(RRYHH bhg 2.4) WANITA TERMUDA TERKAYA DI MALAYSIA


Okestra alam semulajadi masih memilih untuk mengalunkan irama percikan renyai renyai air hujan dan basah dingin. Pagi ini adalah hari terakhir sebelum aku kembali ke Pekan Ranau. Selesai bersarapan aku seperti biasa berjalan kaki ke ibu pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan kaki dari Ibu Pejabat Polis Karamunsing KK. Sekaki payung masih mampu membuatkan bajuku agak lembab akibat manik manik hujam monsun di bulan Disember akibat tempias tiupan angin . Hari ini aku perlu menyelesaikan beberapa laporan dari Pejabat Cawangan Ranau untuk di serahkan kepada Pengarah Negeri Sabah.

Seperti biasa aku bersama Alex yang masih bertugas di Ibu Pejabat KK. “Ram....kejap lagi kita turun minum...mmmm...ada orang nak jumpa kau”, Alex menyampaikan pesan seseorang yang mahu berjumpa denganku. “Nak jumpa aku???....siapa Lex????, aku bertanya kepada Alex sambil terfikir siapa pula yang berminat berjumpa diriku selain daripada ahli-ahli koperasi dibawah selenggaraan kawasanku. “ikut saja lah ram, adalah hal sikit”. “baiklah Lex...bagi aku berjumpa Pengarah dulu dan lepas tu kita turun minum dan jumpa orang tu....tapi lepas tu kau tolong hantar aku ke bus stop”, “jangan risau ram...hari ni Tasha yang hantar kau ke Ranau”. “Apa...oh ye ke???...baguslah macam tu”, aku gembira bila mendapat tahu Tasha akan menghantar aku ke Ranau.

(Setelah berjumpa Pengarah) “Done...jom Lex kita minum”, kami terus saja turun dan keluar dari kawasan Wisma Dang Bandang dan mencari kedai minum yang biasa kami kunjungi iaitu kedai soto Pak Abu. Nampaknya Syikin bersama Tasha sedang minum di meja dalam ruang kedai. Aku dan Alex terus saja menuju ke tempat mereka. “Selamat pagi Syikin....hii!! Tasha”, Tasha kelihatan begitu ceria pada pagi ini. Jelas dia seperti tak sabar nak ke Ranau. Sambil minum pagi Tasha berkata sesuatu kepada kami “sepatutnya Tasha ambik order untuk ram kan!!!”, aku segera menemplak dan berkata “ahhh...tak payah Tasha!!!...jangan nak memandai....takda sapa nak mandi soto hari ni”. Kami semua tergelak bila mengingati peristiwa 5 tahun dulu, yang pasti hanya aku yang merakam cerita itu sedangkan Alex dan Syikin cuma mendengar cerita dariku tentangnya. Sementara Tasha pula mungkin mendengar cerita dari mereka sahaja dan tidak mungkin mengingatinya. Aku mengerling mata kearah Tasha yang masih ketawa, dalam diam Tasha tiba-tiba membisu. Mungkin kerana memikirkan yang dialah sebenarnya pelakon utama bersamaku didalam cerita tersebut dan tidak harus mengungkit kembali benda yang jiwanya sendiri tak terusik.

“Kenapa Tasha nak ke Ranau???”, pertanyaan itu terkeluar dari mulutku tanpa dirancang. Syikin dengan pantas menjawab soalan tersebut bagi pihak Tasha “sebenarnya inilah kali pertama Tasha akan kembali ke Ranau setelah sekian lama berada di luar Sabah, tapi ram...mmmm kami akan ditemani oleh ayah saya sekali. Kami Cuma nak bawa Tasha melihat disekitar Ranau dan kalau ram ada masa....boleh juga ram ikut sama”. “ye ke, maknanya Syikin ikut sekali lah ni???....kalau macam tu aku tak nak kacau lah Syikin, mungkin ayah kamu ada urusan peribadi” aku mencelah setelah merasakan yang mereka ada misi tersendiri memandangkan mereka pernah menetap di Ranau sebelum ni.

“So...Syikin ambik cuti dua hari untuk menemani ayah dan Tasha ke ranau. Balik dari ranau, sebelah malam Tasha akan terus fly ke KL”. “ahhhh...Tasha nak balik KL???..buat apa nak balik KL???” aku tertanya tanya dan berharap Tasha berkata sesuatu. “Ram, maaf lah. Sebenarnya Tasha datang ke Sabah atas urusan keluarga dan kebetulan berkenalan dengan Ram dalam waktu yang singkat ini. Itupun atas permintaan Syikin” kata kata Tasha itu bagai mengejutkanku dari mimpi. Kemudian Tasha menyambung lagi “Tasha jangka akan ada orang dari Yayasan Ismail datang berjumpa dengan Ram. Sebenarnya Tasha tak nak dah menyusahkan sesiapa lagi seperti sebelum ni”. Aku tak mahu berfikir lebih panjang. Yang nyata hidup Tasha bukan urusan aku. Tapi pelik? Apa itu Yayasan Ismail? “maaf Syikin...Tasha...ahhh...ram, ada benda nak sampaikan pada pegawai audit Ranau...mari naik opis jap!!!” Alex memotong cerita kami, aku faham Alex cuba meleraikan isu berkenaan Tasha yang sedang kami bahaskan.

Aku dan Alex keluar dari kedai minum Pak Abu. “Ram...jom cari kedai minum lain, ada perkara nak aku bagi tau dekat kau!!!”, suara Alex seakan menyembunyikan sesuatu dan semacam perlu untuk diluahkan. “ok...ok...Alex!!!....aku dan Tasha takda apa apa hubungan. Mungkin cuma sebagai kawan lama saja. Agaknya aku tidak perlu tahu tentang dia, cukuplah Tasha yang aku kenal 5 tahun dulu. Tasha tak perlukan aku. Tolong hantar aku ke terminal bas sekarang juga.....mmmm...takpa lah...gini...biar aku ke bas stand sendiri. Aku harap kau dan Syikin tidak ambil hati. Aku pergi dulu!!!”. “Ram...Ram...tunggu dulu. Ada benda penting kau perlu tahu tentang Tasha.”

Alex bergegas mendapatkan aku yang sedang cuba meninggalkan perbualan diantara kami. Aku cuba berlalu pergi secepat mungkin ke terminal bas. Namun baru beberapa langkah, Alex mencapai dan menarik bahuku dari arah belakang dan berkata “Ram!!! Kau kena dengar cerita dari aku dulu berkenaan tentang Tasha”. Aku terus berpusing dan menghadap ke arah Alex dan menghembuskan nafas keluar sehabis habisnya. “Alex, apa lagi yang aku nak dari Tasha, cuba kau bagi aku jawapan kenapa aku masih nak mencari ‘Tasha’, maksud aku Tasha yang aku kenal 5 tahun dulu.... ada apa dengan Tasha????....Tasha tak kenal aku....dia tak rasa macam yang aku rasa....kenapa mesti dia nak buang masa untuk cuba mengingati aku???”. Alex tersenyum dan membalas soalan aku itu “kalau kau nak tahu, maka perlu untuk kau terus ‘interested’ dengan Tasha!!!”

Suasana senyap seketika diantara aku dan Alex. Kami berada di luar pintu masuk Wisma Dang Bandang. “Apa pun Lex, aku rasa aku tidak perlu terlibat dengan hidup Tasha, ya aku tahu aku kesiankan nasib dia yang...ahhh...hilang ingatan...apa lagi...ayah dah meninggal sejak berusia 2 tahun...ibu Tasha juga telah meninggal...so what???....Tapi aku tak berkaitan dan tak seinci pun wujud dalam diari baru hidup dia sekarang ni!!!”. “Tapi ram...kan kau kata nak tolong kembalikan ingatan Tasha”, (sedang kami hangat berbicara) “maaf kepada kamu berdua. Alex...saya diarah oleh Tuan Syed Ibrahim untuk membawa Syikin dan Tasha ke Ranau sekarang juga. Tuan Syed Ibrahim telah bergerak kira kira 15 minit yang lalu”.

“Sorry Lex, mmmmm...tu siapa???” aku bertanya Alex tentang lelaki yang baru beredar sesudah menyampaikan mesej dari seseorang. “Rashid, dia pembantu peribadi kepada Tuan Syed Ibrahim iaitu ayah Syikin”. “Biar betul...pembantu peribadi....mmmm...ayah Syikin ada pembantu peribadi”, fikiranku semakin buntu. “So....kau tak nak ikut ke....maksud aku tumpang sekali dengan dia orang ke Ranau”. “hissh...rasanya tak payahlah Lex....segan pula...anyway...anything update je lah...aku nak gerak dah ni...ok...see you Lex”. “Baiklah Ram, jumpa lagi”. Aku meninggalkan Alex, Syikin dan Tasha tanpa mahu memikirkan sangat hal hal perbadi Tasha dan sepupunya Syikin. “Tapi apa pula kaitannya dengan cerita Tasha tentang Yayasan Ismail dan kononnya berkemungkinan ada orang nak berjumpa aku...mmmm???, minda aku berpusar tentang teori diri Tasha, Syikin, dan tentang diriku. Malangnya otak ini masih keliru dan terbatas maklumat yang boleh dicapai.

Aku sudah tiba di terminal bas Pantai Barat Sabah. Bas akan bertolak jam 2 petang. Agaknya Syikin dan ayahnya sudah berada di Pekan Ranau. “Tak boleh ke kalau tak fikir tentang mereka dan Ranau”, hatiku memarahi benak fikiranku sendiri. Semacam konflik dalam sejarah hidupku yang sebelum ini begitu ceria tanpa kelibat Tasha. Sekarang dah jam 1.15 tengahari. Perut terasa lapar, tapi tak sempat agaknya nak duduk makan. Lebih baik aku beli bun dan air kotak saja. Baik aku singgah ke kedai buku berdekatan untuk membeli majalah muzik dan mendekati perkembangan industri hiburan seni tempatan dan tanahair, boleh juga dibaca semasa menaiki bas ke Ranau nanti. Aku suka kepada semua jenis bahan bacaan. Kewangan, ekonomi, korporat, sukan dan semestinya seni muzik. Namun, itu menjadi masalah kepada diriku yang punya kecenderungan dalam semua bidang. Aku jenis yang cepat bosan.

Terdapat deretan kedai berdekatan Terminal Bas. Aku pun terus menyeberangi jalan untuk ke sana. Aku perasan jam dinding di kedai kek tempat aku memilih bun dan air kotak sudah menunjukkan jam 1.45 tengahari. “ni memang tak sempat nak kedai buku”, aku terasa masa semakin singkat dan aku terus keluar dari kedai kek tersebut selepas membayar barangan yang dibeli. Dalam pada itu aku sempat membeli surat khabar di kedai runcit bersebelahan dengan kedai kek yang aku kunjungi tadi. Rata rata semua surat khabar tempatan Sabah menyiarkan laporan kaji cuaca tentang hujan lebat yang dijangka berlarutan hingga ke bulan Mac tahun depan. Juga terdapat amaran tentang kemungkinan kejadian tanah runtuh di lereng lereng tanah tinggi disepanjang perjalanan bermula dari Daerah Tamparuli. Daerah Tamparuli merupakan jalan persinggahan dan tempat bermulanya pendakian perjalanan semua kenderaan yang ingin ke Pantai Timur Sabah. Laluan inilah yang digunakan untuk ke Sandakan, Lahad Datu, Semporna, dan Tawau.

Aku masih menunggu isyarat dari van yang bakal aku naiki ke Ranau. Tapi jam 2 petang telah berlalu , nampaknya jadual bertolak mungkin akan dilanjutkan. Mungkin van tersebut belum mempunyai penumpang yang cukup. Aku menyambung semula membaca akhbar sambil duduk di ruang menunggu. Aku mengambil sebatang rokok dan menyedut asap rokok yang berjenama Dunhill itu. Dalam pada itu angin yang terus bertiup dalam keadaan masih hujan menyelak surat khabar yang aku baca. Terpampang cerita tentang “wanita termuda terkaya di Malaysia”. Aku tak kisah kalau sesiapa menjadi kaya. Tapi ada sesuatu yang menyinar dari tajuk cerita ni. ‘Wanita termuda?’, aku terus saja melayan info berkenaan. Bersumberkan ‘Reuters’ iaitu agensi berita dari luar negara..... “...dia mungkin bakal memiliki apa saja termasuklah musuh yang telah lama menanti.....dikatakan aset utamanya yang sebenar adalah ingatannya yang telah hilang. Sejauh mana beliau akan menguasai warisan kekayaan keluarganya akan bergantung kepada sejauh mana dia mengenali siapa diri dan keluarganya?”. “Maaf adik, van tak jadi jalan sebab ada tanah runtuh dekat Kundasang”. alamak!!!, nampaknya aku kena usaha cari kenderaan lain, atau mungkin meminta cuti sehingga jalan diperbaiki.

bersambung

cerita selanjutnya - Tasha melanjutkan pelajaran ke Eropah

cerita sebelumnya - berita dari BBC London

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???