Posts

Showing posts from August 15, 2011

Kisah Aku, Dia..SiDia & Dia Yang sebenar2nya...(Preview)

Sewaktu menulis cerita ini, semuanya masih lagi dalam benak fikiran. Tajuk kisah ini sendiri mungkin perlu diubah. Apa tidaknya, bukan mudah untuk diri ini menggarap dan menyusun mengikut kronologi peristiwa yang berlaku. Rentetan kehidupan pada masa itu terlalu pantas berlaku, cuma 3 tahun sahaja. Sebelum itu bagi mereka yang belum membaca 'kisah Secret Admirer', sila baca dulu. Saya sendiri berasa terkilan, kalau anda sudah membacanya tentu anda merasakan saya patut berjumpa dengan gadis tersebut. Rugikan, kerana sampai kini asyik memikirkan siapa sebenarnya pelajar itu. Seperti yang saya janjikan dalam posting saya terdahulu...saya akan cuba untuk mementaskan kisah cinta saya yang pertama. Waktu itu saya berumur 21 tahun, memang tak pernah bercinta sebelum itu. Semasa zaman persekolahan langsung tak terlibat dengan dunia percintaan. Bayangkan apakah kesudahannya jika lewat mengenali alam percintaan??? Baik, sementara itu biar saya huraikan tajuk yang diberikan di atas.