Posts

Showing posts with the label my novel

Tasha Buka Cerita -Ranau Rindu Yang Hampir Hilang

(petikan sambungan cerita Ranau Rindu Yang Hampir Hilang) Tasha Buka Cerita “Alam semesta yang luas ini, sebenarnya punya banyak misteri. Diantaranya adalah tentang cerita purba mengenai percintaan 2 nyawa yang meletuskan persengketaan di segenap 7 alam atau dimensi.  7 alam ini mempunyai Kerajaan terkuat masing2 yang menguasai tempat mereka. Sekian lama hidup dalam perdamaian tetapi akhirnya terpaksa beralah kepada peperangan yang panjang. 2 nyawa ini akhirnya dipisahkan bagi menjamin keselamatan 7 alam tersebut”. Lidahku seolah2 beku macam ais. Terasa macam kena gam melekat. Tak tahu nak cakap apa. Dahlah 12 jam dalam kapal terbang kami teruk mabuk muntah2. Penerbangan dari Kota Kinabalu melalui Kuala Lumpur ke Kota London memang menjemukan. Tasha yang baru kami temui seolah2 jadi tukang karut dalam dikir barat. Syikin macam nak tergelak. Baguslah sekurang2nya Syikin dah hilang rasa ketakutan semasa pengembaraan di udara semalam. Tapi aku rasa macam deep deep apa y...

Ranau Rindu Yang Hampir Hilang -Sinopsis

😘 "This ancient battle was and is inevitable"…. "Pertarungan purbakala tersebut memang tidak dapat dielakkan dan bakal berulang"...... mcm mo d sambung pula cerita 'ranau rindu yang hampir hilang' atau singkatannya RRYHH.....aku tdk pasti siapa yg membaca.. tp aku terasa bertanggungjawab untuk menyambungnya pula. mcm aku mau delete ja dari blog cikemiau aku tu... aku mula bercerita mengenainya pd tahun 2011.. 1. bermula dari pengenalan RRYHH (2011) 2. "buku 10 tahun akan datang" (2012) 3 ."back to the future" (2012) 4. "berita dari BBC London" (2015) 5. "wanita termuda terkaya di Malaysia" (2015) dan terakhir... 6. "Tasha melanjutkan pelajaran ke Eropah" (2015) tapi...ada juga rasa mcm mau kasi siap... ada jugalah aku cuba utk teruskan cerita ni.....jangan trkjut kalau kamu pernah mngikuti cerita RRYHH ini...... sambungan cerita seterusnya lebih menduga imaginasi....bini tidak ...

Surat Tasha - Ranau Rindu Yang Hampir Hilang

“Betul ke ni, ayah Syikin ingin berjumpa denganku esok pagi???”. Aku agak terkejut, mesej itu disampaikan oleh Encik Adam melalui Syikin yang kemudiannya meminta Alex segera memberitahuku . Encik Adam merupakan Peguam kepada Keluarga Syikin. “Tapi Lex, apa kena mengena aku dengan Yayasan Ismail?”, ayah Syikin merupakan Pengerusi kepada Yayasan Ismail. Alex dengan cermat membalas pertanyaanku “Ram, aku harap kau ikut saja apa yang mereka mahu, aku sendiri kurang faham sebab itu urusan peribadi keluarga Tasha dan Syikin”. Tak berpuashati, lalu aku bertanya lagi, “mmm…Lex, tak abis lagi ke cerita tentang Tasha???”. Alex terus memujukku agar bersetuju untuk berjumpa dengan ayah Syikin. Menurut Alex Yayasan ismail akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dan ianya ada berkaitan dengan perjumpaan aku dengan ayah Syikin esok. Perbualan kami aku anjakkan dengan mengemudikan topik cerita kepada Tasha. Sebelum tu aku bertanya dengan lebih lanjut tentang Yayasan Ismail, tentang ayah Sy...

TASHA MELANJUTKAN PELAJARAN KE EROPAH (RRYHH bahagian 2.5)

(Sebulan kemudian) Bulan November kini menjelma. Hampir sebulan Tasha telah ke Kuala Lumpur. Sejak peristiwa tanah runtuh tersebut, aku tidak pernah berjumpa Tasha. Alex menceritakan tentang keluarga Syikin yang mahukan Tasha menyambung pelajarannya ke Eropah? Alex sendiri tidak mempunyai maklumat tentang lawatan Ayah Syikin bersama Tasha ke Ranau tempohari. Tasha telah kembali ke Kuala Lumpur. Aku sebenarnya teringin sangat nak tahu perkara sebenar. “Ram, ada beberapa pesanan dari Syikin”, Alex memulakan cerita diawal pagi. Hari ini adalah hari keluarga sebuah Koperasi yang terbesar di Ranau. Aku dan Alex turut serta sebagai wakil Ranau dan ibu pejabat Kota Kinabalu. “Larian mini marathon di sekitar Pekan Kundasang akan dimulakan sebentar lagi” , pengumuman telah dibuat dan aku tidak respon kepada pernyataan Alex tentang pesanan dari Syikin tersebut. Pekan Kundasang adalah pekan yang cantik di kaki gunung kinabalu, ia terletak di daerah ranau. Keindahan persekitaran pekan ...

