Kenapa Perempuan tak boleh kahwin 4 ????

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Persoalan serupa sebegini mungkin menjadi antara persoalan yang memerlukan pemikiran yang tajam untuk memahaminya. Saya pernah terbaca di media bertulis tentangnya. Menurut pemikiran Islam yang berlandaskan Al Quran dan ketentuan Allah berkenaan fitrah manusia, maka jawapan yang diberi memang sungguh memukau fikiran saya.


Kenapa Perempuan tak boleh kahwin 4 ????, atau kenapa lelaki dibenarkan berkahwin 4 dalam ajaran islam. Kita tidak membincangkan soal layak atau tidak lelaki tertentu untuk berkahwin 4 atau maknanya memiliki 4 isteri dalam masa yang sama. Tetapi di sini bermaksud mengapa lelaki dibenarkan berbuat demikian dan tidak pula bagi wanita.


Memang ada aturannya dunia ini, kerana Allah S.W.T sendiri telah menyatakan yang setiap ciptaannya memiliki pasangan atau terdapat 2 gender yang berbeza. Ini termasuklah bentuk kehidupan selain manusia, contohnya binatang dan tumbuh tumbuhan. Maka sudah tentu ada sebab terhadap penciptaan sebegitu rupa.


Baiklah, mari saya sampaikan jawapan kepada tajuk "Kenapa Perempuan tak boleh kahwin 4 ????".
Ini bukan jawapan saya, tetapi hasil dari pembacaan sumber yang pernah saya temui di media bertulis. Ini juga boleh menjadi jawapan kepada umat Islam sekiranya ada pihak yang ingin mengetahui kenapa dan mengapa tentang persoalan tersebut (Topik).


Alkisah, maka penghuraian yang diberikan memang amat rasional. Mari kita mulakan diskusi minda diantara diri anda dan sumber yang akan cuba saya sampaikan ini.

........................

1. Semua anak anak yang dilahirkan adalah daripada ibunya yang mengandungkan mereka. Sudah tentu perempuanlah yang akan mengandung dan beranak.

2. Namun semua anak anak itu akan di bin kan dengan nama ayah atau bapa mereka.


Kalau menurut logik No. 1 & 2, maka mari kita selusuri analogi di bawah berikut :

Terdapat satu Teko Teh untuk 4 cawan.

Teko Teh tersebut memiliki isi teh yang akan dituang dan memenuhi keempat empat cawan tersebut.

Keempat empat cawan tadi diketahui mendapatkan teh daripada satu Teko tadi....saya ulang diketahui.

........................


Baik, cuba anda bayangkan kalau kita tuang semula atau masukkan semula semua teh dalam 4 cawan tadi ke dalam Teko ?????

Dah faham ????

Belum ????

Tak apa, mari saya jelaskan.

...............................


Ya...sudah tentu teh tersebut akan bercampur dan kita tidak dapat bezakan yang mana berasal dari cawan yang mana....bukan begitu ke ????...betulkan !!!!

Tak faham lagi ????

Tak apa....biar saya perhalusi dalam ertikata sebenar dan lebih mudah.

Zuriat berasal dari tubuh sang lelaki..sama seperti Hawa yang berasal dari Adam.

Jadi, bagaimana mungkin cawan(perempuan) boleh memberi kepada Teko(lelaki), sedangkan teh tersebut dihasilkan di dalam Teko dan kemudiannya dituangkan kepada cawan cawan tersebut.


Masih tak faham ke ????

Baik, katalah perempuan boleh kahwin 4 lelaki dalam masa yang sama atau bermaksud dibenarkan memiliki 4 orang suami dalam masa yang sama....

Ni dia....Sekiranya perempuan tersebut mengandung dan mempunyai 4 suami dan kemudian melahirkan anak...

Soooo...persoalannya siapa bapa sebenar anak tersebut....

Harap anda faham lah ..... until next time....


mahu terus membaca..anda mungkin berminat posting berikut


kisah-perdebatan diantara si alim dan atheist

sesungguhnya akal manusia itu tunduk dengan kebijaksanaan Allah




Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???