Posts

Showing posts from November 8, 2011

Orang berbudi Kita berbahasa...Orang memberi kita merasa..

Salam kepada semua pembaca setia blog Cikemiau. Dah lebih sebulan tak menulis. Posting terakhir ialah pada 29 Sept lalu iaitu puisi bertajuk Metafora Mainanmu. Kecuali tentang percubaan saya untuk menulis novel. Ranau Rindu Yang Hampir Hilang, cerita ni terpaksa saya siapkan secara berkala memandangkan tugas saya sebagai Cost Controller begitu menuntut komitmen yang banyak dari segi masa dan buah fikiran. Bagi mereka yang berminat membaca cerita tu sila beri komen anda. Sebenarnya saya melihat masa lalu hidup ini dan cuba berinterpretasi dengan masa hadapan. Latarbelakang cerita itu adalah benar dan saya touch up dengan keupayaan imaginasi dan keelokan perantauan bahasa. Bagi mereka yang telah membaca puisi2 saya, saya ucapkan terimakasih. Saya akan berterusan untuk cuba menghasilkan lebih banyak puisi untuk pembaca blog Cikemiau. Di sini ingin saya berkongsi sedikit berita terkini tentang diri saya. Baru-baru ini 2 perkara menjadi begitu memeningkan dalam hidup saya. Yang pertama