Halangan dan Cabaran Dalam Membina Ketamadunan Islam
1. Pendahuluan Tamadun Islam yang pernah terbina adalah atas dasar aqidah, syariah, ilmu dan akhlak. Dasar- dasar ini bertitik tolak dari faktor keagamaan yang menjadi unsur utama pembangunan tamadun islam, yakni seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Penekanan diberi kepada aspek-aspek iman, islam dan ihsan. Malangnya umat islam hari ini begitu tercabar dengan isu-isu seperti konflik politik, krisis ekonomi, kebekuan idea dan penyelewangan agama. Apabila diungkapkan bolehlah dikatakan cabaran-cabaran utama yang melanda adalah kerana kepincangan nilai-nilai akhlak, kurangnya kepimpinan yang berwibawa yang membawa kepada perpecahan, masyarakat yang goncang kestabilan sosialnya akibat pengaruh budaya asing, ideologi barat, kelemahan ekonomi dan kemerosotan ilmu dikalangan umat muslimin itu sendiri yang menyaksikan barat menguasai ekonomi sains dan teknologi dan seterusnya dominan dalam kuasa politik dan ketenteraan. 2. Latarbelakang Dalam abad yang ditunjangi oleh ...