Soal Cinta
Terpanggil rasanya diri ini untuk membicarakan soal cinta, perasaan dan kemesraan diantara sesama manusia. Biar saya mengklasifikasikan perkataan ini sebagai ‘rahmat’ bukannya ‘keramat’dan mendefinisikannya mengikut panduan akal dan pengalaman diri ini. ‘Love’ atau cinta bagi saya adalah pengalaman seseorang yang terpujuk oleh naluri ingin disayangi dan menyayangi. Pertempuran perasaan yang saling berkecamuk dan egoist tanpa ada kesanggupan untuk melepaskan rasa kedukaan walau sekelumit pun. Apa yang dipertempurkan ialah rasa ingin memiliki dan dimiliki. Medan berkecamuk ini terlalu autokratik yakni diluar kawalan akal. Bertindak seolah-olah seorang soldadu perang yang egoist dan ingin menguasai setiap konflik dalam peperangan. Namun begitu mood cinta saling berubah dan tak konsisten. Dalam hal yang lain pula, kemesraan selalu disalah tafsirkan sebagai cinta. Ini kerana secara lahiriah sifat keterujaan itu sering diimitasi, diinkarnasi, dicabul, dan hilang arah. Tidak hairanlah manu...