Posts

Showing posts from August 7, 2011

Sunset di Pulau Tioman

Memang menarik suasana di Pulau Tioman ini. Mengambil gambaran daripada posisi menghadap laut dengan ketinggian lebih kurang 80 meter dari paras laut, pemandangannya cukup indah. Waktu sekarang ialah jam 6.20 petang. Saya sekarang berada di Berjaya Tioman Suite ditingkat tujuh atas sekali, setengah orang memanggilnya sebagai kondominium. Sinaran matahari begitu terang dengan cahayanya sedikit dihalang oleh kumpulan awan mendung. Dah hampir sejam saya menikmati pemandangan indah ini dengan menyaksikan kapal dan bot2 kecil tak henti2 membelah laut yang biru. Tiupan angin agak kencang dibulan Ogos ini yang mana kian menghampiri musim Moonson yang bakal tiba beberapa bulan lagi. Apa yang saya fikirkan diwaktu sebegini….cukup menenangkan. Tak hairanlah begitu ramai pelancung luar dan dalam yang mengunjungi pulau ini. Horizon pemandangan disini meliputi kejauhan sehingga ketitik terakhir yang menyaksikan kontour laut yang melengkung. Tidak terdapat satupun bot nelayan sepanjang pemerhatian