Tasha Buka Cerita -Ranau Rindu Yang Hampir Hilang

(petikan sambungan cerita Ranau Rindu Yang Hampir Hilang)

Tasha Buka Cerita

“Alam semesta yang luas ini, sebenarnya punya banyak misteri. Diantaranya adalah tentang cerita purba mengenai percintaan 2 nyawa yang meletuskan persengketaan di segenap 7 alam atau dimensi. 7 alam ini mempunyai Kerajaan terkuat masing2 yang menguasai tempat mereka. Sekian lama hidup dalam perdamaian tetapi akhirnya terpaksa beralah kepada peperangan yang panjang. 2 nyawa ini akhirnya dipisahkan bagi menjamin keselamatan 7 alam tersebut”.

Lidahku seolah2 beku macam ais. Terasa macam kena gam melekat. Tak tahu nak cakap apa. Dahlah 12 jam dalam kapal terbang kami teruk mabuk muntah2. Penerbangan dari Kota Kinabalu melalui Kuala Lumpur ke Kota London memang menjemukan. Tasha yang baru kami temui seolah2 jadi tukang karut dalam dikir barat. Syikin macam nak tergelak. Baguslah sekurang2nya Syikin dah hilang rasa ketakutan semasa pengembaraan di udara semalam. Tapi aku rasa macam deep deep apa yang Tasha cuba sampaikan.

Alex…mmmm masih demam. Entah berapa kali Alex telan Panadol semasa dalam perjalanan ke London. Tapi hairan juga sebab Alex diam tapi asyik tersenyum mengikuti kisah yang Tasha lontarkan. Tasha berhenti bercerita seketika sambil matanya memandang kepada kami bertiga. “Are you still with me guys!!”, suara merdu Tasha bersambung. Alex menongkah arus dan berkata “tak payah nak ayu sangat Tasha. Kami ni masih penat. Kau pendekkan je la cerita kau ni.”

“50 ribu tahun dahulu, Kesatuan Kerajaan itu ada di situ..”, “stoop!!!” Alex pantas menutup ruang bicara Tasha. Jari Tasha baru sahaja menunjukkan ke satu arah. Tanpa peduli kepada aku dan Syikin yang sedang mencari2 objek yang ditunjukkan oleh jari Tasha, Alex agaknya masih demam walaupun nampak tersenyum dan meredah saja kesungguhan Tasha bercerita lalu berkata “Syikin, aku tak boleh angkatlah cerita Tasha ni. Aku yang demam kah atau Tasha yang demam ni.”

Mungkin sedikit fantastik cerita Tasha ni, itu pasal Alex komplen agaknya. Aku cuba meredakan keadaan, “Lex tak pe, biar Tasha abiskan dulu cerita tadi.” Kemudiannya Tasha menyambung dan membuka tiraian kisah sebenarnya yang hendak ia sampaikan. “Tapi sebelum Tasha teruskan. Syikin…..apasal muka kau macam orang nak tergelak je. Lucu ke apa yang Tasha cerita ni?” Dengan suara terketar2 Syikin menjawab…eehh tak la…bibir aku ni menggigil kesejukan la.” Patutlah dari tadi nampak seolah2 wajah Syikin semacam model ubat gigi, kesejukan rupanya.

Bulan November, memasuki Disember. London dah mula disirami salju. Empingan2 nipis airbatu baru saja nak memenuhi pemandangan landskap Ibukota London….

“Sebenarnya Tasha yang kamu baru kenal ni bukanlah Tasha yang sebenar!!!, Maafkan aku Sykin, Alex, dan Shah…maafkan aku”……….???????

Tergamam. Itu respon yang paling sopan untuk detik detik sebegini. Pernyataan menghiris Tasha tersebut menikam ke kalbu hatiku. Teringin rasanya nak bernyanyi lagu ‘Sua Sue Kemuning’ (Filem Nasib Do Re Me – P.Ramlee), semacam aku, Alex dan Syikin sebagai Do Re Me pula. Apa lah nasib kami bertiga jika benar Tasha ni bukan Tasha yang sebenar.

Syikin yang tadinya asyik menggigil kesejukan nampaknya dah bertukar menjadi kaku tanpa bicara. Alex tanpa sepatah kata terus spontan berdiri dan menuju ke bilik air. “Alex kau nak ke mana tu” aku bertanya kepada Alex yang tidak menghiraukan pertanyaan aku. 30 saat kemudian kedengaran suara Alex seperti sedang muntah dalam bilik air. Bunyi seperti orang sedang berkumur2 dan membasuh muka. Mungkin Alex perlukan Panadol lagi selepas ni.

Yang satu, dari sejuk dah jadi kaku, sorang lagi dah memang masih pening lalat…muntah lah pula. Memang twist abis apa yang Tasha kata tadi. Pusing seputar2nya. Tapi aku masih ingat kata2 Alex dahulu…”Ram..kau mesti terus interested dengan cerita Tasha..” mmmm… baik la.

