Keseimbangan adalah asas kpd semua kejadian ..kejadian adalah asas kpd kepintaran..kepintaran adalah asas kpd ilmu..ilmu adalah asas kepada kekuasaan..kekuasaan adalah asas kpd keseimbangan.....(ram's)
Assalamualaikum semua... Tajuk kali ni memang perlu diketahui oleh semua Cost Controller atau sesiapa yang terlibat dalam bidang ini. Saya akan tekankan kepada bidang F&B, walaubagaimanapun ianya juga terpakai untuk bidang2 yang lain. Pada penutupan akaun bulanan, semua baki akaun akan dibawa untuk menghasilkan akaun Profit & Loss(P&L)/Akaun Untung Rugi. Bahagian Kos dan Perbelanjaan adalah yang terbesar di dalam keseluruhan P&L. Akaun Inventory/Stok ini akan terdapat pada BALANCE SHEET yang merekodkan asset inventory. Baik, mari kita tengok istilahnya terlebih dahulu... FIZIKAL INVENTORY - jumlah baki penutup atau closing inventory pada akaun penutup. Biasanya pada akhir setiap bulan. Tarikh akhir pengiraan memang tidak sama, bergantung kepada setiap organisasi (Hotel/F&B Outlet/dan lain2). TALLY - bermaksud jumlah nilai/value Fizikal Inventory adalah bersamaan dengan apa yang direkodkan di dalam akaun (General Ledger/Lejar Am). GENERAL LEDGER - Le...
Hii semua, anda mungkin membaca post ini disebabkan samada anda seorang Cost Controller (Hotel/Resort/Outlet), F&B Manager, Financial Controller, atau mungkin GM/Owner sesebuah F&B outlet. Baik, biar saya terangkan maksud tajuk kali ni. 1. CARA PENGIRAAN Food Cost % adalah kos peratus bilamana kos Food/makanan dibahagikan dengan hasil/keuntungan/revenue Food/makanan anda (Net/Bersih). Contoh di sini ialah katakan anda menjual Nasi Lemak dgn harga RM5.00 (Net/Bersih - tolak GST/Service charge, atau charge2 yg lain). Jadi revenue = RM5.00 Manakala kosnya pula seperti nasi + santan + telur - daun pisang + minyak + dan sbgainya. Katakan kos makanan tersebut berjumlah RM2.50 (bersih - tidak termasuk kos operasi seperti gaji pekerja, sewa kedai dan sebagainya. Oleh itu Kos % Food/makanan = RM2.50 dibahagikan dengan RM5.00 = 50% 2. BUDGET KOS % Kita katakan kos tersebut tinggi haya bilamana ianya melebihi budget/belanjawan yg telah ditetapkan. Contoh Nasi Le...
1. Pendahuluan Tamadun Islam yang pernah terbina adalah atas dasar aqidah, syariah, ilmu dan akhlak. Dasar- dasar ini bertitik tolak dari faktor keagamaan yang menjadi unsur utama pembangunan tamadun islam, yakni seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Penekanan diberi kepada aspek-aspek iman, islam dan ihsan. Malangnya umat islam hari ini begitu tercabar dengan isu-isu seperti konflik politik, krisis ekonomi, kebekuan idea dan penyelewangan agama. Apabila diungkapkan bolehlah dikatakan cabaran-cabaran utama yang melanda adalah kerana kepincangan nilai-nilai akhlak, kurangnya kepimpinan yang berwibawa yang membawa kepada perpecahan, masyarakat yang goncang kestabilan sosialnya akibat pengaruh budaya asing, ideologi barat, kelemahan ekonomi dan kemerosotan ilmu dikalangan umat muslimin itu sendiri yang menyaksikan barat menguasai ekonomi sains dan teknologi dan seterusnya dominan dalam kuasa politik dan ketenteraan. 2. Latarbelakang Dalam abad yang ditunjangi oleh ...
Comments
Post a Comment