Posts

Showing posts from August 2, 2011

Jangan Hadkan Kawalan Akal Anda

Semalam selepas berbuka puasa…saya duduk sambil merenung bintang dilangit. Aduhai cantiknya kerlipan bintang, banyaknya bintang. Sebenarnya bintang2 dilangit menenangkan fikiran mereka yang melihatnya. Dalam pada itu saya juga terlihat pergerakan bintang yang kelihatan seolah2 jatuh ke bumi. Saya tertanya2 kemanakah ia pergi???. Saya sering bertanya sebegitu…kerana setahu saya apa yang berubah..pasti ada impaknya kepada alam semesta…hatta nafas kita sekalipun pasti merubah kondisi universe secara tanpa kita sedari…. Baik sebelum itu saya mengucapkan Selamat berbuka dan menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada pembaca setia dan yang baru mengikuti blog Cikemiau. Mungkin anda pelik kenapa saya memilih nama Cikemiau. Sebelum memulakan bicara..elok rasanya saya ceritakan sikit maksud Cikemiau tersebut. Nama Cikemiau adalah panggilan manja kepada anak bongsu saya yang kini berusia 3 tahun. Bila saya menggeram saya akan memanggilnya dengan nama tersebut. Saya sendiri tidak tahu dari mana data