa dalam tingkatan satu dulu aku cuma menaiki kapalterbang pabila tiba musim cuti persekolahan. Begitulah juga sekiranya aku bersekolah di Labuan.


Setelah semuanya bersedia, hari yang ditunggu akhirnya tiba. Keluargaku memulakan perjalanan ke kampung dengan agak lewat kali ini. Kami bertolak pada sebelah petang. "Bangun-bangun..dah sampai Ranau ni"...kami semua dikejutkan oleh ayah. Rupanya kami tertidur sepanjang perjalanan sebelum tiba di Ranau. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Ayah langsung saja mencari hotel untuk tempat kami berehat malam ini. Selepas check in, aku memberitahu ayah..."Ram pergi dulu, nak cari makan kat kedai Tasha." Ayah tak membantah seperti sudah tahu rancangan aku seterusnya. Ayah memesan kepadaku untuk menyampaikan salam kepada Tasha dan keluarganya.


Angin di sini teramat dingin pada sebelah malam. Aku meneruskan niat untuk berjumpa Tasha untuk kali ke 3 setelah beberapa bulan tak bertemu. Semasa pertemuan ke 2 dulu semuanya semakin hangat membara. Segalanya kian terang dan tersuluh. Unggun-unggun api kerinduan terus terpacak, bersemarak, dan setia menemani pertemuan kami seterusnya. Cuti persekolahan seolah-olah menjanjikan dua hati yang akan terselam indah dan cukup mempersona jiwa.


Seperti biasa aku memerhatikan dulu suasana kedai Tasha dari luar kedai. Kelihatan keadaannya agak lengang. Tak ada langsung sesiapa bertamu di situ masa tu kecuali Tasha dengan ibunya yang sedang duduk menonton video. Dengan memeluk bantal, Tasha sesekali menenggelamkan mukanya dan tersembam ditutupi bantal tadi. Tasha begitu asyik menghayati cerita seram video yang dimainkan dengan agak kuat audionya itu. Aku masuk secara diam-diam dan mengambil tempat duduk di sebelah luar kedai tanpa Tasha dan ibunya sedari.


Memandangkan malam dah semakin lewat, aku terus saja menganggu keasyikan mereka dan memberi salam dengan suara yang agak keletihan. "Hmmm...asalamualaikum." Namun Tasha tak mendengar suara lemahku tadi. Tanpa Tasha sedari ibunya bangun dan berjalan menuju keluar ke tempat aku duduk. "Heiii bila kamu sampai???", ibu Tasha bertanya danagak terkejut dengan kehadiranku. Aku menjawab..."baru sebentar tadi ibu...Ayah dan ibu Ram kirim salam...mungkin esok sebelah tengahari mereka akan ke sini." 


Tasha tak mendengar perbualanku dan ibunya kerana masih asyik dengan cerita seram tadi. "Ram datang ni nak jumpa Tasha", aku cuba meminta izin dari ibu Tasha...takut ibunya marah pula. 'hmmm....tak nak makan???”, pertanyaan ibu Tasha aku jawab dengan pantas..."tak lah ibu...balik hotel nanti Ram makan."


Bagaikan sepakat dengan ibu Tasha, aku seterusnya menghampiri tempat duduk Tasha tanpa dia sedari. Seperti mana pergerakan ibunya, kehadiranku di sebelahnya turut tidak Tasha ketahui.Malah mata Tasha terus terpacak ke televisyen sambil dari sisinya aku terus menatapi wajahnya yang kelihatan ayu walaupun sedikit ketakutan. Aku seakan sudah tidak mempedulikan lagi kehadiran ibu Tasha yang duduk di meja belakang tempat meja aku dan Tasha. Tiba-tiba aku membaca bibir Tasha yang berkata-kata sambil tangannya digerakkan ke arah tanganku..."hmmm...takutnya ibu."


Tiba-tiba saja dalam keadaan mata Tasha yang kekal melekat ke arah televisyen...genggaman tangan Tasha terus saja memegang erat telapak tanganku. Jari jemari kami berselisih dan tersusun rapat dalam genggaman masing-masing. Jari jemari Tasha seakan-akan rimas seketika, mungkin dia menyedari bukan genggaman tangan ibunya yang sedang digenggamnya. Aku pula sebaliknya memegang kuat dan tak melepaskan jari telapak tangan Tasha. Kami sebenarnya panik seketika!!!. Wajahnya yang tersembam di atas bantal pada hamparan meja tadi terus saja diangkat selari dengan bahunya yang turut menegak. Lalu pandangannya dialihkan ke arah sisi tempatku, tempat yang asalnya diduduki oleh ibu Tasha.


Tasha terkejut dengan kehadiranku. Mata jernihnya membesar memenuhi ruang daun kelopak matanya sambil seperti berbisa renungan tajam matanya tertembak tepat menjurus ke mataku. Kami terpegun sejenak dengan kehebatan yang tidak disengajakan itu. Sambil mengalami suatu gelojak perasaan yang sukar untuk difahami. Nafas kami terhenti seketika kerana tidak dapat mempercayai apa yang sedang berlaku.






"Ehhhh...sakit", Tasha lebih dulu menyerah kalah dalam pertarungan mata diantara kami sambil pandangan matanya tertunduk ke arah jari kami yang masih rapat berselisih. Dia cuba mengalih mataku dari merenunginya. Tersentap dengan suara tasha yang kesakitan dengan genggaman kuat aku tadi, aku pun mula mengendurkan penguasaan genggaman tadi dan melepaskan jari jemari Tasha. Aku berkata..."maaf bukan muhrim", aku seolah-olah menyalahkan Tasha kerana dia yang dulu memegang telapak tanganku bukan aku.

Tersenyum, lalu Tasha menjawab.."wah..dah pandai perli sekarang yeee". Aku sengaja berkata begitu kerana dulu Tasha tak mahu bersalam denganku sewaktu pertemuan kedua dahulu dengan alasan kata hikmat yang sama iaitu 'bukan muhrim'. Malam itu berlarutan dengan kami bercerita, bergurau dan melepaskan rindu yang ada. Pertemuan kali ke 3 itu memang memberikan kesan yang mendalam terhadap hubungan kami walaupun kami sedar yang pertemuan kami bermusim sifatnya.

(Disaat2 akhir pertemuan kami pada malam itu) "Abang Ram...dulu semasa bersekolah di Sekolah Agama Limau Limauan..ehhh..ada tak abang dengar tentang pelajar-pelajar yang ditempatkan semula ke sekolah agama di Semenanjung", kata-kata Tasha pada saat-saat akhir pertemuan kami malam itu memang menggusarkan fikiranku. Aku lalu menjawab sambil cuba menyembunyikan kerisauanku tadi. "memang pun kalau kau mendapat keputusan baik dalam SPM nanti, jangankan semenanjung...silap-silap ke Mesir pula government offer...apa takut...demi masa depan...pergilah!!!"  Tasha memang seorang pelajar yang bijak, aku menghormatinya.

Aku sendiri dulu pernah mengimpikan peluang yang sama sewaktu belajar di situ dulu. Khabar berita dari Tasha itu memang cukup aku fahami kerana aku juga sering mengalami keadaan yang sama, lebih-lebih lagi aku memang mengetahui arah tuju bagi pelajar-pelajar di sekolah agama terbaik Sabah tempat Tasha belajar dan tempat yang sama aku belajar dulu.



Sejak dari pertemuan malam itu, aku mula memahami bagaimana sukarnya untuk menjalinkan perhubungan dengan orang seperti Tasha dan sepertiku juga. Rasanya sekarang ini aku pula yang mendapat tempias kesan berbalik daripada komitmen tinggi sebegini. Semasa di Tingkatan 4 dahulu komitmen sebeginilah yang menyisihkan aku dari perangkap cinta. Komitmen sebegini memang menyukarkan sesiapa untuk mengatur kehidupan peribadi mereka.





(Tersedar Dari Lamunan)

(Jam meja dah berbunyi menunjukkan jam 6 pagi) Aku memaksa diri untuk bangun sesudah hampir semalaman tak dapat melelapkan mata. Agak payah untuk mengingati semula benda-benda yang sudah kita lupakan. Aku bangun menggeliat sambil menyingkap tabir tingkap sisi bilik, ternyata hari masih lagi hujan seperti kelmarin. "Hari ni aku mesti menceritakan segalanya kepada Alex", aku cuba memujuk hati ini agar berkongsi kisah lalu tersebut dengan Alex.

Selepas mandi dan bersarapan, aku bergegas turun dari kuarters Polis 4 tingkat tempat keluargaku tinggal dengan membawa sekali payung bersamaku. Perjalanan dari Balai Polis Karamunsing ke Wisma Dang bandang (Bangunan Persekutuan) tempatku berkerja cuma mengambil masa 30 minit jika berjalan kaki. Memandangkan hari hujan, aku langsung menunggu bas berdekatan perhentian bas yang terletak tidak jauh daripada pintu pagar masuk Balai Polis Karamunsing tempat aku tinggal.

Aku sampai awal seperti biasa dipejabat. Aku terus mencari Alex, tak sabar rasanya nak ceritakan semua kepadanya. Puas mencari Alex pagi tu tapi tak jumpa. "Mana agaknya dia pergi", hatiku kehairanan. Lalu aku teruskan saja niat untuk ke kedai Abu. Setelah menuruni lif aku sampai ke muka pintu bangunan dan terlihat Alex sedang bercengkerama dengan seorang pegawai imigresen yang baru. "Hmmm…nampaknya berhasil juga Alex dengan rambut terpacaknya itu", hatiku sedikit bangga dengan keberanian Alex. Aku perlahan-lahan menghampiri Alex dari belakang dan menepuk bahunya sambil berkata...."apa ni tuan....makan tak ajak pun???" "Lah kau ni kacaulah...tak boleh tengok orang senang sikit...apa lagi kau nak???"

Walaupun Alex berkelakuan kurang sopan pagi ini, tetapi awek imigresen di sebelahnya pula agak beradab tapi semacam pelik melihat aku lalu menegur Alex...."jangan macam tu Alex..ini siapa???", Alex menjawab sambil lewa..."kawan sepejabat aku...". Awek itu kemudian menambah kata..."tak nak join kita orang sarapan ke???. Dah muka Alex semacam jadinya..."hmmm...boleh ke Lex", aku bertanya pula dengan Alex. Alex lalu menjawab..."haaiii...bila masa pula kau pandai menolak kalau awek yang pelawa makan." Sambil tersenyum, aku dalam keadaan serba salah membalas semula pelawaan awek tadi dengan berkata..."kalau Alex on akupun on lah." Hujan masih agak lebat. Sekali lagi seperti kelmarin aku terdongak memerhatikan kawanan mutiara hujan yang berguguran.

Aku terasa seperti masih terpanggil untuk mengintai dalam rintik-rintik hujan yang jatuh. Seolah ada sesuatu yang kian terjelma dan makin menarik diriku untuk menikmati basah dalam kedinginan yang dihidangkan oleh runtuhan hujan yang mencurah-curah dari langit itu. Ianya bagaikan sesuatu yang indah menggamit naluri perasaan. Sesuatu yang pernah aku nikmati dulu. 



Sesungguhnya alam semulajadi ikhlas bermadah seperti hujan dengan merdu iramanya yang semakin mengusik hatiku waktu itu yang pernah syahdu. Tapi bagaimana hendakku tawan irama alam masa lalu itu yang tak jemu-jemu menghadirkan nostalgia itu dihati ini pada masa kini. Aku tahu antara dia dan aku sudah tak punya unggun-unggun api yang menemani kedinginan rindu yang hampir hilang dulu.

"Abang...abang...", awek imigresen tadi cuba menyedarkan aku dari lamunan. Rupanya dia sedang menungguku yang masih lagi berdiri di luar tepi kedai makan Abu sambil menikmati hujan yang turun dalam keadaan lembayung payung yang terbuka masih di tanganku. "Heeehh!!!..bila masa pula kita menyeberang ni", aku cuba bertanya pada Alex tanpa menyedari dia sudah masuk ke dalam kedai. "Abang tak nak minum ke???", pertanyaan awek imigresen tadi mengejutkan aku. "Ya...ya...ya...jom masuk minum", aku agak kelam kabut setelah tersedar dari lamunan tadi.

Lalu aku dan awek tadi segera masuk ke kedai Abu sambil diperhatikan oleh Alex dengan muka yang semacam. Kedai tempat Abu berniaga memang sentiasa penuh pada sebelah pagi, maklumlah warga pejabat kerajaan sering saja memenuhi kedai makan ini untuk bersarapan pagi. Tidak seperti sehari sebelumnya, Alex telah menukar pesanan sarapan paginya kali ini. Dia tidak lagi ingin memakan soto. Mungkin dah serik oleh peristiwa kelmarin.


Sewaktu kami sedang menjamah makanan, terlihat beberapa orang senior tempat aku dan Alex berkerja sedang memasuki kedai Abu. Salah seorang daripada mereka berbisik kepada yang lain..."kesian orang Ranau takda awek."  Aku diam sahaja mendengar kata-kata tersebut. Tiba-tiba awek sebelah Alex bersuara setelah senior kami tadi berlalu. Dia bertanya kepada kami..."siapa orang Ranau yang dimaksudkan tu."  Alex menjawab persoalan tersebut lalu berkata.."siapa lagi..ni kawan aku ni lah.”

Awek tadi menyambung pertanyaannya..."engkau asal dari Ranau???" Dia mengusulkan soalan tu kepadaku. aku pun menjawab.."tak...aku akan ditukarkan ke Ranau dalam masa terdekat ni."  "ohh..ok...", awek tu cuba memahami permasalahan aku seakan-akan bersimpati. Kemudian dia bertanya sekali lagi..."abang asal dari mana???", Alex pula menyampuk...."ehhh apa ni...macam interview pula???"  Aku terus memotong teguran Alex..."saya asal dari Papar...kenapa...apasal tanya???" Terdiam sejenak sambil merenung wajahku lalu awek tu tersenyum menutup tanda tanyanya tadi dengan berkata.."takda apa....tanya je."  Namun sekali lagi awek tu bertanya..."nama abang ni macam pernah syikin dengarlah???"

Sebenarnya aku agak lebih kacak berbanding Alex. Mungkin itu sedikit merisaukan Alex. Sambil makan nampaknya aku lebih banyak berbual dengan awek itu berbanding Alex. "Taukeh bayar!!!", Alex nampak geram dengan perbualan kami yang kurang melibatkan dirinya. Aku lalu bengang dengan sikap Alex dan tanpa mempedulikannya meneruskan bicara dengan awek itu..."kamu tahu nama saya???...ehhh...nama kamu syikin rupanya.."  Awek tu dengan mudah menjawab..."kan name tag kamu ada tulis", "ohhh yaa...tak perasan pula...tak ingat", aku terlupa yang aku ada memakai name tag rupanya, tak seperti Syikin yang memakai baju sejuk menyembunyikan name tagnya. "Sekali pandang...syikin ni???...taklah???", aku seakan pernah terlihat budak ni???

Semenjak hari tu Alex dan awek yang bernama Syikin tu terus rapat dan mesra. Aku sering saja menemani mereka walau ke mana mereka pergi. Mereka akhirnya menjadi tempat aku meluahkan cerita-ceritaku tentang Natasha. Yang bestnya mereka berdua tak jemu-jemu bertanyakan kisah seterusnya. Sungguhpun begitu ada ketikanya aku tak dapat mengembalikan memori-memori yang berlalu. Rasanya aku perlu berseorangan untuk mengingati semula peristiwa-peristiwa dulu.


(Kunjungan balik KK - Sandakan)

(Flashback) Kunjungan kali ini amat bermakna. Ini kerana kami sekeluarga menghabiskan masa selama 3 hari di Ranau atas jemputan keluarga Tasha. Perhubungan keluarga kami semakin erat. Sesi Persekolahan akan bermula kurang dari seminggu. Peluang ini aku gunakan sepenuhnya untuk mendekatkan diriku dengan Tasha. Rupanya ketibaanku memang ditunggu-tunggu olehnya. Dalam diam-diam Tasha telah mengatur jadual yang ketat untuk kami berdua.

Hari pertama tiba di Ranau seperti biasa kami mencari hotel terdekat dengan kedai Tasha. Kami sampai di Ranau pada sebelah tengahari dalam cuaca yang teramat dingin. Kami terus berkunjung ke kedai Tasha untuk makan tengahari. Mataku liar tercari-cari Tasha. Perut seakan-akan tak lapar. Kami didekati ibu Tasha sambil beliau bertanyakan khabar dan orangtuaku terus saja layan bicara ibu Tasha.

Aku semakin resah..."apasal tak nampak kelibat Tasha", hatiku mulai runsing. Aku memberanikan diri dengan memotong perbualan orangtuaku dengan ibu Tasha. "ibu...ehhh...Tasha mana?", lalu ibu Tasha menjawab sambil tersenyum.."Tasha ke pasar...ibu suruh dia membeli sedikit barang-barang keperluan dapu."  Tanpa membuang masa aku terus saja berlalu pergi. Kedua orangtuaku dan ibu Tasha seperti memahami dan membiarkan saja kegopohanku tadi.

Pasar tak jauh dari blok kedai Tasha, cuma lebih kurang 20 minit perjalanan. Bermacam-macam imaginasi timbul dikepalaku. "Syoknya kalau dapat membantu Tasha membeli barang-barang keperluan untuk kedai makannya", fikiranku bermain-main dalam ciptaan khayalanku sendiri. Aku berjalan-jalan sekitar pasar sambil memerhatikan sekeliling. Sayur-sayuranan dan buah-buahanan yang dijual agak segar.

Dalam pada itu aku terdengar perbualan..."ibu kamu sihat...kamu macamana dah ok (suara wanita dalam lingkungan 50an)." Soalan itu dijawab..."ibu sihat....Tasha macam begitulah juga...masih sama????" "Itu suara Tasha", aku meneka sendiri dalam hati. Aku bingkas meneropong di sekitarku dan memperjelaskan pendengaranku. Maklumlah suasana pasar hari tu amat bingar kerana ramai orang sedang mencari keperluan masing-masing. Tapi aku masih tak pasti dari mana kedudukan suara itu datang. 

"Tawaran tu kamu terima tak Tasha", aku sekali lagi terdengar suara ibu yang agak lanjut usianya bertanyakan soalan. Kali ini aku pasti orang yang diajukan soalan itu adalah Tasha kerana ibu tua tadi menyebut namanya."nampaknya begitulah ibu", suara Tasha dalam nada agak rendah menjawab persoalan ibu tua tadi. Aku tak pasti apa yang mereka perbualkan.

(Masa Kini) Dalam aku tercari-cari suara Tasha tadi, tiba-tiba ada orang menepuk bahuku dari belakang. Aku terus saja berpusing. "Bang"...."heiii...Syikin", aku liat seolah tak mahu sedar. Rupanya Syikin menegurku, kerana katanya aku sedang mengelamun jauh. Hari ini adalah hari sabtu. Kebetulan Alex sedang bercuti sehinggalah minggu depan. Syikin bertanya kepadaku..."abang ok ke???...terkenang Tasha lagi???"

Hari ini aku dan Syikin tiada apa-apa rancangan. Kami bersetuju mengunjungi Kompleks Karamunsing untuk berjalan-jalan sambil cari makan di sana. Syikin membawaku ke kedai pilihannya. Maklumlah perempuan, kedai yang dikunjungi pun agak pelik...."ikut sajalah", hatiku sedikit protes.


Sesudah melayani karenah Syikin akhirnya dia mempelawaku untuk minum. Kami menuruni lif dari tingkat 3 ke aras bawah. Kemudian kami terus saja ke kedai minum pilihan Syikin. Aku agak khuatir kerana semasa memesan minuman, Syikin bagaikan ingin membawa ingatanku kemasa dulu sewaktu aku dan Tasha sedang duduk minum bersama. Minuman Syikin sama dengan Tasha. "Bagi ice lemon tea", Syikin memesan minumannya. 


Ini membuatkan aku tersedu seketika dengan membayangkan Syikin sebagai Tasha. Syikin menyedari gelagatku dan bertanya...."kenapa bang...mungkin Tasha juga suka minum ice lemon tea..kan!!!"  Aku terkejut dengan bicara Syikin..."macam mana kau tahu", aku cuba merungkai kebetulan tadi. "Takda lah...mungkin kebetulan saja minuman kami sama!!!", Syikin menjawab tenang sambil tersenyum.




"Tentu Tasha cantik dan baik orangnya kan....", Syikin cuba mengagak rupa paras dan keperibadian Tasha. Sambil menikmati hidangan tengahari kami berbual dan kembali merentasi masa lalu tentang kisah aku dan Tasha. "Tasha manis orangnya...putih...dengan kelopak mata yang besar...lesung pipit di kedua-dua belah pipinya menambah anggun keremajaannya", aku membayangkan keayuan tasha dengan mengimbau kembali bagaimana aku merenung dan mengamati kejelitaan yang ada pada Tasha.

"Lepas ni Syikin nak ke mana, tak marahkah orangtua Syikin", aku merubah topik cerita. "Syikin nak tunggu sampai jam 4 petang baru balik rumah....nak singgah pasar kejap", Syikin menerangkan kepadaku kenapa dia belum mahu balik lagi ke rumah dan kemudian menambah lagi ceritanya...."Boleh abang temankan Syikin ke pasar", aku lantas menjawab..."aku ikut saja."

Sesampai di pasar aku terasa seolah-olah kembali keruang waktu semasa berdampingan dengan Tasha dulu. aku cuma ikut dan memperhatikan gerak geri Syikin sewaktu memilih sayur dan buah-buahanan yang hendak dibelinya. Awek imigresen ni memang teliti dan pandai dalam hal tawar menawar harga. Lenguh kaki dibuatnya. "Cerewet sangatlah Syikin ni", aku menegur Syikin. Tapi dia cuma tersenyum dan mengukir lesung pipit di kedua-dua belah pipinya lalu berkata..."hai tak kan Tasha tak cerewet???....bang.. makanan ni.. rezekilah!!!...kita kena pilih yang baik-baik saja."  Kesian juga melihat wajah Syikin, orangnya putih...berlesung pipit...wajahnya dah bertukar menjadi kemerah-merahan.

Dengan cermin mata putih kanta tebal yang sedikit menyembunyikan sinaran matanya, ditambah dengan rambut hitam ikal mayang...."hmmm...cantik Syikin ni.” Dalam pada itu aku terasa seperti terlihat Tasha pada diri Syikin. Cumanya Tasha memakai tudung dan tidak memakai kacamata. Perasaan kekeliruan hadir dalam diriku apabila cuba membandingkan antara mereka berdua.