So nampaknya tinggal aku sahaja saat ini yang masih mampu mendengar cerita Tasha. “Ram, aku pening ni, aku masuk tidur dulu”, Alex terus saja ke bilik tidur. Syikin pun nampaknya dah terlelap di atas sofa di ruang tamu tempat kami berempat berbual tadi. “Biarkan Syikin, dah tentu dia masih penat.” Tasha mengambil selimut dan menutupi badan Syikin yang terbaring lena di atas sofa.

Aku dan Tasha mencuri rehatkan minda seketika. Pandangan kami sama2 menjelajahi ruang luar bangunan Hotel tempat kami menginap. Kami berdiri bersebelahan bertentangan kaca ruang beranda. Pintu kaca beranda tertutup rapat memandangkan angin yang sejuk di luar. Aku teringatkan rantaian manik2 hujan semasa di Kota Kinabalu. Atmosfera di Kota London agak berbeza. Tempias angin salju ke dinding kaca tingkap meninggalkan kristal2 salji.

Emosi begitu sukar disaat saat aku berhadapan dengan Tasha seperti sekarang ni……ya sekurang kurangnya dialah Tasha……betul ni????jiwa ku meruntun dan hendakkan jawapan……aku bingkas menggerakkan pandanganku ke arah Tasha……Tasha, memang dialah Tasha…tak payah nak bezakan lagi. Mata, lesung pipit……….aduuuh pening juga sebab dia kata dirinya bukan Tasha pula….

Aku malas mahu mengingati semua detik2 lalu. Kerana tujuan aku untuk menemui Tasha di Kota London adalah untuk meminta penjelasan darinya tentang bagaimana mungkin dia tergerak untuk menyerahkan pemilikan harta arwah ayahnya kepadaku. Aku nak tahu cerita disebaliknya.

“Shah”. “ya Shah”…. Tasha beralih pandang ke wajahku. Tasha merenungku, tenungan mata bulatnya bisa mencairkan apa saja walau salju sekalipun. “Ramsah, Tasha tak nak hangatkan cuaca sejuk di Kota London nie…I kan da kata tadi yang I bukanlah Tasha yang u nak cari”

Hormon lelakiku yang baru nak naik dah beransur menurun selepas mendengar ayat ayat yang tak seberapa nak romantik dari Tasha. Tasha seolah2 menekan butang ‘off’ dan menuntut keseriusan bicara dariku. “Tahu tak apa yang Tasha tunjuk tadi???”. Aku cuba meneka apa yang Tasha maksudkan, dan Tasha terus berkata lagi “ come here Mr. Ramsah”. Tasha mengajakku semula ke ruang tamu.

Jari Tasha menuding semula ke arah sesuatu. “Kesatuan Kerajaan itu ada di situ”. Aku cuba memahami maksud Tasha. Apa yang aku lihat, jari Tasha mengarah ke suatu peta yg terpampang di dinding. “Ia memang ada di situ sejak sekian lama”, Tasha seolah2 mahu aku memahami maksud yang dia cuba sampaikan.


Apa tu???........jajaran jari telunjuk Tasha menghala ke dinding. Namun aku masih terkial kial cuba memahami erti maksud sebenar Tasha. Aku tekan habis semua 5 deria yang aku ada, hanya untuk cuba merumuskan perkaitan benda yang ditunjuk dengan ayat Tasha yang berbunyi “kesatuan kerajaan itu ada di situ”.

Mungkin saja derapan takulan minda aku kurang kencang menerjah titik2 penting maksud Tasha. Atau…ya agaknya aku juga memang kepenatan seperti Alex dan Syikin yg sudah lena tertidur akibat keletihan dek perjalanan jauh yang kami tempuhi dari Kota KInabalu ke Kota London.

Perlahan lahan aku mendekati ke arah dinding. Wallpaper yang menutupi dinding agak kenampakan pudar. Hotel ini agak kecil dan rasanya hampir2 berada di pinggir Kota London. Kedatangan kami ke London tidaklah mengharapkan sambutan yang terbaik dari Tasha. Kami pun cuma menaiki teksi yang sudah dipesan oleh Tasha untuk kami sampai ke hotel tempat Tasha menginap. Yang menghairankan hotel ini terlalu jauh dari sebarang universiti. Bagaimanakah agaknya Tasha menghadiri kelas???

Aku hampir pasti sedang mengelamun. Fikiranku berserabut. Setidak tidaknya paling kurang aku masih bertahan tidak seperti Syikin dan Alex. “Ramsah!!...aku tahu u penat. Memang berat untuk memahami apa yang baru saja aku bagi tahu tadi”. Bagai terpaksa, aku kuatkan saja keterbukaan mindaku untuk mahu terus mendengar cerita Tasha.

