Soal Cinta
Terpanggil rasanya diri ini untuk membicarakan soal cinta, perasaan dan kemesraan diantara sesama manusia. Biar saya mengklasifikasikan perkataan ini sebagai ‘rahmat’ bukannya ‘keramat’dan mendefinisikannya mengikut panduan akal dan pengalaman diri ini.
Jelas dasar realiti percintaan adalah melampaui sempadan ufuk separa sedar dan di luar horizon pertimbangan akal. Namun begitu sering kita dengar orang mengatakan cinta itu buta. Sejauh mana kebenarannya???? Apa yang buta????Adakah setiap ketewasan itu membuktikan cinta itu buta. Apakah mimpi itu lebih besar daripada realiti atau perjuangan merealitikan mimpi itu lebih bermakna bagi anda. Tidak ada idea ketewasan dalam perjuangan, yang ada cuma hasil. Ini kerana setiap perbuatan terjelma dan terbina daripada kesungguhan manusia dan pasti meninggalkan impak. Atas dasar itu mereka yang rasa tertewas atau kecewa sering beranggapan cinta itu buta. Bagi diri ini, cinta itu tidak buta. Ianya suatu anugerah Illahi.
‘Love’ atau cinta bagi saya adalah pengalaman seseorang yang terpujuk oleh naluri ingin disayangi dan menyayangi. Pertempuran perasaan yang saling berkecamuk dan egoist tanpa ada kesanggupan untuk melepaskan rasa kedukaan walau sekelumit pun. Apa yang dipertempurkan ialah rasa ingin memiliki dan dimiliki. Medan berkecamuk ini terlalu autokratik yakni diluar kawalan akal. Bertindak seolah-olah seorang soldadu perang yang egoist dan ingin menguasai setiap konflik dalam peperangan. Namun begitu mood cinta saling berubah dan tak konsisten. Dalam hal yang lain pula, kemesraan selalu disalah tafsirkan sebagai cinta. Ini kerana secara lahiriah sifat keterujaan itu sering diimitasi, diinkarnasi, dicabul, dan hilang arah. Tidak hairanlah manusia terdorong dan tertipu oleh rasa keempunyaan, empati dan tewas pada pandang pertama. Sedangkan ianya cuma berlatarkan kebiasaan dan hanya mencuri sedikit ruang sambil bertindak secara sementara sahaja.
Jelas dasar realiti percintaan adalah melampaui sempadan ufuk separa sedar dan di luar horizon pertimbangan akal. Namun begitu sering kita dengar orang mengatakan cinta itu buta. Sejauh mana kebenarannya???? Apa yang buta????Adakah setiap ketewasan itu membuktikan cinta itu buta. Apakah mimpi itu lebih besar daripada realiti atau perjuangan merealitikan mimpi itu lebih bermakna bagi anda. Tidak ada idea ketewasan dalam perjuangan, yang ada cuma hasil. Ini kerana setiap perbuatan terjelma dan terbina daripada kesungguhan manusia dan pasti meninggalkan impak. Atas dasar itu mereka yang rasa tertewas atau kecewa sering beranggapan cinta itu buta. Bagi diri ini, cinta itu tidak buta. Ianya suatu anugerah Illahi.
Konklusinya, cinta itu anugerah luarbiasa Illahi. Cinta tidak buta. Perasaan itu adalah naluri yang berkecamuk dan kemesraan itu hanya suatu kebiasaan. Sebagai akhir cerita seorang kawan pernah berkata pada saya setelah kami terlihat dua ekor burung sedang duduk bertenggek dan seakan bermanja manjaan, lalu kawan tu pun berkata “sedangkan burung pun pandai bercinta, inikan pula manusia”.
tuan..kamu sudah pandai tulis pasal cinta..pasti idea dari hati kamu bukan tepi pantai kan..cinta tak kan dapat kalau tak dicari..so beli lah cd cerita tentang cinta
ReplyDeletetuan..tajuk cantik , tulisan pun baik..dengan ayat macam arwah loloq..bercinta biar satu berkawan biar seribu..tahniah tuan
ReplyDeletetuan...nice one...ive been reading this all over again...its true, love wasn't blind at all...but tuan...its hurt to let someone we love go away from our life...first love...arhhhh....rindu tioman~
ReplyDeleteasila
tkasih Asila...ur r right all d time..
ReplyDelete