Aku tersipu-sipu malu dan mengalihkan pandangan mataku dari merenung wajah Syikin. Rupanya Syikin sedar perbuatanku tadi dan memberi respon dengan bertanya..."kenapa abang tenung-tenung Syikin???...Syikin cantik agaknya???, sambil bergurau tetapi dengan sinis Syikin bertanya kepadaku. Aku lalu menjawab.."tak ada apa lah...cuma aku teringatkan seseorang tadi."

Seterusnya kami singgah sebentar ke gerai makan yang berhampiran pasar tadi untuk membasahkan tekak setelah penat berjalan. Aku terlepas kata secara tak sengaja dengan memberi pujian kepada Syikin..."kamu ni cantik juga..." Aku terlihat keringat jatuh menuruni dahi ke kelopak mata Syikin yang tersembunyi oleh kacamata tebalnya. Syikin lalu mengambil saputangan dan mengesat peluh yang jatuh tadi dengan membuka kacamatanya. Aku pun perhatikan wajah Syikin sepuas-puasnya untuk pertama kali tanpa memakai kacamata.

Mata Syikin tersembunyi seketika oleh kain saputangan yang menyelimuti kedua-dua belah matanya. Perlahan-lahan dia mengalihkan saputangan tadi dengan tangan kirinya dan memegang kacamata di sebelah tangan kanannya. Matanya berkelip-kelip mungkin kerana tak biasa melihat dengan tak memakai kacamata.

Aku cuba untuk tidak memperdulikan kecantikan mata Syikin. Alis matanya lentik dengan kelopak mata yang besar. Sekali pandang wajahnya setanding dengan kecantikan yang ada pada Tasha. Aku cuba menyembunyikan kekaguman aku terhadap kecantikan Syikin tadi dengan bersenda..."Syikin ni betul cantiklah."  Syikin tersenyum dan mengucapkan terimakasih.

Aku menambah gurauanku..."mesti adik beradik perempuan kamu pun lawa juga kan....bagi kenal lah dengan aku!!!"  Syikin tersenyum dan berkata...."sebenarnya Syikin cuma ada seorang adik perempuan...Syikin anak sulung. Dia memang cantik...tentu kamu akan suka bila ada kesempatan melihatnya...sayangnya dia pergi dalam usia yang masih terlalu muda.." Aku turut bersedih dengan cerita Syikin, lalu aku meminta maaf kerana menyentuh perasaan duka Syikin.

(Flashback)....Sambil bercerminkan kenangan aku terpanggil untuk menjawab teka teki tadi. Dalam kesamaran aku terus memerhatikan raut wajah Syikin dan penampilannya. Agak lama juga aku merenung paras rupa Syikin. Entah kenapa aku seakan terlihat Tasha pada diri Syikin. Dalam tak semena-mena aku terjerumus lagi kemasa lalu.....aku terlihat Tasha sedang tawar menawar harga barang setelah dari tadi tercari-cari suaranya. Rasa tak sabar hendak berjumpa dengannya, lalu aku terus saja mengekori Tasha yang sedang sibuk mencari barang keperluan dapur tadi. 

Di pasar ini, aku perhatikan Tasha mudah saja diganggu oleh pemuda-pemuda yang kebanyakannya sudah mengenali diri Tasha. Nampaknya Tasha agak begitu popular di sini, maklumlah dia mungkin sering saja ke sini untuk membeli barang keperluan dapur.
"Heii Tasha...beli apa hari ini???", Tasha didatangi seseorang yang bertudung dan berpakaian baju kurung sekolah. "Kau rupanya Ekin", Tasha nampaknya gembira bertemu dengan pelajar sekolah yang kelihatan sebaya dengannya tadi. "Tasha kau masih di sini rupanya???...dengar cerita kau dah berhenti sekolah???"  Aku menangguhkan niatku untuk menghampiri Tasha yang kelihatan asyik berbual dengan temannya itu. "Beginilah Ekin..aku masih menunggu tiket kapalterbang, yang lainnya semua sudah diatur...insyallah dalam masa terdekat ini aku akan berlepas...tapi kena pergi ke jabatan Pelajaran Kota Kinabalu dulu sebelum tu." Aku seakan dapat mengagak perbualan mereka.

Malas menunggu aku pun terus saja mendekati Tasha dan temannya tadi. Aku memberi salam kepada mereka berdua. Tasha lalu merperkenalkan aku kepada temannya itu..."Ekin ini Ramsah", "haii..saya Ekin....sepupu dan bekas rakan sekelas Tasha."  Selepas itu Tasha bersama sepupunya tadi mengajakku minum di gerai berhampiran.



Seperti biasa Tasha memesan ice lemon tea kegemarannya dan minuman tersebut juga turut menjadi kegemaran sepupunya. "Ekin..Tasha tak boleh lama...nanti ibu marah pula...Tasha kena balik sekarang", aku yang mendengar kata-kata Tasha tadi berasa sedikit gembira kerana inilah peluang untuk aku berdua-duaan dengannya.

(Cerita bersambung) Aku dan Tasha berpisah dengan Ekin selepas minum di gerai tadi. Selepas itu Tasha membawaku ke suatu tempat yang agak terpencil dari orang ramai. Gunung Kinabalu jelas kelihatan dengan jarak yang kurang daripada 10km. Kawasan lereng bukit itu begitu sejuk dengan kabus dingin yang menyentuh pancaindera dan mengusik jiwa. Waktu menghampiri jam 10 pagi. Sambil berjalan-jalan menikmati panorama semulajadi di kaki Gunung Kinabalu Tasha beranalogi dengan berkata "cuba kau lihat kabus yang menutupi sebahagian pandanganmu terhadap Gunung Kinabalu”.

Aku terdiam seketika cuba untuk memahami maksud bicara Tasha. “Apa maksud yang cuba kamu sampaikan Tasha???”, aku mula memberi reaksi. Sambil tersenyum Tasha menyambung bidalannya tadi. “Tasha lebih suka kalau abang berinteraksi secara jujur dengan Tasha…Tasha tahu orang seperti abang mampu mendalami maksud yang cuba Tasha sampaikan.”

Nampaknya seperti buku bertemu ruas, aku terus saja menuruti kemahuan Tasha. “Aku faham Tasha….2 pedang yang tajam bila diadu pasti memercikkan API." Kami berdua bertentangan mata, dan tidak seperti sebelumnya sambil tersenyum Tasha agak berani merenungí mataku. Kemudian Tasha menyambung lagi, “jadi apa maksud Tasha tadi Bang.”  Lalu aku cuba merungkaikan maksud Tasha itu seperti berikut…“Gunung Kinabalu itu adalah simbol hati kita yang teguh walau dilihat dari arah yang bertentangan sekalipun….dan kabus itu adalah kamu Tasha…kerana kamu sentiasa hadir dibalik hatiku.”

Enggan mengalah Tasha bertanya lagi…"lalu kalau Tasha bisa hadir disitu……jadi kamu dimana abang???” Aku lalu menjawab...“persoalan kamu itu mudah saja Tasha…tempatku di situ adalah sebagai pemerhati yang akan selalu setia untuk memandangmu…akulah itu yang memandang kabusmu dan di sebalik kamu adalah hati kita yang sentiasa kau temani…bukan begitu ????”

Gembira dengan penjelasan aku tadi Tasha berkata…“memang benarlah abang seperti mata pedang tajam yang memancarkan unggun API…kerana Tasha tak mungkin terlihat cahaya itu dengan ketajaman mata hati jika Tasha bersendirían.”

Kami seterusnya singgah ke kedai-kedai berdekatan, rupanya Tasha belum habis lagi dengan urutan senarai barangan yang harus dibelinya. Aku sedikit kehairanan kerana begitu banyak barang yang harus dibawa balik oleh Tasha. Aku bertanya kepada Tasha kerana agak pelik dengan jumlah barang yang banyak dibeli tadi. “Macam ada majlis besar nak sambut nampaknya”,dia menjawab  “ya..hari ni,  harijadi Tasha yang ke 16 tahun…rasa gembira kerana kamu ada di sini waktu sebegini.”

Kami akhirnya pulang semula ke kedai Tasha bersama barangan yang dibeli tadi. Lewat hari itu begitu sibuk dengan persediaan untuk menyambut harijadi Tasha yang akan dibuat pada sebelah malamnya. Kami sekeluarga turut dijemput kemajlis tersebut yang menyaksikan begitu ramai jemputan yang hadir. Rumah kedai Tasha menjadi tempat keramaian. Aku sempat bergambar bersama Tasha. Malam itu Tasha begitu gembira, begitu juga kami sekeluarga. Aku sendiri tidak pernah merasai detik-detik manis bersama Tasha, tidak seperti malam itu.

Selang beberapa hari kami sekeluarga meninggalkan Ranau dan Tasha dengan keluarganya. Aku menyambung semula persekolahanku, begitu juga dengan Tasha yang mungkin sekembalinya ke sekolah telah menerima tiket kapalterbang dan surat panggilan kemasukan ke tingkatan 4 di salah sebuah sekolah agama yang terbaik di Semenanjung Malaysia.


(Gambar pengganti diri)

Hari ini adalah hari Sabtu. Aku harus cepat ke kelas. Sebenarnya aku mengambil Diploma Pengajian Perniagaan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Jalan ke Institut Teknologi Mara(ITM) di Sepanggar memang agak teruk. Biasanya aku ke kampus dengan menaiki teksi. Alex turut mengambil course yang sama denganku. Kelas kami cuma diadakan pada Sabtu dan Ahad sahaja. Cumanya kadang-kadang kelas kami terpaksa diadakan di tempat lain dengan meminjam Sekolah Menengah All Saint di Likas. 



Ini kerana kampus ITM utama di Sepanggar tersebut belum siap sepenuhnya. Kami merupakan pelajar PJJ batch yang pertama. Terdapat juga pelajar sepenuh masa di sini, sebahagiannya baru saja berpindah dari kampus yang sebelumnya bertempat di Kampus ITM Sembulan.

“OK kelas jangan lupa…hantar assignment besok”, En. Ali pensyarah paper Business Math memang baik hati. Beliau walaupun agak tegas tetapi tidak lokek dalam pemberian markah kepada pelajarnya. “hmmm…kau dah siap???”, Alex bertanya kepadaku tentang assignment yang dimaksudkan oleh En. Ali tadi. “Jangan risaulah Lex…malam ni kau copy paste dan…ahhh…kau pandai-pandailah”…aku memberi ruang kepada Alex untuk menyiapkan tugasannya. “Ok Ram…hari ni... aku belanja makan.” Jam 1 tengahari kelas berhenti rehat. Semua pelajar PJJ termasuk pelajar sepenuh masa akan ke cafetaria berdekatan yang terletak di dalam kawasan kampus.

(Flashback) Cuti persekolahan menjelang lagi, tapi cuti penggal ke3 kali ini aku kurang bersemangat sedikit. Ini disebabkan ayahku dipindahkan ke Balai Polis karamunsing KK, bermakna kami sekeluarga terpaksa berpindah ke KK hujung tahun ini. Cuti persekolahan kali ini adalah kali yang terakhir buatku untuk mengunjungi kedai Tasha. Sekali lagi kami mengikuti jalan darat dalam perjalanan dari Sandakan ke KK. Kami bertolak pada sebelah Petang dan tiba di Ranau dalam jam 4 petang.

Hari itu kami cuma singgah untuk makan sahaja memandangkan banyak barang yang kami bawa bersama. Sebuah lori Polis ikut bersama mengangkut barang-barang yang kami bawa ke KK. Seperti biasa kami berhenti untuk makan di kedai Tasha. Sesampai di situ, ayah dan ibu terus saja mengkhabarkan tentang perpindahan kami ke Balai Polis Karamunsing KK.
Aku agak pelik kerana tidak terlihat Tasha sejak dari tadi. 


Kerisauan hatiku membuatkan aku memberanikan diri untuk bertanya ibu Tasha tentangnya. Ibu Tasha memberitahuku yang Tasha kali itu tak balik Sabah kerana dia bersama keluarga angkatnya di Semenanjung. “Sebentar ya nak.” Ibu Tasha mengambil sesuatu dan memberi kepadaku sambil berkata… “nampaknya Tasha tak tahu yang kamu akan berpindah ke KK…nah ambil ini..Tasha pesan suruh ibu beri kepada kamu sekiranya kamu singgah.” 

Ibu Tasha memberi kepadaku sekantung baldu biru yang berisi sekeping gambar kami berdua yang diambil semasa harijadi Tasha dulu. Di sebelah belakang gambar itu tertulis pesanan dari Tasha. Walaupun agak sedih kerana tak kesampaian hajat untuk bertemu dengan Tasha, namun aku sedikit gembira kerana Tasha tetap mengingatiku dan menghadiahkan sekeping potret itu kepadaku.





(Biarkan berlalu – 9 bulan kemudian)

"Begitulah ceritanya bagaimana aku terputus hubungan dengan Tasha dan kini cuma gambar dirinya sajalah tempat aku melepas rindu", Alex kelihatan suram mendengar ceritaku tadi. Dia kemudian menyarankan sesuatu padaku..."kenapa tidak kau utuskan surat kepadanya."  Aku memberitahu Alex bahawa aku pernah beberapa kali menghantar surat ke alamat sekolah Tasha, tapi semuanya tidak berjawab. Sebenarnya dahulu aku sendiri telah cuba untuk melupakannya.

Hampir 5 tahun aku menunggu sehingga sekarang, malah aku sendiri pun dah lupa tentang cerita surat yang tak berbalas itu. "Hmmm...jadi katakan tiba-tiba Tasha muncul...apa kau nak buat", Alex bertanya soalan yang aku sendiri tak ada jawapannya. Lalu aku menjawab...."iyeee....betul juga Lex...apa aku nak buat kalau dia tiba-tiba muncul????.....ahhh mudah saja jawapannya.....kita tengok saja nanti!!!!  Sejak hari itu aku dah tahu jawapannya. Tak payah menyusahkan diri. Hidup ini seharusnya mudah. "Ahhh...lantaklah....(hatiku mula muak dengan cerita yang tak berkesudahan ini)....kalau dulu aku yang kerap singgah....maka if you want me....come look for me...that's it...kali ini aku tak nak singgah-singgah lagi...aku nak stay put...."




(Berpindah kerja ke Ranau)

“Syikin mana…dah lama tak nampak??? ”  Alex menjawab persoalanku “lupa nak bagi tahu kau….3 hari lepas aku ke airport hantar dia ke KL.”  “Hmmm…buat apa kat KL”, aku bertanya kepada Alex. “Dia kata nak lawat sepupu dia…lagipun sepupu dia baru habis belajar.”  Aku dan Alex berborak panjang sambil menikmati minum pagi kerana hari ini adalah hari Ahad. Hari tak bekerja.

“Tengah hari ni….aku nak ke pasar”, aku pelik bila Alex berkata sebegitu. “Haiii sejak bila pula kau pandai ke pasar Lex.”  Sebenarnya Alex sering menemani Syikin setiap pagi ke pasar tanpa pengetahuanku. Rupanya keluarga Syikin ada perniagaan kedai makan. Cumanya Syikin tak nak heboh, hai beruntung pula Alex ni dapat awek macam Syikin.



“kau tolong Syikin ni….ehhh…ada gaji tak???”, Alex selamba menjawab “hmmm…takkanlah nak cari untung kat awek sendiri.”  “Oh ya….hmmm…kau cakap kau tahu main piano kan???”  Syikin kata… sementara sepupu dia belum dapat kerja….dia akan bermain piano di kedai makan Syikin….piano tu dah ada situ….tu pasallah Syikin nak kau tolong main piano tu dulu sementara sepupu dia datang…..restauran dengan piano dah trend sekarang ni.” Bagaikan dipalu, ruang fikiranku menjadi semakin bergelora dan mampat. Bagaimana sepupu Syikin boleh kebetulan pandai bermain piano sepertiku. Aku agak sensitif bila mendengar ada perempuan boleh bermain piano. Atau mungkin aku terlalu terhutang budi kepada Tasha yang memberi inspirasi sehingga aku sendiri mencintai musik dan bunyi merdu piano. “what a small world…..betul ke ni Lex???”  “haii bila masa pula aku cakap bohong ngan kau ni!!!(agak tinggi suara Alex dan kemudian merendahkan pula nada suaranya sambil perlahan-lahan cuba memahami kata-kataku tadi).

“Apa kau cakap tadi Ram….what a small world…apa maksud kau???”  Aku lalu tersenyum dan menerangkan maksud ungkapan aku tadi kepada Alex sambil meninggikan suaraku pula. “kenapalah aku ada kawan bangang macam kau ni…iyaaalah…small world kan!!!…kau ambik Syikin…aku ambik sepupu dia…bongookkk!!!” Suasana menjadi gamat dengan kami berdua ketawa terbahak-bahak dengan niat menggunung aku tadi. Sebenarnya aku agak cemas bila Alex mengatakan sepupu Syikin itu tahu bermain piano....macam ada yang tak kena??? Aku pantang bila mendengar ada awek yang boleh bermain piano...entah kenapa???

Alex menceritakan pemergian Syikin ke KL sebenarnya untuk menyaksikan konvokesyen sepupunya yang akan menamatkan pelajaran di salah sebuah Universiti di KL. Entah mengapa aku jadi semacam bila mendengar cerita Alex…entah apa yang semacam???…aku sendiri tak tahu dan kurang faham dengan diriku sendiri. (aku bertanya soalan pelik kepada Alex) “bila sepupu Syikin datang KK???….ehhhehhh…pernah tak aku tunjuk gambar Natasha dengan kamu berdua???..ehhhh…maksud aku?*/+-?!...ehhhh…oh ya…siapa nama sepupu Syikin tu????”  Lalu Alex menjawab “ehhh apa ni Ram…apasal kau ni…namanya aku tak tahu lah…Syikin tak bagi tahu pun!!!”

“Hmmm (aku terbatuk seketika…mungkin kerana cuaca yang agak dingin dipagi ini)…ok…tentang bermain piano tu…boleh Lex…kau pun tahu aku pernah kena offer kerja sebegitu sebanyak 2 kali….dulu di Sadong Jaya…pas tu pula diTawau….sanggup offer tempat tinggal…tiket kapal terbang pergi balik 3 kali setahun dengan gaji yang lumayan…(aku seterusnya menyambung)….tapi kau kena faham!!!…mungkin aku cuma sempat bermain untuk 2 minggu sahaja…kan bulan Oktober depan aku kena report duti di Ranau.”


(Selang 2 minggu) -  Untuk tempoh 2 minggu aku telah bermain piano di kedai Syikin. Aku cuma bermain pada sebelah malam hari Isnin Rabu dan Sabtu sahaja. Sementara itu Syikin telah menghadiri Konvokesyen sepupunya dan akan balik ke Sabah dalam waktu terdekat. Yang pasti, aku mungkin tidak berkesempatan berjumpa dengan sepupu Syikin yang bakal menggantikan tempatku sebagai pemain piano di kedai Syikin. 

Aku dah bersiap untuk pergi ke Ranau. Dah 5 tahun tak jejak kaki ke tempat itu. Perasaan bercampur baur...cemas...rimas...gelojoh...macam nasi campurlah katakan. Tak tahu apa yang ada di situ....apa ada rahsia yang menanti???...atau cuma rindu yang semakin hilang???  Hmmm...tak jumpa orangnya pun takpa lah...jumpa rindunya pun jadilah. Memang tak sabar lagi...meronta-ronta perasaan. Aku dah simpan 'kantung baldu biru' itu dalam beg yang akan kubawa sekali ke Ranau.


(Pagi Ahad Yang Kelam Kabut)

Hari ini (Ahad) Alex menemani aku dan menghantar aku terus ke Terminal bas, dimana bas yang akan aku naiki ke Ranau akan bertolak dalam jam 4 petang. Alex memandu kereta dengan agak perlahan di atas jalan raya yang licin dibasahi hujan sejak semalaman. Malam semalam adalah kali terakhir aku bermain piano di kedai Syikin. "Lex, nanti kau tolong kemaskan buku lagu tu. Lupalah nak ambik semalam. Kalau cousin Syikin nak guna, bagi dia pinjam dulu...ok!!!" "Ya lah...ya lah...kau ni...pandai lah aku tu." Agak terganggu tumpuan pemanduan kereta Alex disebabkan peringatan yang aku berikan tadi.

"Oh ya Lex...(aku cuba membuka beg sambil mencari sesuatu)...kau nak tengok gambar Tasha tak?"  "alamak kau ni...aku tengah driving ni....mana..cepat sikit...highway ni." Sekali lagi terganggu tumpuan pemanduan Alex. "Nah (aku memegang gambar Tasha dan menunjukkan kepada Alex yang sempat memalingkan mukanya sekejap untuk melihat gambar tersebut). 

“Cantik tak(aku bertanya)??" "Hmmm...ya lah...heiii kau ni...masa begini macam-macam kau nak aku buat...dah lah aku driving...suruh tengok gambar pula." "Janganlah marah...laju sikit boleh....muka serius...tapi bawa kereta slow"(aku mengusik Alex seperti biasa). Selepas ini aku dah tak berpeluang untuk bergurau dengan Alex. "Weiii hujan ni...jalan licin....sempatlah ...kau jangan risau...relax!!!” (Alex cuba untuk berdalih dengan pemanduan perlahannya).

Tepat jam 4 petang bas yang aku naiki bertolak ke Ranau. Aku meninggalkan Alex, Syikin dan Kota Kinabalu. (Hampir 45 minit perjalanan) Gunung Kinabalu mulai kelihatan. Perjalanan bas mulai mendaki diparas ketinggian belasan ribu kaki dari paras laut. Pemandangan mulai berubah daripada strata yang datar kepada urutan banjaran tinggi yang mencelah-celah diantara satu sama yang lain.

Aku teringat teka teki yang Tasha berikan padaku dulu....”cuba kau lihat kabus yang menutupi sebahagian pandanganmu terhadap Gunung Kinabalu.”  Aku terdiam seketika...cuba menghadirkan semula peristiwa tersebut. Kemudian sekali lagi ia menjelma bila teringatkan jawapan yang aku berikan kepada teka teki Tasha itu ...“Gunung Kinabalu itu adalah simbol hati kita yang teguh walau dilihat dari arah yang bertentangan sekalipun….dan kabus itu adalah kamu Tasha…kerana kamu sentiasa hadir di balik hati aku”....

(seterusnya)...Tasha menambah lagi kata-katanyanya…"lalu kalau Tasha bisa hadir disitu……jadi kamu dimana abang???” (Aku lalu menjawab)...“persoalan kamu itu mudah saja Tasha…tempat aku di situ adalah sebagai pemerhati yang akan selalu setia untuk memandangmu…akulah itu yang memandang kabusmu dan di sebalik kamu adalah hati kita yang sentiasa kau temani…bukan begitu ????”  Lamunanlku terhenti apabila aku tersedar pemandu bas menekan brek, rupanya aku dah sampai ke Pekan Ranau.

(Setelah seminggu berada di Ranau) Hari ini aku berjalan-jalan...cuba untuk mengunjungi kedai Natasha. Tapi aku hairan kerana struktur bangunan dah banyak berubah. Begitu juga dengan simpang siur jalan-jalan raya disini. Tempoh 5 tahun memang mendatangkan banyak pembangunan di daerah ini. Rasanya aku dah sampai ke destinasi yang aku cari. "Padang bola...sebelah pula taman permainan kanak-kanak. Sungguh membingungkan, sepatutnya kawasan nilah dulu terletaknya sederet rumah kedai." Apa sudah berlaku sebenarnya???

Setelah beberapa kali mengelilingi pekan ini...aku pasti memang tiada tempat lain melainkan kawasan padang bola tersebut!!! Aku dah hampir putus harapan kerana kedai makan Tasha sudah tidak lagi berada di situ. Aku terpaksa menghentikan pencarian tadi. Kalau macam ni baik aku awal balik rumah sewa-ku kerana lusa ada peperiksaan di KK. Aku harus bersiap sedia.


(Bila Rindu Bertemu)

Seperti dirancang aku telah mendapat keizinan daripada Pegawai Koperasi Kawasan Ranau untuk balik ke KK pada sebelah tengahari hari ini(Hari Jumaat). Esok aku dan Alex akan memerah otak untuk menjawab soalan peperiksaan di Kampus ITM Sepanggar. "Sampai di KK nanti, aku akan terus mengunjungi kedai makan Syikin dengan harapan dapat bertemu dengan cousinnya yang telah kembali ke KK", hatiku merasakan itulah perkara pertama yang harus dilakukan setibanya di KK nanti. Waktu sudah memasuki jam 6 petang. Bas yang aku naiki sudah sampai ke stesen Terminal KK. Memandangkan perut sudah lapar, lalu aku terus saja menuju ke kedai makan Syikin.

Nampaknya malam ini kurang pengunjung ke kedai makan Syikin. Aku terus saja menyapa Alex dan Syikin yang duduk semeja. "Kurang orang malam ni Lex", "..Ram...kan hari ni hari Jumaat....takda persembahan daripada  piano." "Hmmm...patut pun!!!.hai Syikin, apa khabar."  Syikin seperti biasa melayani kehadiranku dengan senyuman. "Macamana cousin you...ok ke?...mana orangnya?", aku bertanya kepada Syikin tentang sepupunya yang menggantikan tempatku sebagai pemain piano di situ.

"Kejap lagi dia datang...minumlah dulu...nanti aku kenalkan". Kami berborak, dengan Syikin menceritakan serba sedikit latarbelakang sepupunya kepadaku. Syikin memberitahuku tentang keadaan sepupunya yang sering saja perlukan rawatan susulan daripada doktor."Lex, esok exam. Aku tumpang kereta kau, boleh???"  "No problem", Alex seperti biasa sentiasa bersedia untuk membantu segala apa yang aku perlukan. Jam di tangan aku sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. 

Aku rimas kerana perlu segera balik untuk membuat sedikit ulangkaji. "Ehhh..Syikin..nampaknya aku kena balik ni. Tak larat nak tunggu!!!"  Aku mahu tak mahu cuba untuk melepaskan diri. "oh ya..kirim salam dengan cousin kamu...Lex jangan lupa ambik aku esok pagi...selamat malam Syikin", aku lalu bangun meninggalkan mereka berdua.

Setelah berjalan beberapa langkah, aku terdengar suara seseorang (agak biasa kudengar lenggok kesantunan irama bahasanya). "Hello cousin....maaflah lewat sikit sampai." Aku terasa bagaikan berada di dua masa yang terpisah bila mendengar suara itu. "Ram...Ram...tunggu dulu", suara Alex memanggilku dari belakang. Aku terus saja berhenti dan berpaling semula ke arah mereka. Aku menuju semula ke meja tadi, aku perhatikan seorang gadis yang seakan aku kenali berdiri di sebelah tempat Syikin duduk.

"Ram...ini cousin aku", Syikin mengenalkan aku dengan cousinnya itu. Sambil tersenyum gadis itu menghulurkan tangan dan berkata "hai saya Natasha, kamu...Ramsah...kan." (Aku terpaku agak lama memandang matanya, senyumannya, lesung pipitnya, wajahnya dan sememangnya dialah Natasha yang lama aku tak jumpa)....entah mengapa terpacul dari mulutku perkataan..."maaf bukan muhrim.....ehhh...hmmm...(sambil mengenggam erat telapak tangan cousin Syikin)...ya...ehhh..saya Ramsah....apa khabar." "Baik" (masih tersenyum, cousin Syikin membalas pertanyaanku tadi).

Aku menjadi seperti keliru dan terus bertanya. "hmmm siapa nama kamu tadi???”  "Natasha...panggil saja Tasha" (jawapan itu memang tepat dengan orangnya). Aku terus saja merehatkan diriku di atas kerusi dengan darah yang bergelora dalam keadaan kepayahan untuk bernafas (sampai hati mereka berdua ni.....Puhhh!!!...). Aku membundarkan mataku dan kemudian membeliakkan semula dengan zooming ke arah wajah gadis di depanku (hai...betullah..ni Tasha lah!!!!). Cuma Tasha dah semakin dewasa dalam tempoh 5 tahun berlalu. Agak pelik kerana dia dah tak memakai tudung. Tapi aku semakin gelisah kerana dia seolah-olah tak mengenaliku.


(Aku Semakin Gelisah)

Lewat malam itu Alex menghantarku pulang sesudah kami bercerita panjang semalaman di kedai Syikin. Malam itu dipenuhi dengan cerita-cerita Tasha semasa zaman pengajian Universitinya di KL. Aku mengelak daripada menceritakan tentang apa yang kutahu mengenai Tasha. Semuanya serba tak kena, ia memang menuntut sesuatu penjelasan daripada Syikin dan Alex mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada Tasha.

Sepanjang perjalanan semasa Alex menghantarku pulang, kami berdua diam sahaja. Aku merenung Alex, tapi Alex buat-buat tak tahu saja. (Sewaktu kereta berhenti, setelah sampai ke Balai Polis Karamunsing - tempat kediaman keluargaku) "Alex, apa pun esok saja cerita (aku malas nak bertanya tentang Tasha memandangkan hari esok ada exam). Jangan lupa ambik aku esok."  "Ehhh..Ram, aku tak fit lah untuk exam esok...aku MC ya". "Hmmm..ya lah...ya lah” (kepalaku terasa berat, malas nak layan Alex). Tunggu saja lepas exam esok. Banyak benda nak tanya pada mereka berdua. "Ok Ram selamat malam, jangan lupa esok Tasha ada persembahan piano."  "Baiklah selamat malam Lex."

Apa sudah jadi dengan Tasha, ahhh baik aku tidur. Esokkan exam. “Hmmm....selamat malam Tasha", aku terus melelapkan mata dengan badan yang keletihan kesan daripada travelling dari Ranau pagi tadi.

(Hari peperiksaan danTasha yang kebingungan)

Mengikut perkiraan aku, semalam aku cuma sempat tidur selama 4 jam sahaja. Di luar, hujan lebat. Matahari agak terlindung diselimuti awan tebal. Setelah bersarapan, aku pantas menuruni tangga ke bawah dari tingkat 4 bangunan kuarters Polis ini. Aku membawa bersama payung kerana terpaksa menaiki bas hari ini. Aku terus berjalan hingga keluar Balai Polis Karamunsing menuju ke perhentian bas terdekat.

Dalam pada itu aku terdengar suara orang memanggilku dari dalam kereta..."Ramsah..Tasha ni.."  Agaknya Tasha menungguku sejak tadi. Aku pun menghampiri kereta itu dalam keadaan hujan yang masih lebat. "Naiklah cepat."  "Hmmm kau dari mana ni...tiba-tiba je muncul???" Apa kau buat sini Tasha."  Tasha terdiam sejenak mendengar kata-kataku tadi. entah apa yang bermain difikirannya. "ehhh..Alex pesan tolong hantar kau ke kampus." "Apa tunggu lagi, naiklah."

(Dalam perjalanan ke kampus) "Maaf Ramsah. Nak panggil U...Ramsah, Ram atau Sah", Tasha bertanya. “Selama ni kau panggil aku abang, apasal nak tukar pula."  Tasha terdiam dengan ayatku tadi. Air mukanya berubah sambil merenungku(alamak aku terlepas cakap). "Apa yang kau cakapkan ni."  Aku tersedar dengan kesilapan kataku tadi. "Maaf Tasha.” Aku senyum malu dengan ayat terjun aku tadi sambil menjeling Tasha. “Tasha rasa Ramsah ni peliklah, pertuturan kamu macam ada yang tak kena sejak semalam. Kenapa semacam gemuruh saja tengok Tasha. Tasha cantik agaknya."  Aku menjawab "Agaknya lah Tasha."

Tasha banyak perli aku semasa dalam perjalanan ke kampus. Orangnya masih sama, dengan kebijaksanaan akal dan bicaranya. Semasa dalam perjalanan ke kampus Sepanggar Menggatal, kelihatan Gunung Kinabalu nun di kejauhan. Tasha berkata "Tasha tak pasti, kenapa Tasha suka sangat tengok Gunung Kinabalu ni."  Aku lalu cuba menenangkan Tasha. "Memanglah Tasha, kalau di Semenanjung takkan ada gunung sebegini. Tentu kau terasa hatimu ada di sebalik kabus Kinabalu tu kan". Tasha lantas terperanjat dengan kata-kataku tadi dan membesarkan bebola matanya memandangku.

"Oh ya...2 jam kan exam U."  "Yupp, kenapa."  "Tak, nanti aku ambik kau selepas exam, boleh???”  "No problem Tasha. Thx."  Selama 2 jam aku memerah otak dan melupakan seketika tentang Tasha. Aku tak nak usahaku tak berbaloi. Apa pun hari exam tu aku betul-betul membuat penumpuan untuk menjawab soalan peperiksaan.

Selepas peperiksaan aku mengikut Tasha yang telah sedia menungguku. "Apa kata kita cari makan dulu. Hari pun dah tengah hari ni."  "Aku ikut saja kamu Tasha." Semasa makan bersama Tasha aku perasaan dia memesan ice lemon tea yang merupakan minuman kegemarannya (aku cuba untuk tidak memperdulikan tentang kebetulan ini yang membuktikan memang dialah Natasha yang aku rindui selama ini). Kami berdua duduk makan sambil berborak panjang mengenai hal masing-masing. Cuma aku tak nak tanya tentang masalah-masalah yang mungkin menyinggung perasaan Tasha. 