Aku melihat dengan dekat peta yang Tasha maksudkan. Aku mencari petanda2 penting. “Tasha…are you sure you are not Tasha”. Arrrghh, nampaknya aku masih belum dapat memusatkan fikiran dan tumpuanku. Kenapa aku masih berminat tentang siapa Tasha sebenarnya???. Tasha cuma tersenyum. Tak tahu kenapa. Tapi kepenatan dan keletihan diriku nampaknya segar bugar kembali setelah menikmati lirikan mata dan senyuman dari Tasha. Sambil memuncungkan mulutnya, Tasha berkata. Dear Mr. Ramsah, engkau tahu tak lagu apa aku paling suka dekat Kota London ni. Soalan Tasha itu makin menarik aku ke waktu pertemuan kali ke2 kami dahulu. Lalu aku terfikir untuk bertanya “maaf Tasha, kamukah malam tu yang bermain piano dengan aku masa dekat kedai makan Syikin???”
Reaksi nakal semulajadi Tasha sebiji sama dengan Tasha yang aku temui sebelum dia ke Kota London. Cara Tasha berinteraksi denganku dan cubaan gurau sendanya memang tak lari. “Aku minta maaf Shah..err…mmm..Ramsah. Ya memang aku yang menemui kamu waktu di Kota Kinabalu dulu. Memang aku yang bermain piano waktu tu. Tapi kenapa kamu bertanya tentang tu pula”. Aku terbatuk. Batuk yang ikhlas dari tubuhku yang sedang goncang. “Boleh tak kita duduk Tasha”. Aku mengajak Tasha untuk duduk, memandangkan aku tak larat untuk berdiri. Otot badanku rasa kejang, mungkin sebab otakku yang sudah berantakan. Kami duduk di sofa semula. Tenang nampaknya Syikin tidur tanpa bunyi, sedangkan Alex begitu kuat berdengkur. Boleh kedengaran irama dengkuran Alex seperti sedang meratapi cerita pelik dari Tasha yang baru sahaja Tasha ceritakan kepada kami bertiga.

Aku cuba mengingati semula soalan Tasha tentang apa lagu yang dia paling suka di Kota London???...manalah aku tahu..malas mahu fikir!!!....seperti dapat membaca fikiranku, Tasha menjawab sendiri soalan yang ia berikan tadi… “I Don’t Want To Talk About It” kata Tasha. Lagu tu aku memang tahu. Lagu Rod Stewart yang memang berasal dari negara tempat kami berada sekarang ni. Rasanya Tasha tak mahu berbicara soal siapa Tasha sebenarnya seperti yang aku tanyakan tadi “are u sure u are not Tasha”….mmmm....
Sebelum kami selesaikan isu siapa Tasha???, ada baiknya aku memahami dulu tentang kerajaan purba yang dimaksudkan tadi. Tasha meneruskan kemahuannya untuk menyampaikan maksud ceritanya tadi. “Apa yang u nampak tadi dekat peta tu”, Tasha bertanya. Aku diam dan membisu seketika... pernafasanku agak terganggu..sedikit semput...mungkin saja disebabkan cuaca sejuk di Kota London. “Peta tu nampaknya cuma peta biasa saja”, aku membalas. Itu ialah peta Kepulauan Borneo dan sekitarnya. Sabah, Sarawak, dan Kalimantan. Takkan Tasha maksudkan yang kerajaan purba tersebut berada di situ pula.

Aku bingkas bangun dan kembali berjalan ke arah dinding. “Tasha!!....ni peta Kepulauan Borneo!!!... Ni tempat kita tinggal!!!......aku kurang faham". Dalam tempoh hampir 2 jam, tapi aku masih tidak memahami maksud Tasha. “Maafkan Tasha. Sebenarnya kami sudah lama menunggu untuk bertemu dengan diri kamu Ramsah!!!. Izinkan Tasha buka cerita sebenarnya!!!". Lalu Tasha bangun dan membuka helaian sejarah seterusnya. "Saya berasal dari dunia yang berbeza dengan dunia kamu dan dunia Tasha kamu. Pun begitu kita semua bertiga asalnya disatukan di dunia yang satu sebelum kita dipisahkan, begitulah juga dengan yang lain2”. Rasanya aku dah hampir tertewas, sama seperti Alex dan Syikin. Aku sudah mula rasa mual nak muntah. Darah seram sejuk mula menguasai urat darahku.

Tasha mengorak lebih jauh dalam membawa aku menyelami misteri yang baru aku ketahui. Tapi sebelum itu aku memberanikan diri menyisih ketakutan dan cuba menggapai awan gelap di kotak fikiranku. Aku kembali bertanya, “baik…baik Tasha….kerajaan purba di Kepulauan Borneo …50 ribu tahun dahulu…..aku…kau…dan Tasha berasal dari dunia yang satu termasuk yang lain2???? Tapi siapa yang lain2 maksud kamu Tasha????" Terasa seolah2 terseru. Entah mengapa otak aku masih kuat demi mencari jawapan…identiti????....aku tahu. Aku seharusnya bertanya tentang identiti!!!! Jika benar apa yang aku baru dengar tadi. Huhhh..cukup dulu…tapi macamana pula dengan cerita diawal2 tadi tentang percintaan 2 nyawa yang mencetuskan pertelingkahan di segenap alam dan dimensi……siapakah 2 nyawa tersebut……akukah????.....Tasha????.....atau orang lain selain kami??????




(bersambung)
RRYHH – 0105 – 28/11/18 – ram’s

Cerita Sebelum Ranau Rindu Yang Hampir Hilang - Sinopsis
😮😮😮

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???