Perlembagaan Malaysia Platform kepada Perhubungan Etnik

1. Pengenalan



Malaysia adalah sebuah Negara yang berbilang kaum di mana kaum melayu, cina dan india merupakan kumpulan yang terbesar di semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak terdapat etnik lain seperti dusun, iban, bajau dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa negara seperti Malaysia memerlukan kerjasama yang erat, perpaduan dan hubungan yang harmonis diantara rakyatnya yang berlainan kaum dan etnik di dalam menjamin kesejahteraan dan pembangunan ekonomi dan rohani rakyatnya.

Dalam memastikan keperluan tersebut dipatuhi adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk mematuhi konsep raja berperlembagaan yang menjadi pilihan dan persetujuan kumpulan etnik semasa pembentukan negara Malaysia yang merdeka pada 31 Ogos 1957. Menurut Dr. Shamsul amri…perlembagaan difahamkan sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan 1.

Prof Hj Azam mengatakan….“interaksi antara orang melayu, cina dan india serta berbagai etnik lain yang tidak seagama telah berlaku semenjak zaman sebelum kedatangan penjajah barat” 2. Ini membuktkan perhubungan pada masa itu berlangsung tanpa sebarang kekhuatiran sesama mereka. “….penduduk bukan islam tidak perlu bimbang tentang keselamatan dan kebebasan mereka selagi mereka menghormmati prinsip-prinsip yang dipersetujui bersama” 3.

Seterusnya persengketaan atas dasar perbezaan anutan kepercayaan haruslah tidak menjadi benteng kepada perpaduan antara kaum. “…seluruh masyarakat Malaysia hendaklah terus mengamalkan toleransi, sifat terbuka dalam hubungan sosial, bersama menggalakan kesatuan, integrasi masayarakat, meluaskan ruang bersama, saling memahami, menghormati, mempercayai, meyakini antara satu sama lain dan menghalang agama daripada menjadi punca perbalahan”4.


Disamping itu jelas agama islam itu sendiri yang menjadi agama rasmi adalah agama kedamaian seperti yang diterangkan oleh Monir Yacob “...islam itu adalah damai, adil, toleransi dan berperikemanusiaan…islam tidak membenarkan peperangan dilancarkan keatas sesiapapun kecuali dengan alasan mempertahankan diri” 5.

Dalam menuju wawasan 2020 dan pergerakan dari negara membangun kenegara maju, Dr. Shamsul Amri menegaskan “survival Malaysia sebagai sebuah Negara bangsa dan system social yang kukuh tidak semata-mata terletak kepada pertumbuhan ekonomi yang baik dan mapan. Apa yang lebih penting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis “6.

2. Latarbelakang hubungan antara etnik di alam melayu

Sebelum merdeka telah terdapat integrasi antara etnik di Tanah Melayu. Integrasi budaya disini bermaksud situasi pertembungan budaya atau acculturation, iaitu sesuatu budaya mengintegrasikan ciri-ciri budaya lain ke dalam budayanya, tetapi sebagai kelompok atau sebagai sebuah kumpulan etnik, ia tidak hilang identitinya. Contohnya dijelaskan oleh Mohd Taib mengenai Baba peranakan di Melaka, beliau menyebut “…dengan berbahasa melayu mereka dapat mengadakan perhubungan yang licin dengan budaya tempatan dan berpakaian yang hampir serupa dengan pakaian melayu “7 .



Melihat dari kacamata sejarah sebenarnya hubungan antara etnik utama melayu, cina dan india telah lama wujud hasil pertembungan peradaban alam melayu dengan peradaban cina dan dengan peradaban india. “…dipercayai bahawa pedagang-pedagang india telah datang kegugusan kepulauan melayu sejak selewat-lewatnya pada abad pertama masihi, manakala hubungan perdagangan dengan china telah diasaskan pada awal abad kelima masihi..” 8. Dr. Shamsul Amri dalam tulisannya memetik kenyataan oleh Syed Naquib al attas berbunyi…” hinduisme dan buddisme sebenarnya tidak memberi kesan besar dalam kehidupan rakyat melayu biasa, tetapi pengaruh mereka tetap wujud dari segi seni budaya dan adat resam dalam kalangan orang melayu atau rakyat biasa sebelum kedatangan islam9 ”.

