Kisah Aku, Dia..SiDia & Dia Yang sebenar2nya...(Preview)

Sewaktu menulis cerita ini, semuanya masih lagi dalam benak fikiran. Tajuk kisah ini sendiri mungkin perlu diubah. Apa tidaknya, bukan mudah untuk diri ini menggarap dan menyusun mengikut kronologi peristiwa yang berlaku. Rentetan kehidupan pada masa itu terlalu pantas berlaku, cuma 3 tahun sahaja.

Sebelum itu bagi mereka yang belum membaca 'kisah Secret Admirer', sila baca dulu. Saya sendiri berasa terkilan, kalau anda sudah membacanya tentu anda merasakan saya patut berjumpa dengan gadis tersebut. Rugikan, kerana sampai kini asyik memikirkan siapa sebenarnya pelajar itu.

Seperti yang saya janjikan dalam posting saya terdahulu...saya akan cuba untuk mementaskan kisah cinta saya yang pertama. Waktu itu saya berumur 21 tahun, memang tak pernah bercinta sebelum itu. Semasa zaman persekolahan langsung tak terlibat dengan dunia percintaan. Bayangkan apakah kesudahannya jika lewat mengenali alam percintaan???

Baik, sementara itu biar saya huraikan tajuk yang diberikan di atas. Mereka2 ini pernah singgah dihati ini. Mereka adalah Dia(kekasih pertama dan tunang pertama saya - usia 20thn), SiDia(kekasih ke2 - usia17thn), dan(tunang ke2 saya - usia 16thn masa bertunang). Tunang ke2 saya itu akhirnya menjadi isteri saya(minta izin bercerita kalau terbaca posting ini). I promise cerita yang baik2 je.

Dah nampak watak2 tadi, hanya satu persamaan antara mereka. Siapa yang pernah mengenali mereka pasti setuju. Ya...mereka semuanya cantik2, my taste. Hmmm..minta izin sekali lagi. Kali ini pula kepada isteri saya. Ini cuma jurnal peribadi, ia tidak menidakkan yang lain. Saya sebenarnya dah bercerai dan berkahwin semula. Isteri saya sekarang ni pun lawaaa dan tinggi lampai..memang pun taste saya. "Jangan marah Yang", lepas ni I buat cerita kisah cinta kita pula...ok.

Susah juga nak meneruskan preview cerita ni. Ramaiiii orang kena minta izin....aiyo yo machaaa....Jangan gelak...jangan ketawa, ini bukan rancangan "Maharaja lawak"...kakakaka...saya sendiri sebenarnya pecah perut sekarang ni....apaaa lagi???? minta izin laaagi!!!! Okkkk....Sekali lagi dengan izin kepada kedua2 yang lain iaitu orang yang pernah aku kenali tadi.

Ok stop serius ckittt....Sebenarnya cerita cinta saya ini melibatkan 'cinta 3 segi'...betul nieee!!!. Tak Cayaaa????....Kita tunggu....Bagi saya siap mengarang dulu...Untuk semua pembaca setia...rajin2 lah melawat blog ini.....join la jadi member. beri komen anda.....terimakasih....

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???