Posts

Showing posts from 2015

TASHA MELANJUTKAN PELAJARAN KE EROPAH (RRYHH bahagian 2.5)

(Sebulan kemudian) Bulan November kini menjelma. Hampir sebulan Tasha telah ke Kuala Lumpur. Sejak peristiwa tanah runtuh tersebut, aku tidak pernah berjumpa Tasha. Alex menceritakan tentang keluarga Syikin yang mahukan Tasha menyambung pelajarannya ke Eropah? Alex sendiri tidak mempunyai maklumat tentang lawatan Ayah Syikin bersama Tasha ke Ranau tempohari. Tasha telah kembali ke Kuala Lumpur. Aku sebenarnya teringin sangat nak tahu perkara sebenar. “Ram, ada beberapa pesanan dari Syikin”, Alex memulakan cerita diawal pagi. Hari ini adalah hari keluarga sebuah Koperasi yang terbesar di Ranau. Aku dan Alex turut serta sebagai wakil Ranau dan ibu pejabat Kota Kinabalu. “Larian mini marathon di sekitar Pekan Kundasang akan dimulakan sebentar lagi” , pengumuman telah dibuat dan aku tidak respon kepada pernyataan Alex tentang pesanan dari Syikin tersebut. Pekan Kundasang adalah pekan yang cantik di kaki gunung kinabalu, ia terletak di daerah ranau. Keindahan persekitaran pekan

(RRYHH bhg 2.4) WANITA TERMUDA TERKAYA DI MALAYSIA

Okestra alam semulajadi masih memilih untuk mengalunkan irama percikan renyai renyai air hujan dan basah dingin. Pagi ini adalah hari terakhir sebelum aku kembali ke Pekan Ranau. Selesai bersarapan aku seperti biasa berjalan kaki ke ibu pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan kaki dari Ibu Pejabat Polis Karamunsing KK. Sekaki payung masih mampu membuatkan bajuku agak lembab akibat manik manik hujam monsun di bulan Disember akibat tempias tiupan angin . Hari ini aku perlu menyelesaikan beberapa laporan dari Pejabat Cawangan Ranau untuk di serahkan kepada Pengarah Negeri Sabah. Seperti biasa aku bersama Alex yang masih bertugas di Ibu Pejabat KK. “Ram....kejap lagi kita turun minum...mmmm...ada orang nak jumpa kau”, Alex menyampaikan pesan seseorang yang mahu berjumpa denganku. “Nak jumpa aku???....siapa Lex????, aku bertanya kepada Alex sambil terfikir siapa pula yang berminat berjumpa diriku selain daripada ahli-ahli koperasi dibawah sel

BERITA DARI BBC LONDON ( RRYHH bhg2.3)

‘Huhhh....kuatnya bunyi guntur’. Tanpa aku sedari rupanya aku akhirnya terlelap dan tertidur. Namun perut kosong memaksaku bangun dari katil. Pakcik Blues rupanya berada di ruang tamu sedang menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia di kaca TV. Aku terus menuju ke dapur. Angin kuat menyebabkan air hujan membasahi gigi tingkap kaca. Tempias hujan masuk melalui celah bawah pintu balkoni luar dapur. Bunyi deruan angin berserta guruh selepas kilat berterusan menguasai bening malam. Aku pantas mencapai lauk pauk yang sedia terhidang dan makan bersama nasi yang aku ambil dari periuk nasi elektrik. Selesai makan lewat malam aku terus masuk ke bilik tidur semula. ‘Kuat sangat bunyi TV di ruang tamu ni’, aku terganggu dengan kebisingan suasana lantaran audio daripada TV yang sedang ditonton oleh Pakcik Blues. Bunyi sorakan penonton kedengaran seolah olah aku berada di dalam stadium bolasepak, aku lantas menghidupkan siaran radio. Radio milikku di sebelah kiri katil tidurku sering menjad

adam cute baby

Image

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Executive Summary  1.0           Company Background & Objectives  2.0           Situational Analysis  2.1                 Market Analysis 2.2                  Target Market  2.3                 Market Demographics 2.3.1                       Consumer Segments  2.3.2                       Business Market Segments  2.3.3                       Behaviour Factors  2.4                Market Needs  2.5                Market Trend 2.6                Market Growth 3.0       Company Analysis (SWOT ANALYSIS) 4.0       Competitor analysis 4.1                Financial Performance 2014 4.2                Organization Size 4.3                Market Share 4.4                Comparative Product Quality 4.5                Growth 4.6                Available Capital & Resources 4.7                Image & Positioning 4.8                Marketing Strategic Partner 5.0        Marketing Elements 5.1               The Products 5.1.1