Posts

Showing posts from December 21, 2012

Ranau Rindu Yg Hampir Hilang - Bhg 2 (Back To The Future)

Sewaktu menonton kami tak banyak berkomunikasi. Seingat aku kami cuma berkomunikasi semasa mencari tempat duduk sebelum layar filem bermula.  "Tasha..pegang tangan ram ye..", keadaan agak gelap dimana penonton masing-masing mencari tempat duduk. Masing-masing asyik dan teruja. Cerita filem ni memang menarik. Agaknya banyak yang boleh kami kongsi selepas menonton filem ni. "Huhh...bestnya ram!!!..tak rugi u belanja tasha tengok wayang hari ini...memang puas hati'. Tasha kelihatan masih anggun walaupun sedikit menggigil setelah lebih 2 jam dalam panggung wayang. Sesampai di luar panggung aku menggeliat "adoooiii..sakit punggung duduk macam ni..nasib baik cerita tu best..tapi sejuk sangatlah dalam tadi!!!" Keadaan di luar sebenarnya masih hujan dan dingin yang menyebabkan suhu dalam panggung wayang bertambah sejuk. Sesudah menunggu seketika, hujan pun mulai reda. Dah hampir jam 5 petang. Perlahan-lahan matahari mulai menampakkan diri dan mulai menguasai