Sunset di Pulau Tioman

Memang menarik suasana di Pulau Tioman ini. Mengambil gambaran daripada posisi menghadap laut dengan ketinggian lebih kurang 80 meter dari paras laut, pemandangannya cukup indah. Waktu sekarang ialah jam 6.20 petang. Saya sekarang berada di Berjaya Tioman Suite ditingkat tujuh atas sekali, setengah orang memanggilnya sebagai kondominium. Sinaran matahari begitu terang dengan cahayanya sedikit dihalang oleh kumpulan awan mendung. Dah hampir sejam saya menikmati pemandangan indah ini dengan menyaksikan kapal dan bot2 kecil tak henti2 membelah laut yang biru. Tiupan angin agak kencang dibulan Ogos ini yang mana kian menghampiri musim Moonson yang bakal tiba beberapa bulan lagi.

Apa yang saya fikirkan diwaktu sebegini….cukup menenangkan. Tak hairanlah begitu ramai pelancung luar dan dalam yang mengunjungi pulau ini. Horizon pemandangan disini meliputi kejauhan sehingga ketitik terakhir yang menyaksikan kontour laut yang melengkung. Tidak terdapat satupun bot nelayan sepanjang pemerhatian saya dari tadi. Memang aktiviti penduduk pulau ini lebih kepada industri pelancungan. Bagi saya, kalau ada rakyat Malaysia yang begitu terbuka dan sering berhadapan dengan warga pelancung asing maka disinilah tempatnya.

Sekarang dah menghampiri jam 6.40 petang. Matahari masih lagi berada lebih kurang 18 darjah ke barat pulau Tioman. Saya masih nak tunggu sehingga matahari terbenam. Hari ini hari Ahad. Saya tak berkerja, nak rehat. Trafik di laut semakin beransur reda. Hanya bunyi ombak dan bisikan angin yang masih berterusan. Kelihatan pokok seolah2 menari2. Ya lah..takkan pokok bergoyang kalau tak ditiup angin…apa lagi bagi mereka yang gemar menunggu buah durian jatuh, mungkin inilah masanya.

Semalam selepas waktu berbuka ada seorang kawan menjemput saya ke rumah. Kami makan durian bai..dapat juga aku merasa durian diTioman ini. Selepas itu kami singgah minum kopi dikedai Iwan…jumpa pula dengan Wak Mak Ngah…dia pelawa saya main catur..Haiii dah lama tak main catur….Tak pe Wak kali ini you menang….nanti kita lawan sekali lagi. Tapi Wak tu memang hebat main catur bukan setakat buat roti canai….

Jam 6.55 (waktu sekarang - Malaysia)…..matahari belum terbenam lagi, namun tak kelihatan…awan gelap terlalu tebal. Waktu berbuka disini sekitar jam 7.20 petang. Baiklah, saya menutup cerita untuk hari ini…selamat berbuka puasa untuk seluruh warga Tioman.

Comments

Popular posts from this blog

Halangan dan Cabaran Dalam Membina Ketamadunan Islam

HOW AIR ASIA MANAGEMENT MANAGING DOWNTURN 2008 TO 2009 - REVISIT

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES