Jangan Hadkan Kawalan Akal Anda


Semalam selepas berbuka puasa…saya duduk sambil merenung bintang dilangit. Aduhai cantiknya kerlipan bintang, banyaknya bintang. Sebenarnya bintang2 dilangit menenangkan fikiran mereka yang melihatnya. Dalam pada itu saya juga terlihat pergerakan bintang yang kelihatan seolah2 jatuh ke bumi. Saya tertanya2 kemanakah ia pergi???. Saya sering bertanya sebegitu…kerana setahu saya apa yang berubah..pasti ada impaknya kepada alam semesta…hatta nafas kita sekalipun pasti merubah kondisi universe secara tanpa kita sedari….

Baik sebelum itu saya mengucapkan Selamat berbuka dan menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada pembaca setia dan yang baru mengikuti blog Cikemiau. Mungkin anda pelik kenapa saya memilih nama Cikemiau. Sebelum memulakan bicara..elok rasanya saya ceritakan sikit maksud Cikemiau tersebut. Nama Cikemiau adalah panggilan manja kepada anak bongsu saya yang kini berusia 3 tahun. Bila saya menggeram saya akan memanggilnya dengan nama tersebut. Saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya nama tersebut, ini kerana kekadang sesuatu benda itu datang secara spontan. Teruskan membaca…topik malam ini berkaitan diantara perenggan pertama dan kedua ini.

Perenggan pertama menyebut tentang impak yang terhasil daripada sesuatu perubahan, manakala perenggan kedua saya mengatakan kadang2 sesuatu benda datang secara spontan. Biar saya huraikan maksudnya….segala perubahan yang berlaku impaknya bersifat plural, seperti saya katakan ia pasti merubah kondisi universe. Ianya seperti chain reaction. Pernahkah anda berasa murung hanya kerana kawan, orang lain atau kekasih anda sedang bersedih. Ini yang saya katakan secara spontan atau reaksi spontan ke atas perubahan kawan, orang lain atau kekasih anda tadi. Adakah tindakbalas anda ini membina, betul atau hanya menambah masalah???

Apa perlunya kita memahami mekanisma perubahan tadi. Mungkin anda bertanya…apa apa saja lah ko merepek ni???. Baik cuba fahami betul2…kehidupan kita ini berpusat kepada sesuatu..sama seperti alam semesta. Ini terpakai bukan sahaja merujuk kepada perhubungan kemanusiaan, tapi lebih luas lagi dari unit sekecil diri sendiri kepada sebesar komuniti...sehinggalah kepada tindakbalas alam. Lebih mudah lagi…dunia bertindak balas terhadap segala perubahan yang anda lakukan.

Besarkan kanta pengamatan pemikiran anda…Jangan baca apa yang saya tulis tapi dengar apa yang saya mahu ceritakan. Fikirkan…bila anda mengurangkan pengunaan deria anda…pastinya segala maklumat akan lebih cepat masuk ke otak anda….Biar betul kau ni??? Yup…terlalu banyak pintu masuk menghadkan kawalan akal anda. Dengan satu atau dua deria saja akan memungkinkan maklumat masuk lebih laju..direct keminda anda…biasakan melihat dengan telinga…mendengar dengan mata…..

Setelah memahami maksud tadi..anda harus mengerti bahawa kita sepatutnya mengawal perubahan2 disekeliling kita dan seharusnya boleh mencipta rangkaian tindakbalas yang kita ingini…Paling mudah secara spontan jika kita senyum pada seseorang…biasanya orang itu akan membalas senyuman kita…tak rugikan….Jadi pilihlah..samada anda mahu melihat senyuman itu dengan mata…yaa mungkin anda tak membalas senyuman itu…kerana anda menghadkan akal anda. Apa salahnya jika anda melihat senyuman itu dengan telinga sambil mendengar dengan mata…sudah pasti secara spontan anda membalas senyuman itu….BETULKAN…..Ini cuma salah satu contoh…benda ni sebenarnya terpakai kepada pelbagai situasi yang memerlukan anda memberi reaksi yang betul kepada sesuatu perubahan…apa kata tentang demografi terkini politik tanahair..apa reaksi anda…ahhh…jangan hadkan kawalan akal anda….NO KOMEN…..

Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah kadang2 sesuatu impak itu tak dapat kita nilai atau kita sukar memberi reaksi yang sepatutnya. Cuba kita perbetulkan penerimaan maklumat kita agar mudah bertindakbalas dan kawal chain reaction atau rangkaian tindakbalas itu…..selamat mencuba…..

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???