Sementara itu kemuncak kepada pluraliti alam melayu ialah bila berlaku perkahwinan campur antara pemerintah Melaka dengan anak perempuan negeri china. Dalam masa yang sama akomodasi antara pedagang china dan india dengan masyarakat tempatan telah mewujudkan kategori masyarakat seperti Baba dan Nyonya di Melaka 10.

Pada masa tersebut kesultanan melayu Melaka telah membentuk tamadun islam yang berjaya di alam melayu. Sifat islam itu sendiri yang menyatukan hal duniawi dengan adat resam dan agama telah menghasilkan ciri-ciri ketamadunan islam yang tulin. Seperti yang dijelaskan oleh Mohd Liki Hamid, beliau menegaskan “diantara ciri-ciri ketamadunan islam ialah ianya harus bersikap terbuka dan rasional..” 11. Ini juga adalah prasyarat bagi interaksi antara tamadun seperti menerima idea baik mengenai perubatan daripada tamadun Mesopotamia dan mesir sebelum dikembangkan oleh tamadun islam. Tetapi sikap keterbukaan ini didalam menerima budaya dan pengaruh asing haruslah ditapis terlebih dahulu. Interaksi antara tamadun asing dengan tamadun islam dibolehkan bagi mengelakkan pandangan sempit terhadap imej islam. Berdasarkan pernyataan tersebut maka pertembungan budaya memang terjadi. Sehubungan dengan itu rakyat melayu Melaka, china dan india memang telah berakomodasi dengan baik. Ini menjadi bukti bahawa kerajaan Melaka masa itu berteraskan pada ajaran islam dalam pemerintahannya, “…Inilah yang menjadi cabaran kepada umat islam dalam menentukan elemen-elemen luar yang baik sahaja, agar boleh menambah-baikkan tamadun islam itu sendiri”12.

Masyarakat pelbagai etnik masa itu tetap menghormati kepelbagaian pluralistik dan perbezaan agama dan budaya, seperti yang disebutkan oleh Tan Sri Prof. Dr. Mohd Kamal dalam tulisannya yang antara lainnya bermaksud “…dari perspektif islam, keutuhan budaya dan moral merupakan criteria penting di dalam menilai makna kemajuan atau tamadun sesuatu bangsa” 13. Selepas era penjajahan British, Tanah Melayu dan Malaysia amnya berhadapan dengan pelbagai cabaran etnik hasil dari dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British. Dr. Shamsul Amri menjelaskan 3 jenis cabaran utama bagi masyarakat majmuk Malaysia seperti berikut: 14
Cabaran sosial, ekonomi dan politik
Cabaran nilai antara etnik
Cabaran globalisasi
Hubungan harmonis dan perpaduan amat penting dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang berjaya.

3. Latarbelakang rakyat Malaysia dan perkembangannya

Menurut Taib Osman, “…Proto Malays dan Deutro Malays itu telah meneroka dan menetap di wilayah yang dikenali sebagai gugusan kepulauan melayu hingga ke Madagascar. Selama lebih lima ribu tahun lalu mereka telah banyak berubah dari segi sosio budaya 15. Jadi jelaslah melayu telah lama menetap di kepulauan melayu.
 


Sementara itu seperti disebutkan dalam tulisan oleh Haris Md jadi bahawa “…kehadiran orang-orang cina di Tanah Melayu bukanlah perkara baru…sejak abad ke 7 lagi.. 16”. Perhubungan itu adalah melalui perdagangan diantara negeri China dengan Tanah Melayu. Seterusnya tambah beliau “….kedatangan orang-orang cina zaman penjajah adalah kecil jumlahnya sehinggalah pada abad ke 19, mereka datang bermotifkan untuk bekerja dan menyara kehidupan..” 17. Rasa curiga oleh penduduk tempatan bermula apabila jumlah mereka semakin ramai.

Setelah kekalahan Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511, kita lihat orang melayu mula dipinggirkan dengan tinggal dikampung-kampung dan bergelumang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak produktif. Hasil daripada itu masyarakat melayu semakin lemah. B.R Parkinson dipetik oleh Chew dalam tulisan beliau telah menyebut “….walaupun orang cina berkedudukan lebih baik di kawasan bandar, mesti ada sebab-sebab disamping pengabaian serta penindasan di luar Bandar yang telah menolong menyebabkan keadaan statis di luar bandar Malaya..” 18. Beliau bermaksud bahawa inilah yang terhasil daripada dasar pecah dan perintah British. Ketidakadilan selama 450 tahun tertekan di bawah tapak kaki penjajah akhirnya mengilhamkan kepada Dasar Ekonomi Baru pada masa kini, Ini bagi memastikan pembelaan bagi orang-orang miskin masyarakat melayu.

Kalau disingkap realiti politik masa kini, ternyata ia menyerupai peristiwa kekalahan Parti Perikatan pada pilihanraya tahun 1969 lalu. Selepas kehilangan 2/3 majoriti Parlimen pada pilihanraya ke 12 lalu, situasi tuntutan lain-lain kaum ke atas Perlembagaan menyerupai peristiwa 13 mei 1969. “…antara yang paling menjadi sasaran ialah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak-hak istimewa orang melayu. Kononnya atas dasar untuk menegakkan keadilan dan kesamarataan…19 ”. Hirshman 1976 mengatakan…”Teori orang melayu lebih suka kepada ekonomi tradisional secukup hidup disangkal oleh kajian-kajian yang menunjukkan apabila orang melayu diberi peluang untuk menjadi pekebun kecil dan menorah getah, orang melayu tidak segan-segan dan banyak mengambil peluang meyertainya 20. Ini membuktikan orang melayu sebenarnya cuma kekurangan peluang, walhal mereka memiliki kebolehan untuk bersaing dengan kaum lain.

Siew Chang ada mengatakan “…prasangka perkauman dan etnosentrisme menjadi factor penghalang kearah merealisasikan integrasi nasional 21. Jadi perlu diingat “…jarak sosial serta segregasi antara melayu dan cina seolah-olah sengaja diwujudkan dan dikekalkan oleh British demi kepentingan mereka 22. Sungguhpun begitu adalah perlu bagi kedua-dua kaum menyedari pentingnya semangat kontrak sosial dan akomodasi seperti yang dipamerkan masyarakat dahulu. Untuk itu Chew menambah “…orang cina mungkin berpuashati dan pasif dalam politik, tetapi bila mereka didiskriminasikan, sesuatu reaksi dan akibat yang kurang diingini mungkin berlaku..” 23. Namun begitu Haris Md Jadi ada menegaskan “…mereka menuntut hak-hak yang sama supaya layanan yang sama diberi kepada semua yang tinggal di bumi Malaysia…pun begitu golongan yang sama juga gagal menerangkan wujudnya bahagian kedua Fasal 153(1) yang memelihara kepentingan sah kaum-kaum lain..” 24. Perlu ditegaskan juga seperti kata Ratnam “…Dari sudut perpaduan nasional, perkembangan yang amat membimbangkan sejak kemerdekaan ialah kebangkitan semula nasionalisma melayu..” 25 . Akhirnya kedua-dua pihak seharusnya akur dengan kaedah kontrak sosial yang telah dipersetujui sejak kemerdekaan sebagaimana yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan.


4. Perlembagaan Malaysia dan rasional kandungannya dalam hubungan etnik

Aristole mengatakan “…persoalan utama mengenai keadilan ialah bagaimana hendak mengharmoniskan kepentingan dan kemahuan golongan-golongan yang berbeza dan bertentangan itu 26. Di Tanah melayu satu hakikat kemerdekaan ialah “…kemerdekaan Tanah Melayu dicapai melalui mesyuarah..” 27. Dalam konteks ini Perlembagaan yang diwujudkan seharusnya berperanan sebagai sumber rujuk bagi individu dan masyarakat. “Ia menggariskan kedudukan seseorang itu dari segi undang-undang dalam masyarakat dan hubungannya dengan negara 28 ”.


Menurut Dr. Shamsul Amri “…Perlembagaan Persekutuan merupakan undang –undang tertinggi di negara ini. Parlimen, badan eksekutif dan Kehakiman memperoleh kuasa daripada Perlembagaan. Malahan kuasa Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia..” 29. Pihak Inggeris sendiri memberi pengiktirafan dan menghormati akan adat resam, pantang larang, agama dan status Raja dan rakyat dengan memaktubkannya dalam Perlembagaan Persekutuan.


Mengenai bahasa melayu sebagai peneraju pendidikan sebenarnya telah lama diterima pakai oleh seluruh masyarakat Malaysia sejak tahun 1957. Tidak secara sedar sebagai alat komunikasi bahasa melayu menjadi asas bagi kebudayaan kebangsaan. Bila membicarakan soal Perlembagaan, kita sering tersilap bila mengaitkannya dengan istilah “ketuanan Melayu”, dan lebih teruk lagi bila disebut sebagai “Malay Supremacy”. Ianya bukan Malay Hegemoni. Selain itu “..istilah “Malay Bashing” juga memberi peluang untuk kaum lain mencerca kaum melayu sehingga soal status bangsa melayu sebagai pribumi turut dipersoalkan…30 ” . Fasal (8) Perkara 1 Perlembagaan Malaysia menyatakan semua orang adalah sama dan berhak mendapat perlindungan, tetapi itu bukanlah alasan untuk pihak tertentu megeksploitasi peruntukan tersebut untuk kepentingan politik. Begitu juga dalam soal kesamarataan dan keadilan. “…kesamarataan(equality) tidak semestinya membawa keadilan(equity) 31. Dalam hal ini Taunku Syed Fizuddin bertitah “…kenapa harus berlindung disebalik prinsip kesamaan atau sama rata yang akibatnya boleh ditilik dan dijangka…”32. Jika Perkara 153 ternyata dapat mengekalkan perpaduan masyarakat selama 51 tahun, kenapa ia perlu diubah hanya kerana faktor masa, tekanan dan kepentingan yang belum pasti sesuai dengan norma dan nilai negara kita 33.

Dalam pada itu isu kebebasan dalam perlembagaan juga menjadi hentaman segelintir masyarakat masa kini, isu seperti kebebasan beragama sering diputar belitkan. Datuk Prof. Zainal Kling menyatakan “..kebebasan tidak berlaku secara sendiri-sendiri. Ia mesti berlaku dalam hubungan dengan orang lain, sebab kita saling berhubungan..” 34. Dalam pada itu pembinaan infrastruktur sosial dan ekonomi pada zaman penjajah hanyalah menguntungkan pendatang, sedagkan rakyat peribumi tersingkir dan tersisih dari arus pembangunan. Inilah satu corak ketidakadilan yang dideritai oleh rakyat bangsa melayu. Seterusnya perubahan status quo itu bukan saja akan merapatkan jurang perbezaaan kaum dan perbezaan kelas, malah ia akan juga meletakkan asas yang kukuh dalam usaha masyarakat yang berbudi luhur yang aman damai dan adil makmur..” 35. Perkara ini telah dijelaskan juga oleh Chew seperti berikut “…bagaimanapun kita mungkin mengatakan orang-orang melayu akan lebih maju daripada status quonya jika proses pembangunan sosio ekonominya benar-benar telah dipupuk dan digalakkan oleh penjajah British, dan seandainya mereka tidak pernah dieksploitasi oleh pihak-pihak asing 36.


