Ranau Rindu Yang Hampir Hilang - Bhg 2 Buku (10 Tahun akan datang)

Buku (10 Tahun akan datang)

Guruh dilangit memecah sunyi pagi. Hari ini aku bangun awal...seawal jam 6 pagi. Segelas kopi menemaniku di dalam bilik sambil pandanganku terarah ke luar jendela. Jalanraya kelihatan basah dengan kereta berduyun2 melewati ke arah bertentangan di kedua2 hala.

Sesekali aku bangun dan merenung dari corong tingkap melewati kampung Sembulan dan terus ke laut. Sedikit hampa...bayu laut masih lagi sarat dengan hujan..saja untuk meneka bila agaknya hujan akan berhenti. Melodi angin dan ritma hujan sedikit mengungkit drama lama lantas menjentik gundah dijiwa.

Suasana awal pagi yang sempoi begitu mengundang bingkisan rindu. 'Baik aku mainkan radio', bisik hatiku yang kian meracau melara. Saluran radio berbahasa Inggeris menjadi pilihanku. 'Syok juga lagu yang sedang dimainkan....girl I'am saving my love all this time..cause I knew someday I'll find...the one that I've loved for so long...in my mind...'. Di dalam bilik aku cuba menyembunyikan diri dari realiti. Kafien dari secawan kopi tidak mencukupi bagi menyuntik semangat dipagi yang dingin sebegini.

Hari ini aku ada date???....dengan Tasha lah..siapa lagi. Panggung wayang bakal menentukan hala tuju hubungan kami seterusnya. 'Awal sangat aku bangun ni...Back To The Future...mesti best cerita ni... Dalam mengelamun tak sedar aku tertidur...zzzz...z. 'Ram...Ram...bangun..bangun..ooiii...bangun...Tasha tunggu kat luar tu!!!... Errkkk...adik manisku Zee menggoyang2kan badanku yang masih lena tertidur... 'Mmmm'..aku menggeliat dan meracau2... 'Apa Tasha mau ni???...pagi2 da datang melawat aku pla???... Zee adikku menerangkan... ' heiii...bukan abang dan Tasha nak pergi tengok wayang..hari ni???... 'Alamak...zzz??#@$%^ '... Aku terus melompat bangun dari katil!?@#$%^...


Errr?!%!$!#@.....'Zee..bagi Tasha minum dulu...jap aku keluar...mandi dulu!!!'. (Selepas mandi dan bersiap). 'Hai Tasha..awal sampai???... 'Awal ye...ehhmm???', Tasha seolah2 perli aku. 'Jom lah jalan', aku mengajak Tasha turun dari kuarter Polis tempat aku tinggal. 'Makcik...pakcik...Tasha jalan dulu ye'...Tasha pantas saja bersalam dengan ayah dan ibuku dan adik2ku.

Jam ditanganku dah menunjukkan pukul 11.48 pagi. Tasha terus saja bertanya kepadaku sebelum menghidupkan enjin kereta...'da beli tiket belum???...aku selamba melemparkan senyuman ke arah Tasha. Kelihatan bengang Tasha pun berkata..'laa..orang tanya!!..dia pula tersenyum2???...issshhh!!@@#$$.

Tasha lantas memanaskan enjin kereta lalu membawa kami keluar dari situ. Aku banyak termenung dalam tempoh 10 minit pertama bersama Tasha di pagi ini. 'hhmmm..hmmm..hello...haii..masih ngantuk ke???...Tasha memulakan perbualan. 'Dulu..mmm..u panggil nama I apa ye???. Aku tersentak seketika..lalu bingkas menjawab...'mmmm...dulu I panggil u..Shah'.. 'Ok I suka nama tu...jadi I panggil u..errr..apa pula???...'U panggil I Shah...'. "Ehhh...napa pula sama???..Aku sukar mencari jawapan..lalu menjawab..'entah???..tapi da memang macam tu lah'...'ooo...jadi Shah lah ni ye???...mmm..baik!!!...movie tu jam berapa ye???...errr...Mr. Shah. Aku respon terus..'jam 2 petang lah..err..Miss Shahhh!!!... Tasha tersenyum dengan perlakuan kebudak2kan kami yang sporting antara satu sama lain sambil dia mengerling dari sudut bonjolan matanya yang besar dan luas kelopaknya...