"Ohh ya..semasa di KL Syikin ada menceritakan tentang diri kamu dan Natasha yang kamu cari."  Aku terkejut apabila Tasha mengetahui tentang pencarian aku terhadap dirinya. "ehhh...apa yang kamu tahu daripada Syikin."  "Hmmm..macam ni Ramsah...ehhh bang. Tak mungkin saya ni Natasha kamu itu." Sambil tersenyum Tasha berkata sedemikian. Aku terdetik di dalam hati dan fikiranku menidakkan kata-katanya itu..."kalau bukan kau siapa lagi."  "ok...ok sori...maksud Tasha...Syikin minta pertolongan Tasha untuk membantu kamu mencari Natasha abang itu."

Setelah berbual panjang, Tasha menghantarku pulang. "Ok dah sampai, abang jangan lah risau. Nanti Tasha ikut abang ke Ranau. Tasha mungkin tak mengenali 'Natasha', tapi mungkin ada satu dua kawan yang masih mengenali Tasha dan mungkin kenal dengan Nastasha abang itu." Aku hanya diam mendengar janji Tasha yang aku sedari takkan tertunai olehnya, melainkan dia sedar siapa dirinya dan siapa Natashaku sebenarnya. "Ok bang jumpa malam ni. Malam ni Tasha nak jemput abang sebagai pemain piano jemputan, boleh???"  "Boleh saja Tasha. Untuk Tasha apa saja Ram akan turutkan selagi mampu."  "Jangan cakap macam begitu bang, kesian pula kat Natasha abang tu nanti. Bye, jumpa nanti."


Sepanjang hari ini segala kata-kataku mungkin agak pelik bagi Tasha. Bukan niatku untuk cuba membuktikan siapa dia sebenarnya. Aku cuma perlu sedikit ketabahan untuk menyerlahkan sisa  kenangan yang mungkin membantu ingatan Tasha padaku. Mustahil dia berpura-pura lupa padaku. Aku tak mahu dia simpati terhadap rinduku pada ‘Natasha’. Jika benar dia langsung tak mengingatiku, maka dah tentu dia tak mempunyai perasaan padaku. Tak guna untuk memaksa dirinya mengakui sebagai ‘Natasha’ku. Apa sebenarnya telah terjadi sehingga dia tak mengenaliku lagi??? 

Tapi sebelum itu aku kena pastikan yang dia betul-betul Natasha yang aku cari selama ini. Syikin pasti ada jawapannya. Kalau betul dia Natasha, maka sudah tentu Syikin adalah sepupunya yang pernah terserempak denganku kira-kira 5 tahun dahulu. Namun ternyata Syikin cuba menyembunyikan perkara itu dariku. Apa yang cuba dirancang oleh Syikin, sehingga segalanya menjadi sebegitu rahsia daripada pengetahuanku dan mungkin juga daripada pengetahuan Natasha yang baru aku temui ini.

Rahsia ini harus kucungkil dari Syikin. Pada masa yang sama jika terbukti benar dia Natasha yang aku cari, maka aku harus menerima hakikat yang dia sudah tak kenal siapa aku dan terpaksalah aku berusaha untuk memikat hatinya tanpa bantuan rindu yang hampir hilang dahulu.


(Aku masih seperti yang dulu)

(Malam Minggu)  Aku terdengar bunyi  hon kereta. Rasanya itu kereta Alex. “Mak….ayah….Ram pergi dulu. Malam ni mungkin Ram balik lewat sikit.” Keluargaku juga agak cemas bila mengetahui tentang diri Natasha. Aku telah menceritakan segalanya kepada mereka termasuk kakakku. Adik beradikku yang lain mungkin kurang mengingati Natasha kerana mereka masih kecil sewaktu itu. Sebelum aku melangkah keluar kakakku bersuara di depan orangtuaku, “kau ni seriuskah dengan Natasha engkau tu, setahu kakak….yang lain-lain pun kau buat main-main???”  Aku terasa tercabar bila mendengar pertanyaan daripada kakakku tadi. Dia selalu menasihati diriku yang memang tak punya komitmen dalam hal-hal perhubungan sebegitu. 

Bukan nak kata dengan yang lain aku buat main-main, tetapi entahlah? Agaknya mungkin memang aku menantikan Natasha selama ini. Natashalah yang mencuri rinduku. Atau mungkin aku terlepas peluang mendekati mereka yang lain???  Apapun yang pasti gambar Natasha sajalah yang istimewa dan masih tersimpan di dalam album peribadiku. “Kak Amy!!…doakan yang baik-baik saja….ya kak…kisah Natasha  dengan adik kakak ni masih belum bernoktah…. asalamualaikum.”  Aku lalu turun dan bertemu dengan Alex yang sedang menungguku.

“Lex…Natasha dah sampai belum.” “Dah..lawa Tasha malam ni.” “Lawa pun bukan aku yang punya oiii”, aku bersenda dengan gurauan nada yang agak lemah. Pun begitu, aku memang mengimpikan malam ini, kerana dah bertahun tak mendengar petikan piano dari jari jemarinya. Apa sangatlah aku dibandingkan dengannya. Kalau bukan kerana Tasha, tak mungkin aku tahu bermain piano. Tasha memiliki gred 8 dalam kelas kemahiran bermain piano. Tentu seronok kalau dia mengetahui yang diriku kini juga bermain dan meminati muzik sepertinya. Dia sebenarnya tak tahu yang dia adalah mentor dalam hatiku.

Sewaktu ketibaan kami ke kedai Syikin, bunyi lantunan dan percikan nota-nota piano daripada emosi Tasha begitu mengasyikkan. Dia memainkan beberapa lagu-lagu klasik Eropah. Bagaikan mendengar Beethoven atau Mozart. “Puhhh…dasyhat Natasha ni.” Alex 
terpegun menikmati keruncingan bunyi dan kebersahajaan Tasha dalam memetik piano. “Patutpun kau terpikat dengan Tasha…bagai nak terjelir lidah bila dengar dia main piano”, aku membiarkan saja Alex terpesona dengan bakat Tasha.

“Jangan terlampau direnung…nanti jatuh cinta”, tiba-tiba Syikin membisikkan kata-kata itu ketelingaku. Aku berkhayal sambil merenungi kecantikan dan kebersungguhan Tasha bermain piano tanpa dia menyedari kehadiranku pada malam itu. “Hai Ram….dah makan”.  Aku menjawab “dah makan kat rumah tadi.”  Syikin memulakan perbualan antara kami berdua dalam keadaan kedainya yang penuh dengan kehadiran pengunjung. Syikin menceritakan segalanya yang perlu aku ketahui tentang nasib yang menimpa Tasha dan mengenai kepergian ibunya kerahmatullah setahun yang lalu.

“Ok…Ok..aku minta maaf. Kau memang benar Lex. Masalahku taklah teruk sangat jika dibandingkan dengan keadaan diri Natasha. Lagipun Syikin telah membawa kembali Natasha ke dalam hidupku. Terimakasih Syikin.”  Aku baru tersedar tentang semua ini setelah Syikin menceritakan segalanya tentang nasib yang menimpa Tasha. “Sudah semestinyalah aku bersyukur dan terhutang budi dengan kamu berdua.”  Kini aku  berjanji akan membantu mengembalikan segala memori yang hilang, semua rindu yang hilang, dan kembalikannya kepada Natasha walau sekerat  jiwaku menjadi taruhannya.


Tapi agak menghairankan??? Kenapa Tasha masih boleh bermain piano. Seperti yang Syikin ceritakan, memori Tasha hampir hilang. Begitulah juga rindunya padaku pun hampir hilang. Dia kehilangan kenangan berbentuk visual, itulah sebabnya dia tak mengenaliku. Sebenarnya sesuatu telah terjadi yang menyebabkan Tasha mengalami hilang ingatan atau penyakit amnesia secara kekal. Mengikut rekod kesihatannya, dahulu dia mengalami tumor di otak.

Perkara inilah yang Tasha sembunyikan semasa perkenalan kami dahulu. Dalam kehanyutan dek usikan merdu bunyi piano dari Tasha, aku terlihat jawapan kepada surat-suratku yang tak berbalas. “mungkin dia mahu aku mengelak daripada memiliki dirinya yang sarat dengan menanggung penyakit barah otak. Ternyata dia tak mahu menjawab surat-surat itu dan tak berani untuk mengatakan tidak, kerana dia tak sampai hati berbuat begitu padaku. Apapun Tasha semestinya tak mengingati cerita tentang surat-surat tu lagi.

“Aku harap kau tak terlalu memikirkan sangat tentang masalah Tasha. Kalau boleh jangan terlalu memaksa Tasha untuk mengingati cerita-cerita lama tu. Bagi dia masa sedikit…ok Ram.”  “ Ya lah Syikin. Aku cuma berharap dia akan segera sembuh. Tapi maafkan aku jika sekiranya aku menyusahkan kamu selama ini. Aku juga bersimpati keatas pemergian adik kamu itu.” Kami terdiam sejenak sebelum Syikin menyambung lagi bicaranya “sekarang ni keadaan Tasha sudah bertambah baik. Dia sudah mula boleh menerima kenyataan tentang peristiwa dirinya dan kurang menyalahkan diri sendiri diatas kisah yang meragut nyawa adik kesayanganku itu. Syikin minta maaf pada Ram kerana menyembunyikan tentang diri Tasha daripada pengetahuan kamu selama ini.”

Sebenarnya sesuatu yang perit telah berlaku keatas diri Tasha yang melibatkan adik perempuan kepada Syikin. Hampir 5 tahun yang lalu dalam cuti persekolahan dibulan April, Natasha baru saja pulang daripada Semenanjung untuk menghabiskan cuti persekolahan penggal pertama di Sabah. Pasa suatu hari kebakaran yang besar telah menyebabkan sederet rumah kedai hangus terbakar di Ranau. Kedai ibu Tasha tak terkecuali. Masa tu Tasha  dengan adik Syikin berada dalam rumah. Ibu Syikin berada di pasar yang menyaksikan mereka berdua terperangkap bersendirian di dalam rumah kedai yang sedang terbakar itu. Nasib menyebelahi Tasha yang berjaya diselamatkan oleh pihak bomba walaupun pengsan kerana terhempap runtuhan bangunan.

Pada masa yang sama adik Syikin tak berjaya diselamatkan kerana berada terlalu dekat dengan api yang sedang mengganas pada masa itu. Kejadian itu telah menyebabkan otak Tasha gagal berfungsi disebabkan kecederaan parah akibat kepalanya yang terkena runtuhan bangunan. Kemudian doktor telah mengesahkan yang Tasha menghidap penyakit amnesia atau hilang daya ingatan secara kekal.

Segala ingatannya sebelum itu telah hilang. Pun begitu doktor mengatakan ada peluang untuknya pulih. Ini kerana cuma sebahagian otaknya yang gagal berfungsi. Doktor memberitahu bahawa memori visual Tasha musnah, tetapi kekuatan memori audionya masih ada. Disebalik peristiwa tersebut, perkara yang sama telah menyelamatkan Tasha daripada penyakit barah di otaknya. Yang ajaibnya musibah yang menimpa telah meloloskan Tasha daripada menghadapi maut seterusnya kerana gegaran kuat yang terjadi pada otaknya telah menghancurkan tumor tersebut.

“Sebelum saya menutup persembahan pada malam ini”, terdengar suara manis Tasha sedang berkata sesuatu. “Kalau semua masih ingat pada pemain piano yang pertama dahulu…orangnya ada di sini pada malam ini…oleh itu saya menjemput teman saya iaitu encik Ramsah untuk persembahan seterusnya.” Dalam keterujaan aku terus saja mendekati piano dan gadis manis Tasha yang berdiri menantikan kemunculan aku sejak dari tadi.
“Tasha…jangan lari dulu…mari kita bermain bersama…please.” “terimakasih kepada hadirin yang setia menemani teman saya….Tasha pada malam ini…saya dengan dibantu oleh Tasha hanya akan bermain satu lagu untuk anda semua…lagu khas untuk mereka yang masih setia merindu….” , aku cuba untuk tidak  mendominasi  keanggunan Tasha pada malam itu. “lagu apa Ram…” Tasha bertanya padaku. “Boleh main lagu melayu tak???” Tasha lalu menjawab “rasanya boleh…Ram main dulu..pas tu Tasha ikut…boleh.” “Ok..deal.”


Malam itu aku memainkan lagu ‘Tak ingin sendiri’ yang merupakan lagu pertama yang Tasha dendangkan padaku diwaktu awal pertemuan kira-kira 5 tahun lalu. Alex langsung saja meletakkan 2 standing mikropon di depan kami. Aku memulakan petikan piano dengan Tasha bertindak sebagai ‘sweetener’ melody dengan bermain pada nada yang lebih tinggi. ‘Aku masih seperti yang dulu...menunggumu   sampai akhir hidupku…kesetiaanku tak luntur…hatipun rela berkorban…demi keutuhan kau dan aku…’. Lagu aku mulai pada bar yang pertama (sambil menuruti bait-bait nyanyianku Tasha tersenyum mamandangku sambil matanya berkerdip-kerdip…tandanya tertarik oleh irama lagu ini yang menagih sesuatu dari kisah hidupnya).  Sambil itu aku memberi ‘que’ kepada Tasha  dan dia memahaminya lalu diikuti oleh Tasha yang menyanyikan rangkap seterusnya ‘biarkanlah aku memiliki…semua cinta yang ada dihatimu…apapun yang kuberikan…cinta dan kerinduan…untukmu dambaan hatiku…’ (ternyata dia masih mengingati lagu ini).


Aku melihat Alex dan Syikin semacam begitu terharu melihat aku dan Tasha menyanyikan lagu tersebut. Mereka tahu cerita disebalik lagu ini, seperti yang aku pernah ceritakan kepada mereka dahulu. Manakan tidak, aku bernyanyi dengan diuliti kenangan yang penuh makna sedangkan Tasha tak sedikitpun mengetahui tentang latarbelakang lagu yang pernah dia mainkan ini, iaitu lagu yang meranapkan keegoaan lelakiku dahulu. 


Lagu malam itu membangkitkan semula nostalgia aku dan Tasha, tapi dalam versi yang baru. Baru….bukan dalam erti kata ada versi yang lama…tetapi kerana kami sudah semakin dewasa….sudah meninggalkan alam persekolahan….namun bagiku, selagi rindu kami masih ada di sebalik kabus Gunung Kinabalu…maka selamanyalah ia akan teguh….tiada siapa bisa menidakkannya… walaupun daripada diri kami berdua sendiri…. bukan diriku…dan bukan Natasha juga. "Kau memang sangat kusayangi Natasha, Tapi bagaimana harusku mencuri kembali hatimu....memang padamu rindu itu pernah ada...cuma kini kau sudah tak mengingatinya???"   

Malam ini, persembahan aku dan Tasha mendapat standing ovation dari semua orang. Ada yang memekik “bagai pinang dibelah dua.” Tak kurang yang kelihatan seolah-olah cemburu denganku, mungkin agaknya pengunjung baru yang tak pernah melihat aku bermain piano di situ. Sambil beredar dari atas pentas Tasha berkata sesuatu padaku “lagu tadi tak terdapat pun dalam nota lagu-lagu kamu”, aku lalu teringat tentang buku lagu yang tertinggal sebelum ini. “Hmmm…ya..lagu itu khas untuk kamu saja”. “Hmmm…yee lah tu…Syikin dah cerita semuanya tentang lagu tu!!!” “Oh yee ke???” Aku terasa malu dengan apa yang Tasha tahu tentang lagu tadi. Sambil melihat wajahku yang tertunduk malu Tasha menenangkan diriku “tak pe….satu cubaan yang baik.” Aku lalu tersenyum apabila Syikin berkata sebegitu. Malu pula aku dikenakan Tasha.


(Aku semakin rapat dengan Tasha)

Setelah penat membuat persembahan Tasha dan kami berempat berbual dan menikmati makan malam di kedai Syikin. Sebentar lagi kedai Syikin akan menutup perniagaannya kerana waktu dah menghampiri jam 11 malam.  Aku pun dah rasa mengantuk dan sempat pula menguap depan mereka bertiga. Tasha yang menumpang tinggal di rumah Syikin tiba-tiba berkata “ahhh…cousin…Tasha nak balik dulu…nak singgah hantar Ram sekejap.” Aku yang bagaikan tertidur terus saja terkejut dan terpinga-pinga “hmmm…ehhh…bagus juga tu ..dalam perjalanan hantar aku sekali.”

Kami berdua mengucapkan selamat malam kepada Alex dan Syikin. Aku terus saja mengikuti Tasha ke kereta yang akan dipandunya. Sambil membuka pintu kereta Tasha bertanya kepadaku dengan tengkuknya dipusing berpaling ke arahku yang tertunduk lesu sambil berjalan ke arahnya. “Kau betul nak balik ke ni?” Aku tak semena-mena mengosok-gosok telinga kananku dengan telapak tangan kananku, tanda kurang faham dengan pertanyaan Tasha tadi. “Lah kata nak balik tadi”, aku cuba main tarik tali dengan muslihat Tasha dengan berkata sedemikian. “Ram..kau malu dengan aku yee???” Tercabar rasanya oleh istilah ‘malu’ yang Tasha usulkan. Sesekali  aku curi lihat dressing Tasha yang agak menonjolkan ‘sex appeal’ pada dirinya. Aku cuba untuk tidak menuruti genggaman maskulinku.

“Ram…kau belum jawab soalanku tadi”, kami masih tercegat di luar kereta dengan pintu kereta yang tersedia terbuka  di sisi Tasha. Aku agak kebingungan, kurang mengerti dengan keinginan Tasha. “Ohh come on Mr. Ram…malam minggu ni…takkan nak balik awal…night still young what!!! Get in the car” Lantas aku menuju ke sebelah kiri pintu dan masuk ke dalam kereta. Tasha terus saja menghidupkan enjin dan memandu deras meluncuri jalan raya. Sambil memandu Tasha memainkan radio muzik dari dalam stereo. Bunyinya agak kuat. Rasa macam tak selesa dibuat Tasha. Sesuatu yang aku tidak sedari sedang berlaku. Apa kena dengan Tasha ni.

“Maaf Ram, kalau Tasha tanya… Ram marah tak???” “Tanya lah apa dia???” Confuse???…betul-betul aku tak dapat meneka corak approach yang Tasha sedang usahakan. “Ram ni…ada girlfriend tak???” Tertelan air liur dibuat Tasha. “Apasal diam”. Dalam keadaan mata Tasha yang sibuk dengan traffik jalanraya sempat lagi dia membesarkan bebola matanya sambil memandang ke arahku. Aku memang dah biasa melihat cara dia merenungku dengan bantuan ‘spanish eye’ miliknya itu, tapi kurang selesa dengan pertanyaan yang dia kemukakan. Terasa bagai aku tak ‘cukup umur’ diperlakukan oleh Tasha . Maklumlah usia kami cuma setahun berbeza. Tasha dah menjangkau keusia 21 tahun. Aku sedar pada usia sebegini Tasha telah memasuki kealam dewasa.  

Aku cuba untuk ‘cool down’ dengan menarik nafas panjang dan perlahan-lahan menghembuskan keluar  dengan sedikit memperbetulkan antena penerimaan soalan tadi dan menjawab “wahhh… soalan maut nampak???” Tasha merenungku dengan pandangan yang lebih tajam sambil menukar gear kereta untuk menambahkan kelajuan panduannya. Aku teringatkan Alex yang lebih berhemah bila memandu berbanding Tasha. “Ok!!  be gentle boy!!!…(Tasha menekan ‘red button’)…selama ini, 5 tahun dah berlalu…right!!!”, Tasha masih cuba berteka teki. Dengan agak lambat aku menjawab “iiiiyaaa…sssooo???”, aku respon secara beradab tapi masih menunggu isyarat infra merah untuk mengaktifkan ‘shield’ atau penangkis daripada serangan sikap pelik  Tasha. “Kan tak adil bagi Tasha yang tak mengenali langsung tentang kamu….betul Ram???(aku berdiam)...betul tidak???” Tasha menjadi semacam marah denganku.

Aku teringat pada persoalan yang pernah Alex ajukan tentang apa yang akan aku buat jika Tasha muncul semula. Rasanya memang Alex hendakkan aku bersedia untuk semua ini  kerana dia telah mengetahui tentang Tasha daripada cerita Syikin yang mereka berdua sembunyikan daripada pengetahuanku selama ini. Nampaknya aku memang tak bersedia untuk semua ini. Aku bukan tak bersedia dengan kehadiran semula Tasha dalam hidupku, cuma susah buatku untuk menyelesaikan ‘puzzle’ yang ternyata berada diluar jangkauanku kini.

Tasha menghela nafas panjang.  Mungkin bosan dengan sikap kurang respon daripadaku. Kami diam seketika sementara menantikan isyarat lampu hijau dengan pergerakan kereta-kereta lain yang agak perlahan di depan kami. Dalam pada itu terdengar celoteh DJ siaran radio pada stereo kereta sambil  memainkan lagu yang baru kami persembahkan sebentar tadi sewaktu bermain piano di kedai Syikin… “malam minggu ini pastinya terasa amat panjang bagi mereka-mereka yang masih merindu tentang kenangan dimasa lalu. Tapi sudah semestinyalah kita harus meneruskan kehidupan dengan melupakannya…melainkan(nada DJ bertambah tinggi) jika sidia kini berada di depan mata anda sekarang…(sambil lagu dimainkan) saya bacakan sepotong madah sumbangan Encik Abu Hurairah yang berbunyi “banyak kenangan yang sukar kita lupakan…namun segalanya akan menjadi lebih indah pada pertemuan semula ….bersama dengan sidia….anda cuma perlu mengenang segala memori yang ada.”  Seterusnya serangkap pantun kiriman Saudara Shukri yang berbunyi  “adat berkasih mengusik rindu….adat merindu merisik kalbu…biar tersisih tidak bertemu…rinduku bisik selamanya milikkmu….”

Tasha pantas menutup siaran radio tadi dengan mematikan suis stereo. Aku menjadi semakin runsing, tapi sejenak terfikir dan cuba untuk memahami perasaan Tasha. Memang benar apa yang Tasha cuba maksudkan tadi. Tidak adil bagi dirinya kerana tidak memiliki segala memori dan kenangan yang bukan saja berhubungan dengan cerita kami bersama, malah berkaitan dengan sejarah hidupnya di Ranau bersama ibunya sebelum peristiwa kebakaran yang menimpa dirinya. Menyedari akan hal itu aku terus saja mengubah topik cerita untuk lari dari perasaan kekecewaan diri Tasha tadi. Aku tahu hidupnya begitu tertekan.