Di dalam menyebut soal Perlembagaan, kita tidak dapat lari dari istilah Kontrak Sosial disamping kemuncak kerana mempertikaikannya pada peristiwa 13 Mei 1969. Sehubungan dengan itu perlu diperjelaskan scenario yang berlaku terkini dan persamaannya dengan peistiwa 13 Mei tersebut. “…Pendokong aliran idealism kerap menggangap langkah-langkah menekan kebebasan mutlak seseorang dalm ucapan da tindakannya yang sebenarnya membendung isu-isu sensitive dan perlu bagi mengelakkan peristiwa 13 mei daripada berulang kembali…” 37. Setelah ditilik memang ada persamaan peristiwa 13 Mei dengan senario politik sekarang. Masa itu pindaan keatas Perlembagaan dibuat dan tindakan yang berbentuk polisi affirmitif seperti Akta Hasutan telah dilakukakan. Sebarang perdebatan dilarang jika menyentuh hal-hal yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Semua ini membawa kita kepada istilah asas yang menjadi bahan binaan di dalam pembentukan Perlembagaan Malaysia dan Persekutuan Tanah Melayu. Seperti Kata Dr. Shamsul Amri ‘..tiada pihak yang boleh mempertikaikan kontrak social kerana telah dipersetujui oleh pihak British dengan Raja-Raja Melayu dan Kerajaan Perikatan untuk mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957…mereka yang mempertikaikan tentang kontrak sosial tidak layak tinggal di Malaysia kerana sebagai rakyat mereka perlu akur tentang asas-asas pembinaan negara ini 38.

Orang melayu sebenarnya adalah tunjang kepada politik Malaysia dan Tanah Melayu “…Bagi kebanyakan melayu episode Singapura adalah lambang kegagalan ketuanan melayu…”39. Justeru, ini juga adalah faktor utama sehingga kini, mengapa orang melayu begitu sensitive apabila konsep ketuanan melayu dipersoalkan. Begitu juga dalam menangani ancaman pengaruh dari luar atau globalisasi, adalah penting kontrak sosial atau Perlembagaan yang tertulis dipertahankan. Malaysia mempunyai satu suasana unik dengan pengisian demografi masyarakat yang pelbagai kaum dan bangsa, oleh itu kita tidak boleh menerima pakai sentimen dari luar kerana itu adalah sangat berbahaya.


5. Kesimpulan
 

Marilah kita mengambil iktibar contoh pada zaman Rasulullah saw seperti yang dinyatakan oleh Prof Hj Azam “…kontrak social terlihat pada perlembagaan Madinah antaranya orang islam dan yahudi tolong menolong dalam menghadapi mereka yang menentang piagam Perlembagaan Madinah…seorang tidak dibenarkan melakukan perbuatan salah terhadap sekutunya..” 40 . Akhir sekali jika kita ingin terus maju hingga kegenerasi demi generasi, maka kekayaan hasil Negara dan kebijaksanaaan rakyatnya yang berbilang kaum haruslah digembeleng untuk memupuk kearah keharmornian hidup dan bersatupadu. Semua ini didapati dalam semangat social kontrak seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.



Nota Kaki
1. Modul Hubungan Etnik, Shamsul bahari Baharuddin, Pusat Penerbitan Universiti, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, 2007.(m.s 92).
2. Keharmornian Agama Islam : Prof. Madya Hj Azam Hamzah, Koordinator Perhubungan Korporat CITU, Uitm Shah Alam.(m.s 11).
3. …..............................ibid................................(m.s 12)
4. Keharmornian Agama Islam : Prof. Madya Hj Azam Hamzah, Koordinator Perhubungan Korporat CITU, Uitm Shah Alam.(m.s 12).
5. Islam Hadhari : Himpunan Isu Kontemporari, Hormati Hubungan Hidup Bersama, Institut Kefahaman Islam, 2005. (m.s 228)
6. Modul Hubungan Etnik, Shamsul bahari Baharuddin, Pusat Penerbitan Universiti, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, 2007.(m.s 1-2)
7. Kebudayaan Melayu Dalam Beberapa Persoalan, Mohd Taib Os,an, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988. (m.s 133)
8. Modul Hubungan Etnik, Shamsul bahari Baharuddin, Pusat Penerbitan Universiti, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, 2007.(m.s 24)
 9. …..................................ibid.........................(m.s 24)
           10. ….................................ibid.........................(m.s. 27)
11. Pengajian Tamadun Islam ; Sejarah, Pecapaian dan Masa depannya, Mohd Liki Hamid (ed.), 2002, PTS Publication & Distributor Sdn Bhd.
12. Pengajian Tamadun Islam ; Sejarah, Pecapaian dan Masa depannya, Mohd Liki Hamid (ed.), 2002, PTS Publication & Distributor Sdn Bhd.
13. Prinsip ke Lapan : Keutuhan Budaya dan Moral, Tan Sri Prof. Dr, Mohd Kamal Bin Hassan, Panel Pemikir Islam Hadhari.
14. Modul Hubungan Etnik, Shamsul bahari Baharuddin, Pusat Penerbitan Universiti, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, 2007.(m.s 136)
15. Kebudayaan Melayu Dalam Beberapa Persoalan, Mohd Taib Os,an, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988. (m.s 62)
16. Etnik Politik Dan Pendidikan, Dr. Haris Md Jadi, Siri Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990. (m.s 7)
             17. …......................ibid..................(m.s 19)
18. Masalah Perpaduan Nasional, Chew Hock Thye, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1975. (m.s 99-100)
19. BERITA UTAMA : Jangan Cabar Islam, Shamsiah Zulkifli, Utusan Malaysia Online, Arkib, 1/2/2009.
20. Kebudayaan Melayu Dalam Beberapa Persoalan, Mohd Taib Os,an, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988. (m.s 60)
21. Rusuhan Kaum 13 Mei 1969 : Peristiwa sebelum dan tindakan selepasnya, Tutorial Sejarah Pembinaan Negara bangsa di Malaysia, Siew Chang Yee, Sarjanah Sejarah Malaysia, UKM, 2007.
22. Masalah Perpaduan Nasional, Chew Hock Thye, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1975.(m.s 194)23. …..….....ibid.………..(m.s 212)
24. Etnik Politik Dan Pendidikan, Dr. Haris Md Jadi, Siri Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990. (m.s 139)
25. Masalah Perpaduan Nasional, Chew Hock Thye, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1975. (m.s 139)26. Modul Hubungan Etnik, Shamsul bahari Baharuddin, Pusat Penerbitan Universiti, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, 2007.(m.s 153)
27. Etnik Politik Dan Pendidikan, Dr. Haris Md Jadi, Siri Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1990. (m.s 50)
28. Etnik Politik Dan Pendidikan, Dr. Haris Md Jadi, Siri Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990. (m.s 100)
29. Modul Hubungan Etnik, Shamsul bahari Baharuddin, Pusat Penerbitan Universiti, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, 2007.(m.s 92-93)
30. Prinsip ke Lapan : Keutuhan Budaya dan Moral, Tan Sri Prof. Dr, Mohd Kamal Bin Hassan, Panel Pemikir Islam Hadhari.
31. RENCANA : Sukarkah memahami ketuanan melayu?, Asri Salleh dan Ahmad Suffian Mohd Zahari, Utusan Malaysia Online, Arkib, 6/12/2008.
32. RENCANA : Implikasi polemik ketuanan melayu, Utusan Malaysia Online, Arkib, 14/2/2009.
