BERITA DARI BBC LONDON ( RRYHH bhg2.3)


‘Huhhh....kuatnya bunyi guntur’. Tanpa aku sedari rupanya aku akhirnya terlelap dan tertidur. Namun perut kosong memaksaku bangun dari katil. Pakcik Blues rupanya berada di ruang tamu sedang menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia di kaca TV. Aku terus menuju ke dapur. Angin kuat menyebabkan air hujan membasahi gigi tingkap kaca. Tempias hujan masuk melalui celah bawah pintu balkoni luar dapur. Bunyi deruan angin berserta guruh selepas kilat berterusan menguasai bening malam. Aku pantas mencapai lauk pauk yang sedia terhidang dan makan bersama nasi yang aku ambil dari periuk nasi elektrik.

Selesai makan lewat malam aku terus masuk ke bilik tidur semula. ‘Kuat sangat bunyi TV di ruang tamu ni’, aku terganggu dengan kebisingan suasana lantaran audio daripada TV yang sedang ditonton oleh Pakcik Blues. Bunyi sorakan penonton kedengaran seolah olah aku berada di dalam stadium bolasepak, aku lantas menghidupkan siaran radio. Radio milikku di sebelah kiri katil tidurku sering menjadi temanku semasa di bilik tidur. Aku suka siaran BBC, iaitu siaran langsung dari London. Selain bahasa inggerisnya yang baku, aku juga suka mendengar berita luar negara dari Radio BBC London sebagai alternatif kepada berita CNN Amerika Syarikat. Aku merasakan seperti berada di Eropah bila setiap kali mengikuti cerita perkembangan secara langsung oleh stesen penyiaran negara ‘Union Jack’ itu.

‘Malaysian Consortium might fail in a bid to secure the biggest deal of the year in an international race to win a contract of becoming the most important partner of Great Britain Government long term project....Edward Michael our BBC correspondence in Kuala Lumpur has the story.....

Bill: Edward...could you tell us whats happening?...
Edward: thanks Bill...it was the most promising news months ago regarding the possibility of sealing a mutual agreements among members of this Malaysian Consortium here in Malaysia. But now it seems vague in reaching even the ground works as the board members of the biggest members of the consortium unable to find a consensus of whose to lead the consortium.
Bill: what is actually dragging the decision...would it be a failure of communication among them? I mean....mmmm... the supposed girl that hold the biggest share....is she still not elligible in a sense of legitimately perform as the owner of the Group Company or Group CEO.
Edward: Well...it is not quite clear Bill.....the only news what I have now is that medical official statement report will conclude over her health state....and this is the reason why the Tender Committee of Project asiggned by British Government might reject Malaysian Consortium Proposal after received many feedback from others interested bidders world wide.
Bill: thx Edward.....Edward Michael from Kuala Lumpur Malaysia.

‘Ni cerita apa pula?...mmmm????....Baik aku tidur, aku pun matikan siaran radio BBC dan zzzzzzz.



bersambung

cerita selanjutnya - wanita termuda terkaya

cerita sebelumnya - Back To The Future

Comments

Popular posts from this blog

Halangan dan Cabaran Dalam Membina Ketamadunan Islam

HOW AIR ASIA MANAGEMENT MANAGING DOWNTURN 2008 TO 2009 - REVISIT

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES