Surat Tasha - Ranau Rindu Yang Hampir Hilang

“Betul ke ni, ayah Syikin ingin berjumpa denganku esok pagi???”. Aku agak terkejut, mesej itu disampaikan oleh Encik Adam melalui Syikin yang kemudiannya meminta Alex segera memberitahuku . Encik Adam merupakan Peguam kepada Keluarga Syikin. “Tapi Lex, apa kena mengena aku dengan Yayasan Ismail?”, ayah Syikin merupakan Pengerusi kepada Yayasan Ismail. Alex dengan cermat membalas pertanyaanku “Ram, aku harap kau ikut saja apa yang mereka mahu, aku sendiri kurang faham sebab itu urusan peribadi keluarga Tasha dan Syikin”. Tak berpuashati, lalu aku bertanya lagi, “mmm…Lex, tak abis lagi ke cerita tentang Tasha???”. Alex terus memujukku agar bersetuju untuk berjumpa dengan ayah Syikin. Menurut Alex Yayasan ismail akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dan ianya ada berkaitan dengan perjumpaan aku dengan ayah Syikin esok.

Perbualan kami aku anjakkan dengan mengemudikan topik cerita kepada Tasha. Sebelum tu aku bertanya dengan lebih lanjut tentang Yayasan Ismail, tentang ayah Syikin dan seterusnya memusatkan perkaitannya dengan aku dan Tasha. Hari masih lagi diawal pagi sebenarnya dan kami berdua sedang duduk berbual di kedai kopi setelah melewati ‘Tamu’ di Jalan Gaya Street Kota Kinabalu. Memang aku respek Alex ni, sebab banyak perkara dia tahu tentang keluarga Syikin. Tapi bila aku cuba kaitkan dengan Tasha, mesti Alex beri jawapan yang stereotype. Mesti dia akan kata “yang itu kau kena tanya dengan Syikin”, atau jawapan jawapan yang sewaktu dengannya. Agaknya bilalah aku akan mendapatkan maklumat kelas pertama dari mereka berdua ni. Peluang aku nak bertanya sendiri dekat Tasha dah tak mungkin, sebab dia dah ke London menyambung pelajaran ke sana.…

Kebelakangan ini Alex kelihatannya banyak berahsia daripadaku. Mungkin agaknya dia tak ingin masuk campur dengan urusan keluarga Syikin. Kekadang aku terasa memang ada sejarah tersembunyi yang aku tidak ketahui tentang keluarga Tasha dan Syikin. Aku akui yang aku semakin interesting untuk merungkai misteri itu. “Memang best meneroka dan mengintai di sepanjang Tamu di Jalan Gaya ini”, keterujaan hatiku berkenaan dengan budaya rakyat negeri Sabah yang versatile tidak mampu aku elakkan. Aura fizikal yang berwarna warni yang didendangkan diantara para pengunjung dengan penjual di sini terasa begitu istimewa. Kekalutan emosi aku tentang Tasha hilang begitu sahaja di lautan Tamu yang diadakan pada setiap hari Ahad ini. Ianya merupakan Tamu yang terbesar selain Tamu di Daerah Kota Belud. Ramai penjual beraksi di sini dengan barangan jualan masing masing. Mereka datang dari seluruh pelusuk negeri Sabah. Sebut sahaja apa jenis barang, semuanya ada dijual di sini.


(Keesokan harinya)

Tepat jam 10 pagi Alex dan Syikin membawaku untuk bertemu Encik Adam yang sedang menungguku di sebuah Hotel yang terkenal di bandar Kota Kinabalu. “Selamat pagi Encik Ramsah, saya Adam. Saya adalah peguam kepada keluarga Syikin.” Encik Adam mempelawaku menaiki kereta, aku tidak bercakap banyak. Aku cuma teringin nak mengetahui maksud sebenar perjumpaan ini. Kereta yang membawaku terus beredar dari Kota Kinabalu dan menuju ke suatu tempat yang aku sendiri tidak mengetahuinya. Perjumpaan ini diadakan di luar Bandar Kota Kinabalu. Terdapat jalan berpasir di sekililing perjalanan, seolah olah kami menuju ke pantai. Sejam kemudian perjalanan kami berhenti di sebuah kawasan luas di pinggir pantai. Rombongan kami yang menggunakan 2 buah kereta berhenti di situ. Encik Adam membawa aku keluar dari kereta untuk bertemu seseorang yang kelihatannya tidak berseorangan sedang menungguku di tepi pantai.

Encik Adam berbisik kepadaku, “lihat di sana dekat pantai.” Aku memandang ke arah pantai seperti yang dituding oleh jari telunjuk Encik Adam. Kelihatan ayah Syikin dengan 2 orang lelaki yang agak lanjut usia sedang berjalan di tepi pantai sambil berbual. Encik Adam menyuruh aku pergi menemui mereka. Hatiku terasa sikit berdebar kerana belum pernah berjumpa dengan Encik Ibrahim iaitu ayah Syikin. Aku terus menghampiri mereka bertiga dan nampaknya mereka memang tak sabar menunggu kedatanganku. “Assalamualaikum” aku memberi salam kepada mereka. “Walaikumsalam Ramsah, perkenalkan Mr. Smith dan Mr. Rudolf”. Aku bersalaman dengan mereka bertiga.
Encik Ibrahim memberitahuku yang Yayasan Ismail banyak melakukan kerja amal seperti pendidikan sejarah tempatan dan pemuliharaan hutan.

Seperkara lagi ialah mengenai perniagaan Syarikat Arwah Ayah Tasha, Encik Ibrahim ada menyebut tentang pembidaan kontrak Kerajaan British yang sedang mereka usahakan. “Maaf Encik Ibrahim, saya masih tidak faham”, aku cuba menarik perhatian ayah Syikin tentang apa pertalian yang dia ceritakan dengan diriku. Aku kemudian menyambung lagi “rasanya, saya tak perlu tahu tentang semua ini, maaf kalau saya kurang jelas”. Encik Ibrahim tersenyum dan cuba mengelak dari menjawab pertanyaanku tadi lalu berkata “Ramsah, Mr. Smith adalah peguam kepada keluarga Tasha selepas kematian ayah Tasha, manakala Mr. Rudolf adalah bekas peguam kepada arwah ayah Tasha. Atas permintaan arwah ibu Tasha saya telah bersetuju untuk mengendalikan Yayasan Ismail selama 19 tahun. Saya juga memegang jawatan Pengerusi bersama dalam Syarikat ayah Tasha sementara menunggu Tasha genap berusia 21 tahun. Tahun depan sepatutnya secara rasmi Tasha akan mengambil alih tanggungjawab ini daripada saya”. Aku masih tidak faham dan kemudian mengemukakan persoalan lagi“Jadi, apa pula perkaitan dengan saya???”

Encik Ibrahim kemudian membuka tirai rahsia mereka “Gentleman, explain to him”, Encik Ibrahim beralih pandang kepada 2 rakannya. Mr. Smith berkata “now look son, the late Ismail’s wealth were meant to be inherited by Tasha and her mother” kelihatan Mr. Rudolf menganggukkan kepalanya tanda menyokong pernyataan kata kata dari Mr Smith tadi. Mr. Smith menambah lagi “5 years ago I witnessed a letter written by Tasha and signed by Tasha, her mother and me”. Mereka menceritakan bahawa aku lah pewaris tunggal yg berhak keatas harta kekayaan ayah Tasha. Ini kerana menurut wasiat surat Tasha sekiranya dia tiada atau tidak fit pada usia 21 tahun utk memegang amanah maka dia akan mewariskan harta sepenuhnya kepada ibunya dan diriku 50%/50%. Menurut mereka lagi Tasha tidak mengetahui perkara ini memandangkan dia hilang ingatan, sementara ibu Tasha pula sudah meninggal. Ini bermakna aku mewarisi seluruh kekayaan yg ada.

Perkara tersebut menjadi antara isi kandungan di dalam surat balasan dari Tasha terhadap surat surat yang aku kirim dahulu. Namun surat surat itu tidak sampai ketanganku kerana disembunyikan oleh ibu Tasha setelah mendapat nasihat daripada ayah Syikin. “Encik Ramsah, surat surat itu ada dalam simpanan saya”, ayah Syikin menerangkan padaku tentang surat itu. Dia memberitahuku yang surat persetujuan tentang pindahmilik seluruh harta milik ayah Tasha kepadaku telah disediakan.

Aku tak tahu apa nak fikir, fikiranku buntu. Sudah tentu perkara ini merupakan suatu kejutan bagiku. “So bagaimana Encik Ramsah??”. Pertanyaan Encik Ibrahim itu masih tidak dapat membuka mindaku. Aku kaku tidak menjawab. Apa harus kukatakan pada keluargaku nanti. Aku semakin keliru, otakku seakan beku bila memikikirkannya “apakah ini yang Tasha mahu, sehingga sanggup menyerahkan semua kekayaan miliknya kepadaku. Tapi kenapa dan untuk apa, dan kenapa pula aku yang Tasha pilih???”. Encik Ibrahim dan 2 rakannya cuma tersenyum melihat keberadaan diriku ketika itu yang nyata kebingungan. Aku memang kelihatan begitu naïf pada diri mereka.

Sekembalinya dari berjumpa dengan mereka, aku terus sahaja balik ke rumah. Aku kena cepat dan harus pantas memandangkan aku kena kembali ke Ranau. Aku menelepon ke Pejabat di Ranau meminta cuti sehari kerana tak sempat datang kerja untuk hari Isnin ini. Aku tidak memberitahu keluargaku tentang berita baru yang terjadi padaku pagi tadi. Aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja jika perkara ini betul betul berlaku padaku. Itulah yang muncul buat masa ini dari dalam benak fikiranku. Kata kata ayah Syikin dan 2 rakannya masih bermain difikiranku. Sepanjang hari aku berkurung di dalam bilik berseorangan memikirkan apa yang sedang terjadi padaku. Perkara ini memang tidak masuk akal akan berlaku. Lagipun terlalu deras pusaran hidup Tasha yang menghanyut dan melemaskan aku. Kekadang rasa menyesal pun ada kerana Tasha muncul semula dalam hidupku.


Cerita Seterusnya Ranau Rindu Yang Hampir Hilang - Sinopsis

Cerita Sebelumnya Tasha Melanjutkan Pelajaran Ke Eropah

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???