33. …...…Ibid......................
34. RENCANA : Jangan ada prasangka, temuramah dengan Datuk Prof. Zainal Kling, Utusan Malaysia Online, Arkib, 23/12/2007.
35. isu ekonomi, social dan politik Malaysia : Kumpulan esei Dewan Masyarakat 1975 – 1979, Dewan Bahasa dan pustaka, Kuala Lumpur, 1983. (m.s 158)
36. Masalah Perpaduan Nasional, Chew Hock Thye, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1975. (m.s 194)
37. isu ekonomi, social dan politik Malaysia : Kumpulan esei Dewan Masyarakat 1975 – 1979, Dewan Bahasa dan pustaka, Kuala Lumpur, 1983. (m.s 160)
38. BERITA UTAMA : Jangan Cabar Islam, Shamsiah Zulkifli, Utusan Malaysia Online, Arkib, 1/2/2009
39. RENCANA: Batas-batas hak dalam tuntutan agama, Khairulnizam Mat Karim, Utusan Malaysia
Online, Arkib, 2/1/2009
40. Keharmornian Agama Islam : Prof. Madya Hj Azam Hamzah, Koordinator Perhubungan Korporat CITU, Uitm Shah Alam.(m.s 6)
Sumber Rujukan :
1. Islam Hadhari : Himpunan Isu Kontemporari, Hormati Hubungan Hidup Bersama, Institut Kefahaman Islam, 2005.
2. Pengajian Tamadun Islam ; Sejarah, Pecapaian dan Masa depannya, Mohd Liki Hamid (ed.), 2002, PTS Publication & Distributor Sdn Bhd.
3. Prinsip ke Lapan : Keutuhan Budaya dan Moral, Tan Sri Prof. Dr, Mohd Kamal Bin Hassan, Panel Pemikir Islam Hadhari.
4. Tamadun Islam, : Cabaran dan Halangan Membangun Semula Tamadun Islam, www.Khairaummah.com.5.
5.RENCANA: Batas-batas hak dalam tuntutan agama, Khairulnizam Mat Karim, Utusan Malaysia Online, Arkib, 2/1/2009.
6. BERITA UTAMA : Jangan Cabar Islam, Shamsiah Zulkifli, Utusan Malaysia Online, Arkib, 1/2/2009.
7. RENCANA : Implikasi polemik ketuanan melayu, Utusan Malaysia Online, Arkib, 14/2/2009.
8. RENCANA : Jangan ada prasangka, temuramah dengan Datuk Prof. Zainal Kling, Utusan Malaysia Online, Arkib, 23/12/2007.
9. RENCANA : Sukarkah memahami ketuanan melayu?, Asri Salleh dan Ahmad Suffian Mohd Zahari, Utusan Malaysia Online, Arkib, 6/12/2008.
10. BERITA UTAMA : Raja berhak membuat teguran, Utusan Malysia Online, Arkib, 18/10/2008.
11. BERITA UTAMA : Peringatan Raja Melayu, Bernama, Utusan Malaysia Online, Arkib, 17/10/2008.
12. RENCANA : Pertahan Perkara 153, temuramah dengan Datuk Abdul Rahim Tamby Chik, Utusan Malaysia Online, Arkib, 21/9/2008.
13. DALAM NEGERI : Jangan pertikai hak Melayu, Rozilan Salleh, Utusan Malaysia Online, Arkib, 26/8/2008.
14. RENCANA : Agama, bangsa sensitive, temuramah dengan Yusri Mohammad (Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia – ABIM), Utusan Malaysia Online, Arkib, 24/8/2008.
15. RENCANA : Kesamarataan tidak semestinya membawa keadilan, Mohd Arif Atan, Kuala Lumpur , Utusan Malaysia Online, Arkib, 10/9/2008. 
16. Pendidikan dan Masyarakat : antara Dasar, Reformasi dan Wawasan, Hussien Hj. Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kula Lump[ur, 1993.
17. Masalah Perpaduan Nasional, Chew Hock Thye, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1975.
18. Etnik Politik Dan Pendidikan, Dr. Haris Md Jadi, Siri Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990.
19. isu ekonomi, social dan politik Malaysia : Kumpulan esei Dewan Masyarakat 1975 – 1979, Dewan Bahasa dan pustaka, Kuala Lumpur, 1983.
20. Modul Hubungan Etnik, Shamsul bahari Baharuddin, Pusat Penerbitan Universiti, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, 2007.
21. Keharmornian Agama Islam : Prof. Madya Hj Azam Hamzah, Koordinator Perhubungan Korporat CITU, Uitm Shah Alam.
22. Rusuhan Kaum 13 Mei 1969 : Peristiwa sebelum dan tindakan selepasnya, Tutorial Sejarah Pembinaan Negara bangsa di Malaysia, Siew Chang Yee, Sarjanah Sejarah Malaysia, UKM, 2007.
23. Kebudayaan Melayu Dalam Beberapa Persoalan, Mohd Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988.







 (ram's2008)

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???