Kisah Secret Admirer (penulis misteri selamanya)
Bulan Ramadan yang menjelang kini mengungkit semula nostalgia. Apa tidaknya saya mengenali cinta pertama pada masa itu. Syawal pula disebaliknya sering meninggalkan kepahitan dalam hidup ini. Sepatutnya ini menjadi pengalaman diriku yang pertama berpuasa disamping orang yang baru saya kenali. Bella(bukan nama sebenar) adalah insan pertama yang saya kenali sebagai kekasih. Cerita ini sebenarnya disingkap pada ketika saya menyambut harijadi yang ke21 tahun. Seperti biasa saya menyambutnya bersama ibu tersayang kerana kami bertuah dilahirkan pada tarikh yang sama. Tentunya itu kebetulan satu dalam jutaan kemungkinan. “sĂ©lamat harijadi mak…Ram sayang mak“. Agaknya ramai orang cemburĂș kerana tak memiliki kelebihan sebegini. Syukur kepada tuhan. Saya sebenarnya memahami bahawa cinta itu hanya perlu pabila tiba masanya. Disebabkan itulah tak pernah saya menginginkannya sehinggalah saya berusia 21 tahun. “siapa nama..” saya bertanya kepada sicantik manis. Sepasang mata g...