Keseimbangan adalah asas kpd semua kejadian ..kejadian adalah asas kpd kepintaran..kepintaran adalah asas kpd ilmu..ilmu adalah asas kepada kekuasaan..kekuasaan adalah asas kpd keseimbangan.....(ram's)
Who knew what the ending would be....as intimacy was hard to defined.....sometimes I felt love is ours..but you just couldn't say it....(Ram's2011)....
Assalamualaikum semua... Tajuk kali ni memang perlu diketahui oleh semua Cost Controller atau sesiapa yang terlibat dalam bidang ini. Saya akan tekankan kepada bidang F&B, walaubagaimanapun ianya juga terpakai untuk bidang2 yang lain. Pada penutupan akaun bulanan, semua baki akaun akan dibawa untuk menghasilkan akaun Profit & Loss(P&L)/Akaun Untung Rugi. Bahagian Kos dan Perbelanjaan adalah yang terbesar di dalam keseluruhan P&L. Akaun Inventory/Stok ini akan terdapat pada BALANCE SHEET yang merekodkan asset inventory. Baik, mari kita tengok istilahnya terlebih dahulu... FIZIKAL INVENTORY - jumlah baki penutup atau closing inventory pada akaun penutup. Biasanya pada akhir setiap bulan. Tarikh akhir pengiraan memang tidak sama, bergantung kepada setiap organisasi (Hotel/F&B Outlet/dan lain2). TALLY - bermaksud jumlah nilai/value Fizikal Inventory adalah bersamaan dengan apa yang direkodkan di dalam akaun (General Ledger/Lejar Am). GENERAL LEDGER - Le...
Hii semua, anda mungkin membaca post ini disebabkan samada anda seorang Cost Controller (Hotel/Resort/Outlet), F&B Manager, Financial Controller, atau mungkin GM/Owner sesebuah F&B outlet. Baik, biar saya terangkan maksud tajuk kali ni. 1. CARA PENGIRAAN Food Cost % adalah kos peratus bilamana kos Food/makanan dibahagikan dengan hasil/keuntungan/revenue Food/makanan anda (Net/Bersih). Contoh di sini ialah katakan anda menjual Nasi Lemak dgn harga RM5.00 (Net/Bersih - tolak GST/Service charge, atau charge2 yg lain). Jadi revenue = RM5.00 Manakala kosnya pula seperti nasi + santan + telur - daun pisang + minyak + dan sbgainya. Katakan kos makanan tersebut berjumlah RM2.50 (bersih - tidak termasuk kos operasi seperti gaji pekerja, sewa kedai dan sebagainya. Oleh itu Kos % Food/makanan = RM2.50 dibahagikan dengan RM5.00 = 50% 2. BUDGET KOS % Kita katakan kos tersebut tinggi haya bilamana ianya melebihi budget/belanjawan yg telah ditetapkan. Contoh Nasi Le...
(petikan sambungan cerita Ranau Rindu Yang Hampir Hilang) Tasha Buka Cerita “Alam semesta yang luas ini, sebenarnya punya banyak misteri. Diantaranya adalah tentang cerita purba mengenai percintaan 2 nyawa yang meletuskan persengketaan di segenap 7 alam atau dimensi. 7 alam ini mempunyai Kerajaan terkuat masing2 yang menguasai tempat mereka. Sekian lama hidup dalam perdamaian tetapi akhirnya terpaksa beralah kepada peperangan yang panjang. 2 nyawa ini akhirnya dipisahkan bagi menjamin keselamatan 7 alam tersebut”. Lidahku seolah2 beku macam ais. Terasa macam kena gam melekat. Tak tahu nak cakap apa. Dahlah 12 jam dalam kapal terbang kami teruk mabuk muntah2. Penerbangan dari Kota Kinabalu melalui Kuala Lumpur ke Kota London memang menjemukan. Tasha yang baru kami temui seolah2 jadi tukang karut dalam dikir barat. Syikin macam nak tergelak. Baguslah sekurang2nya Syikin dah hilang rasa ketakutan semasa pengembaraan di udara semalam. Tapi aku rasa macam deep deep apa y...
Comments
Post a Comment