Posts

Tasha Buka Cerita -Ranau Rindu Yang Hampir Hilang

(petikan sambungan cerita Ranau Rindu Yang Hampir Hilang)
Tasha Buka Cerita
“Alam semesta yang luas ini, sebenarnya punya banyak misteri. Diantaranya adalah tentang cerita purba mengenai percintaan 2 nyawa yang meletuskan persengketaan di segenap 7 alam atau dimensi. 7 alam ini mempunyai Kerajaan terkuat masing2 yang menguasai tempat mereka. Sekian lama hidup dalam perdamaian tetapi akhirnya terpaksa beralah kepada peperangan yang panjang. 2 nyawa ini akhirnya dipisahkan bagi menjamin keselamatan 7 alam tersebut”.
Lidahku seolah2 beku macam ais. Terasa macam kena gam melekat. Tak tahu nak cakap apa. Dahlah 12 jam dalam kapal terbang kami teruk mabuk muntah2. Penerbangan dari Kota Kinabalu melalui Kuala Lumpur ke Kota London memang menjemukan. Tasha yang baru kami temui seolah2 jadi tukang karut dalam dikir barat. Syikin macam nak tergelak. Baguslah sekurang2nya Syikin dah hilang rasa ketakutan semasa pengembaraan di udara semalam. Tapi aku rasa macam deep deep apa yang Tasha cuba sam…

Ranau Rindu Yang Hampir Hilang -Sinopsis

😘 "This ancient battle was and is inevitable"…. "Pertarungan purbakala tersebut memang tidak dapat dielakkan dan bakal berulang"...... mcm mo d sambung pula cerita 'ranau rindu yang hampir hilang' atau singkatannya RRYHH.....aku tdk pasti siapa yg membaca.. tp aku terasa bertanggungjawab untuk menyambungnya pula. mcm aku mau delete ja dari blog cikemiau aku tu... aku mula bercerita mengenainya pd tahun 2011.. 1. bermula dari pengenalan RRYHH (2011)
2. "buku 10 tahun akan datang" (2012)
3 ."back to the future" (2012)
4. "berita dari BBC London" (2015)
5. "wanita termuda terkaya di Malaysia" (2015) dan terakhir... 6. "Tasha melanjutkan pelajaran ke Eropah" (2015)
tapi...ada juga rasa mcm mau kasi siap... ada jugalah aku cuba utk teruskan cerita ni.....jangan trkjut kalau kamu pernah mngikuti cerita RRYHH ini...... sambungan cerita seterusnya lebih menduga imaginasi....bini tidak setuju dengan sambungan RRYHH …

Surat Tasha - Ranau Rindu Yang Hampir Hilang

“Betul ke ni, ayah Syikin ingin berjumpa denganku esok pagi???”. Aku agak terkejut, mesej itu disampaikan oleh Encik Adam melalui Syikin yang kemudiannya meminta Alex segera memberitahuku . Encik Adam merupakan Peguam kepada Keluarga Syikin. “Tapi Lex, apa kena mengena aku dengan Yayasan Ismail?”, ayah Syikin merupakan Pengerusi kepada Yayasan Ismail. Alex dengan cermat membalas pertanyaanku “Ram, aku harap kau ikut saja apa yang mereka mahu, aku sendiri kurang faham sebab itu urusan peribadi keluarga Tasha dan Syikin”. Tak berpuashati, lalu aku bertanya lagi, “mmm…Lex, tak abis lagi ke cerita tentang Tasha???”. Alex terus memujukku agar bersetuju untuk berjumpa dengan ayah Syikin. Menurut Alex Yayasan ismail akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dan ianya ada berkaitan dengan perjumpaan aku dengan ayah Syikin esok.
Perbualan kami aku anjakkan dengan mengemudikan topik cerita kepada Tasha. Sebelum tu aku bertanya dengan lebih lanjut tentang Yayasan Ismail, tentang ayah Syikin…

Kenapa Perempuan tak boleh kahwin 4 ????

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Persoalan serupa sebegini mungkin menjadi antara persoalan yang memerlukan pemikiran yang tajam untuk memahaminya. Saya pernah terbaca di media bertulis tentangnya. Menurut pemikiran Islam yang berlandaskan Al Quran dan ketentuan Allah berkenaan fitrah manusia, maka jawapan yang diberi memang sungguh memukau fikiran saya.


Kenapa Perempuan tak boleh kahwin 4 ????, atau kenapa lelaki dibenarkan berkahwin 4 dalam ajaran islam. Kita tidak membincangkan soal layak atau tidak lelaki tertentu untuk berkahwin 4 atau maknanya memiliki 4 isteri dalam masa yang sama. Tetapi di sini bermaksud mengapa lelaki dibenarkan berbuat demikian dan tidak pula bagi wanita.


Memang ada aturannya dunia ini, kerana Allah S.W.T sendiri telah menyatakan yang setiap ciptaannya memiliki pasangan atau terdapat 2 gender yang berbeza. Ini termasuklah bentuk kehidupan selain manusia, contohnya binatang dan tumbuh tumbuhan. Maka sudah tentu ada sebab terhadap penciptaan sebegitu rup…

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???

Image
Hii semua,



anda mungkin membaca post ini disebabkan samada anda seorang Cost Controller (Hotel/Resort/Outlet), F&B Manager, Financial Controller, atau mungkin GM/Owner sesebuah F&B outlet.

Baik, biar saya terangkan maksud tajuk kali ni.


1. CARA PENGIRAAN

Food Cost % adalah kos peratus bilamana kos Food/makanan dibahagikan dengan hasil/keuntungan/revenue Food/makanan anda (Net/Bersih).

Contoh di sini ialah katakan anda menjual Nasi Lemak dgn harga RM5.00 (Net/Bersih - tolak GST/Service charge, atau charge2 yg lain). Jadi revenue = RM5.00

Manakala kosnya pula seperti nasi + santan + telur - daun pisang + minyak + dan sbgainya. Katakan kos makanan tersebut berjumlah RM2.50 (bersih - tidak termasuk kos operasi seperti gaji pekerja, sewa kedai dan sebagainya.

Oleh itu Kos % Food/makanan = RM2.50 dibahagikan dengan RM5.00 = 50%


2. BUDGET KOS %

Kita katakan kos tersebut tinggi haya bilamana ianya melebihi budget/belanjawan yg telah ditetapkan.

Contoh Nasi Lemak tadi...kita telah mem…

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

Image
Assalamualaikum semua...

Tajuk kali ni memang perlu diketahui oleh semua Cost Controller atau sesiapa yang terlibat dalam bidang ini.

Saya akan tekankan kepada bidang F&B, walaubagaimanapun ianya juga terpakai untuk bidang2 yang lain.

Pada penutupan akaun bulanan, semua baki akaun akan dibawa untuk menghasilkan akaun Profit & Loss(P&L)/Akaun Untung Rugi. Bahagian Kos dan Perbelanjaan adalah yang terbesar di dalam keseluruhan P&L. Akaun Inventory/Stok ini akan terdapat pada BALANCE SHEET yang merekodkan asset inventory.

Baik, mari kita tengok istilahnya terlebih dahulu...

FIZIKAL INVENTORY - jumlah baki penutup atau closing inventory pada akaun penutup. Biasanya pada akhir setiap bulan. Tarikh akhir pengiraan memang tidak sama, bergantung kepada setiap organisasi (Hotel/F&B Outlet/dan lain2).

TALLY - bermaksud jumlah nilai/value Fizikal Inventory adalah bersamaan dengan apa yang direkodkan di dalam akaun (General Ledger/Lejar Am).

GENERAL LEDGER - Lejar Am, merupak…

TASHA MELANJUTKAN PELAJARAN KE EROPAH (RRYHH bahagian 2.5)

(Sebulan kemudian)
Bulan November kini menjelma. Hampir sebulan Tasha telah ke Kuala Lumpur. Sejak peristiwa tanah runtuh tersebut, aku tidak pernah berjumpa Tasha. Alex menceritakan tentang keluarga Syikin yang mahukan Tasha menyambung pelajarannya ke Eropah? Alex sendiri tidak mempunyai maklumat tentang lawatan Ayah Syikin bersama Tasha ke Ranau tempohari. Tasha telah kembali ke Kuala Lumpur. Aku sebenarnya teringin sangat nak tahu perkara sebenar.
“Ram, ada beberapa pesanan dari Syikin”, Alex memulakan cerita diawal pagi. Hari ini adalah hari keluarga sebuah Koperasi yang terbesar di Ranau. Aku dan Alex turut serta sebagai wakil Ranau dan ibu pejabat Kota Kinabalu. “Larian mini marathon di sekitar Pekan Kundasang akan dimulakan sebentar lagi” , pengumuman telah dibuat dan aku tidak respon kepada pernyataan Alex tentang pesanan dari Syikin tersebut. Pekan Kundasang adalah pekan yang cantik di kaki gunung kinabalu, ia terletak di daerah ranau. Keindahan persekitaran pekan Kundasang beg…