(RRYHH bhg 2.4) WANITA TERMUDA TERKAYA DI MALAYSIA

Okestra alam semulajadi masih memilih untuk mengalunkan irama percikan renyai renyai air hujan dan basah dingin. Pagi ini adalah hari terakhir sebelum aku kembali ke Pekan Ranau. Selesai bersarapan aku seperti biasa berjalan kaki ke ibu pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan kaki dari Ibu Pejabat Polis Karamunsing KK. Sekaki payung masih mampu membuatkan bajuku agak lembab akibat manik manik hujam monsun di bulan Disember akibat tempias tiupan angin . Hari ini aku perlu menyelesaikan beberapa laporan dari Pejabat Cawangan Ranau untuk di serahkan kepada Pengarah Negeri Sabah. Seperti biasa aku bersama Alex yang masih bertugas di Ibu Pejabat KK. “Ram....kejap lagi kita turun minum...mmmm...ada orang nak jumpa kau”, Alex menyampaikan pesan seseorang yang mahu berjumpa denganku. “Nak jumpa aku???....siapa Lex????, aku bertanya kepada Alex sambil terfikir siapa pula yang berminat berjumpa diriku selain daripada ahli-ahli koperasi dibawah sel...

BERITA DARI BBC LONDON ( RRYHH bhg2.3)

‘Huhhh....kuatnya bunyi guntur’. Tanpa aku sedari rupanya aku akhirnya terlelap dan tertidur. Namun perut kosong memaksaku bangun dari katil. Pakcik Blues rupanya berada di ruang tamu sedang menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia di kaca TV. Aku terus menuju ke dapur. Angin kuat menyebabkan air hujan membasahi gigi tingkap kaca. Tempias hujan masuk melalui celah bawah pintu balkoni luar dapur. Bunyi deruan angin berserta guruh selepas kilat berterusan menguasai bening malam. Aku pantas mencapai lauk pauk yang sedia terhidang dan makan bersama nasi yang aku ambil dari periuk nasi elektrik. Selesai makan lewat malam aku terus masuk ke bilik tidur semula. ‘Kuat sangat bunyi TV di ruang tamu ni’, aku terganggu dengan kebisingan suasana lantaran audio daripada TV yang sedang ditonton oleh Pakcik Blues. Bunyi sorakan penonton kedengaran seolah olah aku berada di dalam stadium bolasepak, aku lantas menghidupkan siaran radio. Radio milikku di sebelah kiri katil tidurku sering menjad...

Ranau Rindu Yg Hampir Hilang - Bhg 2 (Back To The Future)

Sewaktu menonton kami tak banyak berkomunikasi. Seingat aku kami cuma berkomunikasi semasa mencari tempat duduk sebelum layar filem bermula.  "Tasha..pegang tangan ram ye..", keadaan agak gelap dimana penonton masing-masing mencari tempat duduk. Masing-masing asyik dan teruja. Cerita filem ni memang menarik. Agaknya banyak yang boleh kami kongsi selepas menonton filem ni. "Huhh...bestnya ram!!!..tak rugi u belanja tasha tengok wayang hari ini...memang puas hati'. Tasha kelihatan masih anggun walaupun sedikit menggigil setelah lebih 2 jam dalam panggung wayang. Sesampai di luar panggung aku menggeliat "adoooiii..sakit punggung duduk macam ni..nasib baik cerita tu best..tapi sejuk sangatlah dalam tadi!!!" Keadaan di luar sebenarnya masih hujan dan dingin yang menyebabkan suhu dalam panggung wayang bertambah sejuk. Sesudah menunggu seketika, hujan pun mulai reda. Dah hampir jam 5 petang. Perlahan-lahan matahari mulai menampakkan diri dan mulai menguasai ...

Ranau Rindu Yang Hampir Hilang - Bhg 2 Buku (10 Tahun akan datang)

Buku (10 Tahun akan datang) Guruh dilangit memecah sunyi pagi. Hari ini aku bangun awal...seawal jam 6 pagi. Segelas kopi menemaniku di dalam bilik sambil pandanganku terarah ke luar jendela. Jalanraya kelihatan basah dengan kereta berduyun2 melewati ke arah bertentangan di kedua2 hala. Sesekali aku bangun dan merenung dari corong tingkap melewati kampung Sembulan dan terus ke laut. Sedikit hampa...bayu laut masih lagi sarat dengan hujan..saja untuk meneka bila agaknya hujan akan berhenti. Melodi angin dan ritma hujan sedikit mengungkit drama lama lantas menjentik gundah dijiwa. Suasana awal pagi yang sempoi begitu mengundang bingkisan rindu. 'Baik aku mainkan radio', bisik hatiku yang kian meracau melara. Saluran radio berbahasa Inggeris menjadi pilihanku. 'Syok juga lagu yang sedang dimainkan....girl I'am saving my love all this time..cause I knew someday I'll find...the one that I've loved for so long...in my mind...'. Di dalam bilik aku cuba menye...