'FOR SALE'

Sesuatu yang berisiko biasanya mempunyai kemungkinan pulangan yang sangat tinggi. Vice versa juga sekiranya kita ingin kekal di kawasan 'Comfort Zone'. Saya teringat tentang peristiwa 'sub prima' yang melanda dunia beberapa tahun lepas. Kesan itu berakar umbi di dunia barat. Bercerita tentang risiko, inilah sebenarnya yang terjadi bila kita tidak mempunyai 'contingency plan' ataupun kemungkinan kerana disebabkan perhitungan yang salah.

Mendengar kepada amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri dalam Perhimpunan MCA yang terakhir sebelum Pilihanraya, semestinya beliau mengundang resah kepada mereka mereka yang berhasrat untuk menukar kepimpinan Malaysia. Datuk Seri Najib mengatakan yang bermaksud ada dikalangan kita yang berkata tak salah kalau memberi 5 tahun percubaan kepada 'Kerajaan Baru'...Beliau menambah kononnya mereka berkata jika kerajaan itu tak bagus maka kita tukar pula lagi 5 tahun kemudian. Memang benar ada dikalangan rakyat yang berpendapat sebegitu.

Kata - kata beliau memang ada benarnya. Biar saya jelaskan peristiwa 'sub prima' yang pernah berlaku di barat dan kesannya keseluruh dunia pada akhirnya. Akibat daripada falsafah sistem kapitalis yang terlalu liberal di barat, maka sistem kewangan mereka terlalu longgar. Instrumen kewangan begitu dirancakkan bagi membantu perkembangan ekonomi di sana. Salah perhitungan terjadi bilamana pinjaman tak berbayar menjadi liabiliti utama kepada semua pemain ekonomi samada syarikat mahupun bank. Istilah 'bubbles' mendominasi ekonomi, iaitu bilamana tidak terdapat pulangan masuk kepada pihak industri terlibat sedangkan pelaburan telah dibuat. Dasar kewangan yang terlalu fleksible ini pula ditanggung oleh pihak ketiga dengan penjualan bon- bon risiko. Risiko ini telah terjual keseluruh dunia. Apa yang berlaku ialah 'Non Performing Loan' ini menyebabkan syarikat - syarikat gulung tikar yang kemudiannya diikuti oleh bank-bank. Banyak syarikat gergasi tumbang, begitu juga dengan bank-bank ternama. Kegagalan mereka seterusnya dirasai bilamana bon-bon risiko itu tidak berbayar yang mengakibatkan pihak ketiga menanggung kerugian di seluruh dunia.

Apa yang dapat dipelajari disini ialah setiap risiko haruslah diperincikan. Tak semudah membuat keputusan, kerana akibatnya mungkin tak nampak sekarang. Pulangan yang tinggi adalah hasil daripada pengambilan risiko yang terancang. Tak semestinya risiko itu 'FOR SALE', akibatnya berkemungkinan pembeli sendiri yang akan menanggung liabiliti itu kelak.

(rams)

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???