Posts

Showing posts from October 21, 2012

'FOR SALE'

Sesuatu yang berisiko biasanya mempunyai kemungkinan pulangan yang sangat tinggi. Vice versa juga sekiranya kita ingin kekal di kawasan 'Comfort Zone'. Saya teringat tentang peristiwa 'sub prima' yang melanda dunia beberapa tahun lepas. Kesan itu berakar umbi di dunia barat. Bercerita tentang risiko, inilah sebenarnya yang terjadi bila kita tidak mempunyai 'contingency plan' ataupun kemungkinan kerana disebabkan perhitungan yang salah. Mendengar kepada amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri dalam Perhimpunan MCA yang terakhir sebelum Pilihanraya, semestinya beliau mengundang resah kepada mereka mereka yang berhasrat untuk menukar kepimpinan Malaysia. Datuk Seri Najib mengatakan yang bermaksud ada dikalangan kita yang berkata tak salah kalau memberi 5 tahun percubaan kepada 'Kerajaan Baru'...Beliau menambah kononnya mereka berkata jika kerajaan itu tak bagus maka kita tukar pula lagi 5 tahun kemudian. Memang benar ada dikalangan rakyat yang berpe