Jalan di pagi ini agak 'jammed'..maklumlah hari Minggu...ramai orang ke tamu Jalan Gaya Street, dan tidak kurang yang keluar bersembahyang di Gereja yang berdekatan di sekitar Kota Kinabalu. Suasana sebegini menjadi lumrah dan kebiasaan di Sabah..memandangkan penduduknya yang berbilang kaum dan agama. Namun suasana ini menunjukkan kekayaan budaya dan resam geo politik yang terencam kukuh dalam platform keharmoniaan yang menjadi lambang kebanggaan rakyat di negeri di bawah bayu ini.

Tasha memasang stereo radio..beralunlah lagu popular kumpulan anak muda 'Guys Next Door'...I've been waiting 4 U. Lagu ini seolah2 menceritakan penantian diriku kepada Tasha.. Tengah syok melayan lagu...Tasha pula menambah 'ajinomoto' sebagai perisa...'bestkan lagu ni!!!..I suka sangat2 lagu ni...'Oh ya..sementara menunggu movie..jam 2...apa kita nak buat???...mmm..Tasha menyambung lagi.."apa kata kita makan tengahari dulu???...nak cuba hidangan Food Court di Centre Point???...Shopping Mall baru tu laaa???. Aku kebingungan..'da buka???...bila masa pula???....aku tak percaya'. 'Hello Mr. Shah...Food Court tu ..dah bukalah..sebelah tingkat bawah je!!!..belah atas Mall tu tak operate lagi!!!..Apa lah U ni...I yang baru beberapa hari diKK pun tahu!!!...U tak pernah pergi CP lagi ke?????. Dalam terdiam aku menenangkan diri dan kemudian membalas pertanyaan berunsur perli tasha tadi "bukan macam tu...biasanya I dengan kawan-kawan lepak dekat Kompleks Karamunsing. Lagipun kitaorang praktis dekat studio muzik sana!!".

(Setelah meletakkan kereta) Tasha terus saja menunjukkan pintu masuk ke Centre Point. Mall ini tak siap sepenuhnya. Entah kenapa tasha beria-ria sangat nak ke 'food court' yang terletak di tingkat bawah komplek membeli belah ini. "Shah meh sini", dalam membayangkan rekaan dalaman mall yang masih dalam pembikinan dengan sentuhan-sentuhan terakhir ini...tiba-tiba tasha memanggil namaku. Tangga escalator masih belum berfungsi. Tapi agak ramai juga pengunjung. Hatiku tertanya-tanya "sedap sangatkah makanan di 'food court' ni?" Sedang mataku asyik berkeliaran, aku perasan yang tasha hilang dari kawalan mataku. Seseorang tak semena-mena menarik tanganku dari belakang, rupa-rupanya tasha agak resah kerana dia yang memanggilku dari tadi tidak mendapat respon yang dia harapkan."issh...apa ni tasha", aku menegur tasha yang mengenggam erat tanganku. "opps sori ram..", tasha tersenyum dan berkata lagi "sori..bukan muhrim". Kata-kata tasha itu membuatkan aku tersenyum, kerana ia merupakan kata azimat buat kami berdua selama ini. Aku menyelami semula peristiwa disebalik apa yang terlakar sebelum ini antara aku dan tasha dengan peri pentingnya frasa kata tadi.

Tasha bertanya "apa senyum-senyum?, mari sini!! Tasha nak tunjuk sesuatu." Aku pun ikut saja kehendak tasha. Dia membawa aku ke ruang legar utama. Begitu ramai orang mengerumuni sudut ini. Apa agaknya yang sedang berlaku? Terlihat anak-anak muda sedang menurunkan tandatangan di atas sebuah buku besar. "kalau Shah nak tahu" Tasha memulakan introduksi seolah-olah seorang penjual jualan langsung, aku lalu memotong kata-katanya "ok..ok..ok..ram tak nak tahu". Tasha buat muka sedih, tapi masih terlihat bonjolan pipi dengan lesung pipitnya. Aku lalu mendampingi tasha dengan lebih dekat dan memujuknya "all right..takkan marah? u ni marah pun masih manis!!"

"Shah nak Tasha sambung cakap atau diam?" Suara tasha tiba-tiba meninggi. Aku lalu mengambil peranan untuk menenangkannya dengan mengalih tajuk perbualan kami "apa ni..kejap u panggil ram..kejap shah. Peninglah Ramsah macam ni". "jangan nak mengada-ngada..jawab soalan tasha!! nak tasha diam atau sambung apa yang nak tasha sampaikan tadi?" Tasha berkeras dengan persoalan yang dia ajukan tadi. "Baik cik adik manis...sila teruskan". Dengan kata-kata gentleman aku itu, tasha lalu menyambung bicaranya yang terputus sebelum itu "kalau shah atau mr.ram nak tahu...sesiapa yang menandatangani buku itu..akan diberikan hadiah". "hadiah??" aku memotong lagi bicara tasha. "hadiah...mmmm...setakat hadiah..jom mr. ram belikan miss tasha hadiah!! U nak apa??". "...isshh...heii...ni hadiah istimewa tau!!!..ulangtahun ke 10 kemudian baru pihak pengurusan shopping mall ni bagi!!" tasha kemudian menjelaskan kepadaku.

"apa??...10 tahun...hahaha..u pergilah sign..aku tak nak tunggu 10 tahun hanya untuk mendapatkan hadiah!!". Tasha muram kembali mendengar gurauanku, pun masih terpahat lesung pipit dipipinya. Sambil mengerlipkan matanya, tasha cuba memujukku "ok la.. biar tasha cari yang lain saja!! Aku tersentak seolah kepala terantuk baru terngadah seraya berkata "apa dia tasha? apa u cakap?". Center Point adalah kompleks beli belah ke 3 dan terbesar setakat ini di Kota Kinabalu. Cerita tentang hadiah ulangtahun ke 10 dan tandatangan di atas buku besar itu belum berakhir. "abang ram..kalau u nak tahu..buku ni khas untuk mencatitkan tandatangan bagi mereka yang berpasangan sahaja!!!...faham". Aku menggaru kepala cuba untuk memahami maksud tasha tadi. Tasha menambah lagi " orang perseorangan tak dibenarkan tandatangani buku ini!!..mereka yang berpasangan mestilah orang yang sama menurunkan tandatangan pada 10 tahun akan datang dan pada masa kini..dah faham abang ram???!!!". Aku baru memahami, rupanya hanya pasangan yang dibenarkan menurunkan tandatangan mereka dan pasangan yang sama juga pada 10 tahun akan datang..."isshh dasyhat buku ni rupanya".

Aku pun menurut saja permintaan tasha. Tandatangan kami berdua telah tertulis bergandingan. Buku tersebut bakal menyaksikan samada kami mampu menyamai apa yang kami buat hari ini untuk 10 tahun akan datang. Tasha kelihatan gembira, wajahnya senyum kemerahan. "terimakasih ram...kerana sudi berkongsi cita-cita dengan tasha", aku terdiam seketika..apa yang dimaksudkan oleh tasha sebenarnya?". Tasha sempat mengusik aku dengan berkata "tapi kenapa tandatangan u panjang sangat...tak takut ke nanti tak sama tandatangan tu pada 10 tahun akan datang??", aku lalu menjawab "hahaha...tandatangan tu sejak I ditingkatan 4 lagi...memang ramai orang kata panjang sangat..tapi ia sangat istimewa sebenarnya..kalau nak tahu..ia bukan tandatangan sembarangan..maksudnya sebegini secara terperinci bahagian asalnya bermaksud NuclearPhysicsScientist dan kemudian ram tindihkan dengan formula tenaga iaitu E=MC2". Tasha kemudian tersenyum dan menambah "itu formula pelakuran bom atom...tenaga sama dengan jisim darab halaju cahaya kuasa dua!!!". Kami berdua kemudian terketawa memandangkan kami terlupa yang kami sebenarnya memang sama-sama memahami bahasa yang kami bicarakan tak seperti orang lain.

Sesudah itu kami berjalan-jalan sambil melewati kedai-kedai ditingkat atas dan level bawah. "Ram...ram...hello" Kurang asam rupanya aku berimaginasi tentang suasana 10 tahun terkehadapan, maklumlah suasana di mall ini begitu mengasyikkan hingga aku tak menyedari kehadiran tasha disisiku. Aku terkejut lalu memandang wajah tasha dan bertanya "agaknya apa hadiah yang dijanjikan andainya kita salah satu daripada pasangan yang mampu tandatangani buku itu 10 tahun akan datang?". "kejap tasha tanya dulu" Tasha tetiba berlari kembali ketingkat bawah ruang legar semata-mata untuk bertanya apa hadiah yang dijanjikan. Selang beberapa minit "wah bestnya..ram nak tahu apa hadiahnya??" Tasha berkobar-kobar nak memberitahuku. Tanpa berfikir panjang aku berkata kepadanya "tak payahlah difikirkan sangat tasha. Silap haribulan msa tu u dah kahwin dengan jejaka idaman u". "ala ram ni tak sportinglah..tasha excited ni!!" Tasha sekali lagi merajuk. Dia kemudian meneruskan katanya "tapi hadiah itu bersyarat...mmmm...syaratnya pasangan itu mestilah dah berkahwin?..atau bertunang...atau pun masih bercinta diantara satu sama lain". "what??" Aku tercabar dengan keterujaan tasha dalam menyatakan syarat tadi. Bukan disebabkan syarat tadi tetapi kerana kemampuan tasha melayani kelaraan hatiku. Agaknya dia kasihankan aku..sama seperti diriku yang kasihankan dirinya. Kemudian aku pun bersuara "wow come on tasha, takkan nak couple sampai 10 tahun". Aku sedikit menempelak syarat tadi, tapi kemudian terfikir sesuatu dan menyambung "baik ...ram dah faham!!". Aku mula memahami syarat tersebut. Mmmm..kahwin?..Bertunang atau pun masih bercinta??

