Posts

Showing posts from November, 2018

Tasha Buka Cerita -Ranau Rindu Yang Hampir Hilang

(petikan sambungan cerita Ranau Rindu Yang Hampir Hilang) Tasha Buka Cerita “Alam semesta yang luas ini, sebenarnya punya banyak misteri. Diantaranya adalah tentang cerita purba mengenai percintaan 2 nyawa yang meletuskan persengketaan di segenap 7 alam atau dimensi.  7 alam ini mempunyai Kerajaan terkuat masing2 yang menguasai tempat mereka. Sekian lama hidup dalam perdamaian tetapi akhirnya terpaksa beralah kepada peperangan yang panjang. 2 nyawa ini akhirnya dipisahkan bagi menjamin keselamatan 7 alam tersebut”. Lidahku seolah2 beku macam ais. Terasa macam kena gam melekat. Tak tahu nak cakap apa. Dahlah 12 jam dalam kapal terbang kami teruk mabuk muntah2. Penerbangan dari Kota Kinabalu melalui Kuala Lumpur ke Kota London memang menjemukan. Tasha yang baru kami temui seolah2 jadi tukang karut dalam dikir barat. Syikin macam nak tergelak. Baguslah sekurang2nya Syikin dah hilang rasa ketakutan semasa pengembaraan di udara semalam. Tapi aku rasa macam deep deep apa yang

Ranau Rindu Yang Hampir Hilang -Sinopsis

😘 "This ancient battle was and is inevitable"…. "Pertarungan purbakala tersebut memang tidak dapat dielakkan dan bakal berulang"...... mcm mo d sambung pula cerita 'ranau rindu yang hampir hilang' atau singkatannya RRYHH.....aku tdk pasti siapa yg membaca.. tp aku terasa bertanggungjawab untuk menyambungnya pula. mcm aku mau delete ja dari blog cikemiau aku tu... aku mula bercerita mengenainya pd tahun 2011.. 1. bermula dari pengenalan RRYHH (2011) 2. "buku 10 tahun akan datang" (2012) 3 ."back to the future" (2012) 4. "berita dari BBC London" (2015) 5. "wanita termuda terkaya di Malaysia" (2015) dan terakhir... 6. "Tasha melanjutkan pelajaran ke Eropah" (2015) tapi...ada juga rasa mcm mau kasi siap... ada jugalah aku cuba utk teruskan cerita ni.....jangan trkjut kalau kamu pernah mngikuti cerita RRYHH ini...... sambungan cerita seterusnya lebih menduga imaginasi....bini tidak

Surat Tasha - Ranau Rindu Yang Hampir Hilang

“Betul ke ni, ayah Syikin ingin berjumpa denganku esok pagi???”. Aku agak terkejut, mesej itu disampaikan oleh Encik Adam melalui Syikin yang kemudiannya meminta Alex segera memberitahuku . Encik Adam merupakan Peguam kepada Keluarga Syikin. “Tapi Lex, apa kena mengena aku dengan Yayasan Ismail?”, ayah Syikin merupakan Pengerusi kepada Yayasan Ismail. Alex dengan cermat membalas pertanyaanku “Ram, aku harap kau ikut saja apa yang mereka mahu, aku sendiri kurang faham sebab itu urusan peribadi keluarga Tasha dan Syikin”. Tak berpuashati, lalu aku bertanya lagi, “mmm…Lex, tak abis lagi ke cerita tentang Tasha???”. Alex terus memujukku agar bersetuju untuk berjumpa dengan ayah Syikin. Menurut Alex Yayasan ismail akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dan ianya ada berkaitan dengan perjumpaan aku dengan ayah Syikin esok. Perbualan kami aku anjakkan dengan mengemudikan topik cerita kepada Tasha. Sebelum tu aku bertanya dengan lebih lanjut tentang Yayasan Ismail, tentang ayah Sy