Kereta yang dipandu Tasha nampaknya telah melewati Balai Polis Karamunsing. Dia terus saja membawa kereta yang dipandunya melepasi kuarters Polis tempat aku tinggal yang berada di kiri jalanraya. Aku malas menegurnya kerana dia dah tahu ke mana dan di mana untuk berhenti. Kereta lalu memasuki suatu simpang yang agak jauh daripada Balai Polis tadi dan Tasha memberhentikan kereta. “Kalau Ram nak balik…nak sembang…nak call girlfriend lewat malam ni…baik Ram turun sekarang???” Aku terkejut dengan bicara Tasha. “Tasha cuma nak tahu kalau-kalau Ram dah ada girlfriend??? Manalah tahu…dalam tempoh 5 tahun….mungkin kamu dah ada ramai kekasih??? Tasha bukannya nak mengurat kamu…cuma nak bertanya…..salah kah???”

Aku sedikit risau kerana tempat Tasha memberhentikan kereta tadi agak terpencil dan sunyi. Aku cuba bergurau dengan Tasha “sangkakan marah tadi….ehhh… kalau iya pun kenapa berhenti di sini” Tasha membalas dengan bersenda “marah tu taklah… cuma geram!!!..napa?? Tak boleh parking sini??? Heiii kau takut ngan aku yeee!!!…kan Natasha ni datang dari jauh…datang nak kenal dengan orang yang kata mengenali Tasha…” Aku memperlajukan data akses ke memori perbualan kami sewaktu pertemuan pada pagi tadi dan langsung menerpa kekangan kepada kepetahan bicaraku “ehhh…pagi tadi kamu kata…tak mungkin saya ni Natasha kamu itu…ingat tak???”  Tasha lalu tersenyum sambil memandu semula kereta tadi (lega rasanya meninggalkan kawasan sunyi tadi).

Tasha kemudian menceritakan kepadaku bagaimana dia begitu teruja dan terpesona apabila Syikin menceritakan tentang diriku yang sering menceritakan tentang dirinya dan membuatkan dirinya ingin benar berjumpa dengan diriku, biarpun sudah tidak lagi mengenaliku . Dia juga ada menceritakan tentang surat-surat yang masih ada dalam simpanannya tetapi kurang pasti kenapa dia tak pernah membalas surat-surat kirimanku itu. Pada masa yang sama dia menyatakan ingin sangat untuk melihat gambar kami berdua yang sebagaimana Syikin ceritakan masih dalam simpananku. Gambar yang sama dan gambar-gambar lain yang diambil pada 5 tahun yang lalu berkemungkinan telah musnah semasa kebakaran dulu.

Tasha meminta maaf kerana akibat penyakit amnesia yang dialaminya telah menyebabkan dirinya tidak mengetahui langsung tentang gambar itu. Selain cerita daripada arwah ibunya tentang bagaimana niat Tasha untuk memberiku gambar tersebut telah disampaikan melalui arwah ibunya yang telah diberikan kepada pemilik surat-surat itu iaitu diriku. Dengan kebetulan dan kepadanan cerita daripada Syikin dan arwah ibunya telah meyakinkan Tasha tentang dirikulah pemilik kepada surat-surat itu dan dirinyalah Tasha yang sebagaimana aku ceritakan kepada Syikin dan dialah Natasha dalam gambar yang masih dalam simpananku itu.

Aku mengakhiri pertemuan pada malam itu dengan pelawaan kepada Tasha sewaktu kami tiba di bawah kuarters Polis kediaman keluargaku “esok ada movie bagus di panggung…nak tengok tak???”  “Siapa belanja.” Aku terus menjawab “esok aku belanja…tapi next  time..turn kau pula…ok” Tasha tersenyum tapi masih berdegil dengan persoalannya tadi “Ram dah ada girlfriend belum ni???” Soalan itu aku jawab dengan mudah “dulu dah ada girlfriend…tapi??? dia dah sombong.”  Tasha bertanya lagi “apasal pula dia sombong.” Sekali lagi aku perjelaskan kepada Tasha… “lahh…dia dah tak kenal aku!!!” Tasha terketawa dan spontan terus mencubit peha kiriku.

Nampaknya malam ini perhubungan versi baru antara kami berdua kian menunjukkan kemajuan walaupun baru 2 hari bersama Tasha selepas 5 tahun terpisah. Tak sabar rasanya untuk menanti hari esok bersama Tasha. Tentu Tasha sedang berusaha untuk mengenali diriku. Pasti dia sedang bertungkus lumus cuba untuk mengutip kembali rindu yang hampir hilang dengan mengharap bantuan sepenuhnya dari diriku.






(Hari-Hari Yang Indah Bersama Tasha)

Aku bersyukur kerana segalanya kian menyebelahi kami, walaupun ia agak sedikit sulit untuk menyulam kembali  dan meneruskan carik-carik perhubungan yang terasa rabak ini. Memang benar aku tak pernah mengenali Tasha secara peribadi. Sewaktu perhubungan dulu segalanya agak dibayangi oleh ibu Tasha serta dikekangi oleh pertemuan yang sifatnya bermusim. Haruskah aku menganggapnya sebagai Natasha yang aku kenali dulu atau mempercepatkan saja proses untuk menawan semula ruang hatinya.


Seakan belum pasti…naluri hatiku bagaikan was-was. Tapi pesona rindu itu masih berkampung di situ. Rasanya aku bagaikan terpedaya oleh keindahan memori yang berlalu. Dalam tempoh hanya sehari dua saja….aku telah dikejutkan dengan kehadiran semula Natasha.Demam rinduku pada Natasha dah hampir setahun. Sejak peristiwa Alex mandi soto, halaman asmaraku menjadi begitu ilusi sifatnya dengan aku menjiwai semula sentuhan-sentuhan kerinduan pada diri Natasha. Ia menjadi begitu luhur disebabkan tidak terdapat sebarang konflik dalam perhubungan kami setakat itu. Sekiranya cerita kami berdua dijadikan novel,  maka sudah tentu terpisahlah diantara dua kisah daripada bingkisan rindu yang hampir hilang….lalu menjadi  sebuah kisah ‘The Never Ending Story’.

“Bang…apa yang termenung saja tu???.....ada orang call.”

“Memang ‘The Never Ending Story’…”, kotak fikiranku mengiakan segala kebuntuan tadi.

“Bang…ada call untuk abanglah!!!”
Suara adik perempuanku menamatkan segala pertikaian yang timbul dalam benak fikiranku tadi.

“Hiisssh..sapaaa..pula call malam buta ni?” Adik perempuanku rupanya dari tadi tercegat di muka pintu sambil memerhatikan diriku yang mengelamun jauh sambil berbaring di atas katil bilik.

“Sapa call tu???”                                                                                                                                                      

“Entahlah bang…perempuan!!!”

Aku lalu bangun dan keluar dari bilik menuju ke ruang tamu tempat terletaknya telefon. 

“Hello…sapa ni..”  aku bertanya pemanggil tadi sambil menekapkan sepenuhnya gagang telefon ketelingaku memandangkan bunyi hujan yang bercucuran jatuh di luar rumah agak kuat dengan bantuan angin yang deras.

“Tasha …”

“Ohhh Tasha!!! Patutpun sedaaaap ja dengar suara U…Tasha Tak tidur lagi???…dah lewat malam ni…kenapa call…Tasha kat mana ni…???”

“Dalam biliklah….Tasha tak dapat tidurlah Ram”

“Kejap abang?…kejap Ram?…boleh tak U panggil I dengan satu nama sahaja!!!”, aku cuba menghangatkan suasana malam yang sedang merakam cerita baru buat kami berdua.

“I prefer to call U Ram!!..ok…and kalau boleh I want U to call me Sha….sebab itulah nama panggilan I kat KL”

“Ok…ok…ok…so Ram & Sha”

“Cantik nama tu…I suka”, aku bersetuju dengan idea panggilan nama yang Tasha inginkan. Tapi agak terkeliru dengan nama Tasha yang menjadi sebutan dibibir kami berdua sejak 5 tahun dahulu.

“Hairan juga…kita baru beberapa hari kenal…tapi rasanya bagai dah bertahun mengenali diantara satu sama lain…betul tak Ram”, Tasha cuba untuk meleraikan stigma yang wujud dalam dirinya. Dia seolah-olah bagaikan ingin bingkas menghirup udara setelah hampir terlemas jauh ke dalam lautan.

“Sha…ahhhh….hmm…tak biasa pula menyebut nama U begini…sebenarnya ada dikalangan kawan-kawan juga memanggil Ram dengan  nama sebegini…Shah tu pun nama Ram juga..”, aku kurang selesa bila Tasha mahu aku memanggilnya dengan nama 'Sha' memandangkan nama tu juga adalah panggilan bagi diriku sendiri.

“Ahh…tak kisahlah Ram…bagi aku kita memang dah kongsi nama pun…panggilan ‘Sha’ tu memang dah untuk kita berdua…so bila orang memanggil ‘Sha’ dah pasti mengelirukan…entah untuk kau..entah untuk akukah???...ehhmm..oklah…panggil je I…Tasha”

Bicara kami aku teruskan “boleh tak kalau Ram cakap sesuatu mengenai apa yang Ram kenal tentang diri Tasha sebelum ini…” Tasha tergelak seketika bila mendengar permintaanku tadi “ha…ha…ha…hei apa ni Ram…I tak ingat satu episode pun dalam drama yang dah terbungkus dalam kisah lama tu..”

Bagi diriku apa yang Tasha katakan mungkin cuma benar pada dirinya sahaja, kerana memang pun kami dah saling mengenali diantara satu sama lain sebelum ni. “Ok… kalau macam tu…lain kali sajalah cerita…lagipun..satu malam tak cukup untuk bercerita tentang kisah lama tu”, aku cuba meredakan ombak-ombak ganas yang terpukul oleh angin kencang yang bertiup dalam sanubariku sama seperti angin malam yang sedang bertiup kencang memukul hujan pada malam ini.

“Sori Ram…bukan Tasha tak nak dengar cerita U..tapi rasanya belum sesuai buat masa ni..takut nanti I pula tak dapat tidur selepas dengar cerita dari U.”

Perbualan antara kami berdua kemudian berlanjutan dengan pertanyaan Tasha tentang tajuk cerita panggung yang akan ditonton keesokan harinya.

 “Ram …cerita apa yang kita nak tengok besok ni. Sha tak suka cerita jiwang tau!!!”

“Tak jiwanglah…cerita lucu!!”

“Apa tajuk cerita tu?”

“Back To The Future…ramai kawan-kawan Ram dah tengok…dengar cerita tu best…tu lah pasal Ram ajak kau tengok sekali.”

“Hmmm…macam lain je maksud cerita tu”, Tasha perasan sesuatu tentang cerita yang bakal kami tonton esok hari. Orang sebijak Tasha mungkin saja dapat merumuskan kemungkinan-kemungkinan yang bakal disajikan berdasarkan tajuk cerita tersebut.

“Jam berapa dah ni Tasha???”

“Astaga…sori Ram…nanti Tasha bayar bil telefon tu…ok???”

“Hmmm…tak payah…dah lewat ni…jom tidur?&#/-???”

“Ok..Salam and good night!!!”


“Walaikumsalam Tasha…sweet dream.”



bersambung

cerita selanjutnya - buku 10 tahun akan datang


Comments

  1. thx bro...bru belajar menulis...based on real experience plus sikit imaginasi..
    anyway u r the first person to comment...hahaha...RRYHH masih belum abis d tulis sejak 2011...sometimes mood sdh xda mau sambung...t.kasih atas komen bro silent from ranau...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???