Kami berdua kemudian turun ke tingkat basement  dan terus ke 'food court' dan memilih ruang kedai makan untuk menjamu selera. Makan tengahari merupakan sesuatu yang sering aku impikan untuk bersama sama dengan tasha. Dalam alam kedewasaan begini sebenarnya inilah kali pertama 'date' antara kami. (selepas makan) "Ram terimakasih kerana belanja tasha makan tengahari". Tasha kemudian bertanya "tau tak..", aku terus memotong frasa bualan permulaan tasha yang tergantung tersebut dan menyampuk "tasha tak beritahu lagi ..macamana ram nak tahu!!". Tasha kemudian tersenyum keanak anakkan sambil menjeling manja dengan bulu mata tebalnya umpama 'viper' yang tak henti-henti mengipas akibat matanya yang berkerdip-kerdip. Aku kemudian tergelak dan diam, sambil mengambil nafas yang semakin reda momentumnya lalu berkata "sori tasha..ram saje nak tengok muka u bila u marah", tasha kemudian mengisi perbualan diantara kami berdua "tasha tak marah pun!...cuma terkejut?..tak sangka u ni kelakar rupanya???".

Kata-kata tasha tadi sebenarnya hadir dalam nada dirinya yang cuba menilai dan memahami diriku semula. Sejurus selepas makan kami beredar dan 'window shopping'. "terperangkap dalam memori...hati dirundung kerinduan...dalam aku masih tak pasti...apa akhirnya cinta ini...", lagu baru kumpulan wings kedengaran dimainkan oleh pihak pengurusan mall. "mmmm...best kan ram lagu ni. Tasha suka liriknya. Oh ya..dimana ram belajar main piano? Alex kata u pun boleh bermain lead gitar? Ceritalah, tasha nak tahu ni." Aku termanggu seketika kerana masih ingat bagaimana bunyi petikan piano oleh tasha seakan menjadi intro pengenalan antara kami berdua 5 tahun lalu.

"Sebenarnya...ram tak pernah belajar muzik. Cumanya inspirasi dari seseorang yang membuatkan alunan muzik seakan sebegitu mendewasai diri ram. Ram dibuai memori setiap kali hanyut dengan sentuhan irama muzik...dan semakin terasa dekat dengan dirinya". Aku membuatkan Tasha terdiam, seolah-olah dirinya sedang cuba meneka sesuatu. "Baik...maknanya ram belajar sendiri...gitu?" Tasha masih buntu, cuba untuk mengupas kemusykilan tentang persoalannya tadi dan terus meneka lagi. "Tashakah orangnya??" Aku terus merenung mata tasha dan berkata " tau tak dulu I pernah duduk disisi u semasa u bermain piano..." Tasha lalu seakan mengerti dan sudah menjangka tapi menasihatkan aku "ok..ok..boleh tak jangan terperangkap dalam memori lagi...dengar tak lagu wings tu...u dengar tak liriknya?" Nampaknya tasha tak nak aku menyelak kisah lama yang tak terjangkau olehnya. "Wake up boy. Can we get back to the future???" Teguran tasha mengejutkan aku "alamak tasha...kita ni nak tengok wayang 'Back to the future', lewat dah ni. tiket belum beli lagi. Jom keluar dari CP ni".

'Back to the future' adalah sebuah filem fiksyen sains yang lucu. Semasa kecil aku suka membaca buku fiksyen sains genre sebegini. Sebagai contoh 'Journey to the centre of the earth' adalah cerita yang paling aku minati. Sementara Albert Einstien merupakan ahli sains idolaku. Teori Einstein tentang masa dan jisim paling aku suka. Cerita filem yang bakal kami tonton adalah cerapan daripada teori Einstein tersebut.


(Bersambung)

RRYHH bhg 1 (sila klik link )

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???