Posts

Showing posts from July 30, 2011

Halangan dan Cabaran Dalam Membina Ketamadunan Islam

1. Pendahuluan Tamadun Islam yang pernah terbina adalah atas dasar aqidah, syariah, ilmu dan akhlak. Dasar- dasar ini bertitik tolak dari faktor keagamaan yang menjadi unsur utama pembangunan tamadun islam, yakni seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Penekanan diberi kepada aspek-aspek iman, islam dan ihsan. Malangnya umat islam hari ini begitu tercabar dengan isu-isu seperti konflik politik, krisis ekonomi, kebekuan idea dan penyelewangan agama. Apabila diungkapkan bolehlah dikatakan cabaran-cabaran utama yang melanda adalah kerana kepincangan nilai-nilai akhlak, kurangnya kepimpinan yang berwibawa yang membawa kepada perpecahan, masyarakat yang goncang kestabilan sosialnya akibat pengaruh budaya asing, ideologi barat, kelemahan ekonomi dan kemerosotan ilmu dikalangan umat muslimin itu sendiri yang menyaksikan barat menguasai ekonomi sains dan teknologi dan seterusnya dominan dalam kuasa politik dan ketenteraan. 2. Latarbelakang Dalam abad yang ditunjangi oleh

Perlembagaan Malaysia Platform kepada Perhubungan Etnik

1. Pengenalan Malaysia adalah sebuah Negara yang berbilang kaum di mana kaum melayu, cina dan india merupakan kumpulan yang terbesar di semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak terdapat etnik lain seperti dusun, iban, bajau dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa negara seperti Malaysia memerlukan kerjasama yang erat, perpaduan dan hubungan yang harmonis diantara rakyatnya yang berlainan kaum dan etnik di dalam menjamin kesejahteraan dan pembangunan ekonomi dan rohani rakyatnya. Dalam memastikan keperluan tersebut dipatuhi adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk mematuhi konsep raja berperlembagaan yang menjadi pilihan dan persetujuan kumpulan etnik semasa pembentukan negara Malaysia yang merdeka pada 31 Ogos 1957. Menurut Dr. Shamsul amri…perlembagaan difahamkan sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip