TASHA MELANJUTKAN PELAJARAN KE EROPAH (RRYHH bahagian 2.5)


(Sebulan kemudian)

Bulan November kini menjelma. Hampir sebulan Tasha telah ke Kuala Lumpur. Sejak peristiwa tanah runtuh tersebut, aku tidak pernah berjumpa Tasha. Alex menceritakan tentang keluarga Syikin yang mahukan Tasha menyambung pelajarannya ke Eropah? Alex sendiri tidak mempunyai maklumat tentang lawatan Ayah Syikin bersama Tasha ke Ranau tempohari. Tasha telah kembali ke Kuala Lumpur. Aku sebenarnya teringin sangat nak tahu perkara sebenar.

“Ram, ada beberapa pesanan dari Syikin”, Alex memulakan cerita diawal pagi. Hari ini adalah hari keluarga sebuah Koperasi yang terbesar di Ranau. Aku dan Alex turut serta sebagai wakil Ranau dan ibu pejabat Kota Kinabalu. “Larian mini marathon di sekitar Pekan Kundasang akan dimulakan sebentar lagi” , pengumuman telah dibuat dan aku tidak respon kepada pernyataan Alex tentang pesanan dari Syikin tersebut. Pekan Kundasang adalah pekan yang cantik di kaki gunung kinabalu, ia terletak di daerah ranau. Keindahan persekitaran pekan Kundasang begitu mengasyikkan. Pasti persekitaran hebat sebegini dapat menyihatkan minda dan badan. Walaupun langit agak mendung, namun cuaca begitu segar. Acara larian ini menarik ramai peserta yang terdiri daripada komuniti di sekitar Kundasang.

Alex membiarkan saja diriku yang bagai tidak tertarik dengan mukadimah darinya. Siapa lagi yang harus menelaah dan menoreh mitos tentang Tasha? “Alahai!!! Larian telah dimulakan. Jumlah peserta begitu ramai. Aku berlari seadanya memandangkan kudrat yang tak seberapa. Mengerah tenaga di tanah pergunungan tak sama dengan di tanah ketinggian yang biasa. Maksudnya, oksigen begitu nipis dan menyebabkan kesukaran untuk bernafas. “Kesukaran bernafas pernah terjadi kepada Tasha semasa kami bersama 5 tahun dulu....??? ”. Kenapa tiba-tiba beberapa bilah ingatan yang hilang muncul semula. Rasanya seperti bilah kipas yang semakin lengkap dan semakin kuat hembusan anginnya, kini terasa torehan memori itu semakin dalam.

Laluan jalan jalan kampung menjadi trek larian. Aku sendiri kurang pasti samada pernah atau tidak melalui atau singgah di kampung kampung tersebut. “Abang!!! Nak air? , seorang pembantu remaja wanita menghulurkan segelas air kepadaku. Tanpa aku sedari, rupanya aku sedang duduk di tepi jalan. Dalam keadaan tercungap-cungap kepenatan, baru terfikir nak cari Alex, badanku terasa begitu letih. Aku memang kurang bersenam. “Jauh lagi ke adik”, “lebih kurang 4km cam tu ”. “mmmm...baik aku habiskan larian”, aku mesti sampai ke garisan penamat walaupun terasa sangat letih. Terdapat ramai orang memberikan sokongan di sepanjang pinggir jalan.

Nampaknya larian mini marathon sejauh 7km ni baru sampai dipertengahan . Aku kuatkan semangat untuk menghabiskan baki larian. Dalam pada itu hujan mulai turun dengan lebatnya. Kelihatan para peserta yang lain terus berlari merobek rantaian hujan yang turun. Udara lembab dan basah serta angin dingin menyebabkan tubuhku menggeletar kesejukan. Aku yang berlari tanpa teman tiba tiba terasa seperti Tasha berlari bersamaku, atau mungkin memang kami pernah berlari dalam hujan suatu masa dahulu? “Sudah sampai masanya untuk kamu mendapatkan surat itu!!!”, terdengar seseorang berkata sesuatu daripada kerumunan orang ramai di pinggir jalan. Aku memperlahankan larian sambil melihat ke arah belakang. Seperti ada seseorang cuba memberitahuku sesuatu atau cuma mindaku memanipulasi pendengaranku. Aku tidak memperdulikan suara tadi dan terus berlari.
Larian baru saja ditamatkan. Acara penyampaian hadiah menutup majlis hari keluarga pada hari ini. Mana agaknya Alex? Agaknya dia telah kembali ke hotel penginapannya. Nanti malam aku akan pergi berjumpa dengan Alex.



(Siapa Tasha sebenarnya?)

Malam itu, aku dan Alex keluar makan malam. Kami mengunjungi kedai makan berdekatan Pekan Kundasang. Badanku terasa begitu letih. Alex juga kelihatan kepenatan selepas menyertai larian petang tadi. Makanan malam ini terasa begitu menyelerakan bagi kami berdua. Pekan Kundasang begitu popular sebagai pekan utama bagi pendaki Gunung Kinabalu. Banyak rumah rehat serta hotel dibangunkan di sini. “Tak nampak pun kamu tadi Lex masa larian tu?”, kami masih berbual tentang larian petang tadi.

“Aku tak habiskan larian sebenarnya”, Alex menghirup kopi panas sambil memberitahu yang dirinya membatalkan hasrat untuk menghabiskan larian disebabkan kemungkinan hujan akan turun. “Apalah kau ni Lex, aku pun basah juga dalam hujan. Best juga lari masuk kampung, naik turun bukit”. Aku terus bertanya tentang pesanan dari Syikin yang cuba disampaikan oleh Alex sejurus sebelum larian dimulakan petang tadi.... “kau kata Syikin pesan sesuatu..apa dia?”. Alex mengambil masa yang agak lama untuk membalas pertanyaan dariku. Agaknya dia kekenyangan lantaran terlebih makan tadi. Sementara itu suasana dipersekitaran kedai makan tersebut agak sibuk. Terdapat ramai pengunjung sedang menjamu selera.

“Tak boleh cakap banyak Ram, cukuplah kalau aku kata....Ayah Syikin nak kau jauhi Tasha”. “Apa..???”, aku termanggu seketika semacam terkilan dengan mesej yang Alex sampaikan kepadaku. Aku pun langsung meneguk kopi yang semakin hilang panasnya dan meminta segelas kopi panas yang baru sebagai ganti. “mmmm...Lex...aku kurang faham...”, sebenarnya mesej yang sedang cuba disampaikan oleh Alex kepadaku kurang jelas. Menurut Alex, Tasha akan ke London bagi melanjutkan pelajarannya di sana. Aku sebenarnya gembira dengan berita tersebut. Bukanlah sesuatu yang aneh bagi orang muda seperti Tasha untuk berhajat menimba ilmu di luar negara. “Alex!, kau masih belum memberitahu aku satu perkara. Kenapa mesti aku nak tahu semua ni?”

Alex kemudian dengan panjang lebar menceritakan semuanya yang perlu aku ketahui. Ibu bapa Tasha bercerai setahun sebelum ayahnya meninggal dunia dalam keadaan yang penuh misteri. Arwah ayah Tasha iaitu Datuk Ismail adalah seorang ahli perniagaan yang cukup berjaya. Kekayaan beliau mencecah ratusan juta ringgit hasil kerja keras bertahun lamanya. Perniagaannya melangkaui sempadan antarabangsa bersama kerjasama syarikat syarikat di Eropah dan Asia. Beliau bermula dengan perkongsian bersama seorang sahabat akrabnya yang menjadi rakan kongsi sejak sekian lama. Namun persahabatan itu berakhir setelah kedua duanya tidak sehaluan didalam menentukan halatuju syarikat mereka. Permusuhan yang telah bermula menyebabkan banyak perebutan peluang diantara mereka berdua memandangkan mereka mempunyai kemahiran perniagaan yang sama. Mereka kemudian menubuhkan syarikat baru masing masing hasil dari pepecahan perkongsian perniagaan sebelum itu.

Tasha adalah anak tunggal kepada Datuk Ismail dan pewaris sah kekayaan dan harta beliau. Namun begitu segala bentuk kekayaan yang bakal dimiliki oleh Tasha cuma boleh diperolehi sesudah Tasha berusia 21 tahun. Perkara tersebut terkandung di dalam surat amanah waris yang ditandatangani oleh Datuk Ismail sendiri. Ini bermakna sudah 19 tahun kekayaan arwah Datuk Ismail ditadbir dibawah Yayasan Ismail yang diwujudkan oleh arwah Datuk Ismail. Yayasan Ismail dipengerusikan oleh ayah Syikin iaitu Tuan Syed Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

Halangan dan Cabaran Dalam Membina Ketamadunan Islam

HOW AIR ASIA MANAGEMENT MANAGING DOWNTURN 2008 TO 2009 - REVISIT

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES