Ranau Rindu Yg Hampir Hilang - Bhg 2 (Back To The Future)


Sewaktu menonton kami tak banyak berkomunikasi. Seingat aku kami cuma berkomunikasi semasa mencari tempat duduk sebelum layar filem bermula.  "Tasha..pegang tangan ram ye..", keadaan agak gelap dimana penonton masing-masing mencari tempat duduk. Masing-masing asyik dan teruja. Cerita filem ni memang menarik. Agaknya banyak yang boleh kami kongsi selepas menonton filem ni.

"Huhh...bestnya ram!!!..tak rugi u belanja tasha tengok wayang hari ini...memang puas hati'. Tasha kelihatan masih anggun walaupun sedikit menggigil setelah lebih 2 jam dalam panggung wayang. Sesampai di luar panggung aku menggeliat "adoooiii..sakit punggung duduk macam ni..nasib baik cerita tu best..tapi sejuk sangatlah dalam tadi!!!" Keadaan di luar sebenarnya masih hujan dan dingin yang menyebabkan suhu dalam panggung wayang bertambah sejuk.

Sesudah menunggu seketika, hujan pun mulai reda. Dah hampir jam 5 petang. Perlahan-lahan matahari mulai menampakkan diri dan mulai menguasai persada langit. Apabila awan mendung mengesot pergi, aku mengajak Tasha ke tepi laut disepanjang tembok kampung Sembulan. Kawasan pejalan kaki ini menganjur dari Kampung Tanjung Aru melintasi Kampung Sembulan hingga ke Pusat Membeli belah Center Point. Hamparan pemandangan santai di sepanjang tembok ini berlatarbelakangkan jalanraya besar menuju ke pertemuan Persimpangan traffic light petak kuning yang terbesar di Asia Tenggara. Jalan ini sebenarnya melalui Balai Polis Karamunsing, tempat dimana dah 3 tahun keluargaku tinggal di situ sebagai keluarga PDRM. Saujana mata memandang, begitulah yang boleh diungkapkan disepanjang tembok ini. Laut membiru dengan gugusan pulau-pulau yang begitu hampir ke tanah besar. Gunung Kinabalu yang sesekali sekala megah kelihatan nun dikejauhan. Apa lagi yang kurang ditanah bertuah ini? Tempat ini menjadi tempat pengunjung beriadah, jogging memancing dan tempat terbaik di bandar Kota Kinabalu untuk melihat matahari terbenam. Sebenarnya di sini memang sangat indah, menarik dan mampu meleraikan apa jua kekusutan dijiwa.

Sabah secara amnya memiliki keindahan semulajadi yang meletakkanya jauh terkehadapan berbanding tempat-tempat lain. Banyak kemajuan yang terlihat. Aku masih ingat semasa bersekolah ditingkatan satu Sekolah Agama Limau Limauan. Pada masa itu Sandakan merupakan bandar yang terbesar di Sabah dan bukannya Kota Kinabalu seperti sekarang. Setiap hari Ahad kami akan berpeluang keluar ke bandar Kota Kinabalu. Dengan berpakaian lengkap sekolah, bertali leher dan bersongkok, kami menaiki bas sekolah dan keluar secara berkumpulan. Masa itu bandar Kota Kinabalu belum mempunyai kompleks membeli belah yang besar. Yang ada cuma Emporium Cash & Carry dan Supermarket Kojasa. "Ram...apa yang u menungkan tu?", aku tersedar dengan sapaan tasha. Mataku agak terpanah oleh biasan cahaya mentari yang lewat pada deria pandang milik tasha. Mata tasha tampak bersinar memantulkan cahaya kemataku. "mmm..tak apa tasha..cuma ram teringat masa dulu..masa tu tempat ni tak wujud..tak seperti sekarang". Memang benar, sebahagian besar bandar Kota Kinabalu adalah hasil tambakan tanah.

Kami menikmati suasana laut biru sambil duduk ditembok. Angin menderu dan ombak memukul batuan besar disepanjang tembok ini. Kelihatan bot-bot pelancong dan sesekali perahu-perahu nelayan kecil beredar balik dan pergi. Yang nyata kebanyakan bot-bot pelancong itu menuju ke destinasi seperti Shangri La Tanjung Aru Resort dan sebahagian ke Hyatt Hotel. Sambil tasha memandang kearah pulau-pulau di hadapan kami, dia menghayunkan kakinya secara berkala ke depan dan belakang. Aku memerhatikan saja gerak geri tasha.

Sambil mengetip bibirnya tasha sesekali memandang kearahku. Setiap kali aku membalas renungannya dia melepaskan penguasaan mataku dengan melirik dan mengubah laras pandangannya kesebelah kiriku dan kekadang kearah jalanraya dibelakang kami. Lalu aku pun terikut sama mengalihkan pandangan untuk memastikan apa yang sebenarnya diperhatikan oleh tasha. Perlakuan tasha yang berulang-ulang tersebut membuatkan aku bertanya padanya "haiii...u tengok apa tasha?', lalu tasha menjawab "tengok u la!!!", "jadi apasal asyik tengok kebelakang je..kata tengok I ?". Tasha tersenyum nakal sambil mengetip lagi bibirnya. Matanya dikecilkan dengan kelopak matanya yang meluas. Sebenarnya itulah identiti diri tasha, ekspresi manja semulajadi sebegitu memang masih ada pada dirinya.

Tasha menghela nafas panjang sambil menutup kedua-dua matanya. Aku mencuri pandang wajah tasha sepuas-puasnya. Agak lama tasha mendiamkan diri dengan keadaan matanya yang terus tertutup. Hayunan dikakinya juga sudah terhenti. Wajahnya tiba-tiba kelihatan sugul, lesung pipitnya pun seakan lesu. Dia semacam sedang bertafakur. Tasha lalu mengerdipkan matanya sesudah hampir lima minit menutup deria penglihatannya itu.

Aku membiarkan saja perlakuan pelik tasha. Sekali lagi tasha mengulangi helaan nafasnya secara panjang sambil didahului oleh suatu hirupan udara yang amat dalam seolah-olah memenuhi seluruh kantong paru-parunya. Tasha kemudian mendongak kelangit. Aku masih terus memerhatikan drama yang tasha hidangkan dan turut sama mendongak kelangit. Langit kelihatan kemerahan dengan sudut pancaran matahari dari barat semakin rendah terbenam.

Aku tidak pasti jika masa ini kami sedang menikmati perasaan yang sama? Kelihatan nun di udara sekumpulan burung helang sedang terbang dalam format bulatan. Aku juga tidak pasti jika itu turut sama menarik perhatian tasha atau mungkin tasha sebenarnya sedang menerobos sesuatu dalam kotak fikirannya secara separa sedar???

"Tasha...u ok ke?" Aku resah melihat tasha yang berdiam diri. Lalu tasha mengerling padaku dan tersenyum dengan tusukan keayuan diwajahnya. Rambut hitam miliknya menambah seri. Memang kecantikan pada dirinya lebih terserlah berbanding 5 tahun dulu. Keasyikan memandang pada raut wajahnya ketika dia tersenyum semakin memukau kalbuku. "Ramsah....tasha tau kenapa u masih suka melihat wajah I. Ram dah semacam menghafal tiap ceruk rupa tasha...kan!!!". Aku cuma mampu tersenyum dengan apa yang dikatakan oleh tasha. "Memang pun. Tahi lalat bawah bibir kanan. Dua lesung pipit, senyuman, dan mata besar galak milikmu", hatiku seakan menjawab persoalan tasha tadi. Aku mengimbau kembali wajah tasha dan pertentangan mata buat kali pertama antara kami berdua sewaktu bertembung di pintu keluar dari bilik air kedai makan ibu tasha. "Kalau boleh...tasha pun nak menghafal rupa ram...boleh?" Gurauan tasha itu membuatkan hatiku tersentuh, kerana ada benarnya. Dia tentu masih tercari-cari wajahku dalam memorinya yang musnah akibat peristiwa kebakaran 5 tahun dulu.

Sebelum beredar kami terus berbual sambil menunggu saat matahari terbenam. Tasha menghayun semula kakinya sambil berulang-ulang memandang ke belakang dan sesekali beralih pandang ke sisi sebelah kiriku. "Tasha u ni pelik lah...kejap tengok belakang...kejap tengok belah kiri aku...apasal?" Sekali lagi hayunan kaki tasha tiba-tiba terhenti...aahhhh...rupanya aku juga turut terkejut ombak yang datang agak besar dan menghentam batu lalu memercikkan sedikit air laut kearah kami. Kami berdua terus berpusing kebelakang dan terus bangun berdiri kearah belakang bagi mengelak dibasahi percikan air laut tadi. Pun begitu bunyi ombak laut yang memukul batuan agak mengasyikkan dan melenakan.

Bayu laut bertiup sesekali sekala dan kadang-kadang hampir tiada langsung. Hujan pun sudah berhenti sejam yang lalu. "Ram tak reti bawa kereta ke?" Persoalan tasha membuatkan aku berasa malu. "Nape...u nak ajar I?" Tasha tersenyum memandangku sambil menggerak-gerakkan keningnya, lalu jari telunjuknya menuding kearah kereta Syikin yang terletak di belakang kami. Aku pun menoleh ke belakang dan kemudian kearah tasha semula yang mengalihkan laras jari telunjuknya kearah sebelah kiriku pula. Sesudah itu tasha berkata "u drive..i duduk belah kiri u...boleh?" Aku semakin rimas dan spontan memberi jawaban "ala tasha...i tak nak!!!..lain kalilah...ok!!!..dah lewat ni" Tasha pun tergelak seorang diri dan dirinya kelihatan semakin manja. "Hahaha...takkan u takut dengan I ?", nampaknya tasha semakin berani mengujiku. Patutpun dari tadi dia asyik tengok belakang dan kekieri sisiku. Rupanya dia tengah merancang sesuatu.

"Tasha saja nak test u..takkanlah tasha nak u jahanamkan kereta Syikin pula. Hahaha...huhuhu" Panas terasa hatiku dengan gurauan tasha. Aku lalu mengubah cerita untuk meleraikan penguasaan tasha, "mmm..cuba kita bayangkan kereta Syikin tu... macam kereta dalam filem tadi" Tapi tasha nampaknya masih gelihati kerana menganggap seolah-olah aku pengecut. "Tasha..orang cakap..siapa yang banyak ketawa akhirnya akan banyak menangis...faham!!!" Tasha lalu reda semacam terancam dengan nasihatku tadi. "Ok...kejap...kejap. Kereta back to the future tu ke?...Nape?..u nak pandu kereta tu???...hahah...rrrr...ram ni luculah!!!" Tasha nampaknya benar-benar membakar kesabaranku. Mata bulat tasha mulai digenangi air. Aku lalu memberinya saputangan milikku, "kan aku dah cakap tadi..pas ketawa mesti menangis...lap airmata tu!!!"

"Tasha...kereta dalam wayang tadi cuma perlu tekan button dan set masa, tak payah guna steering pun!!! Maknanya...ram boleh pandu...isshhh!!!...u ni!!!" Aku cuba mempertahankan diri agar tidak tewas dengan akal tasha sesudah berjaya mengubah topik cerita. "Baik..janganlah ram marah...gurau je. Kita nak kemana dengan kereta tu? Kalau tasha..mmm...I nak ke 10 tahun akan datang...nak ambik hadiah Center Point tadi...boleh?". Nampaknya tasha lebih berminat dengan masa depan. Aku membiarkan saja tasha meneruskan penerawangan imaginasinya. Sebenarnya aku mahu berbicara tentang masa lampau kami, itu yang lebih menarik minat aku.

Teori Einstein mengatakan cahaya bergerak dalam garisan lurus. Aku masih ingat bagaimana teori Einstein mengatakan seandainya kenderaan boleh bergerak selaju cahaya maka dua orang kembar yang menuju kearah bertentangan akan mengalami perubahan usia yang berbeza. Tasha kembali sugul seketika, dan berkata "garisan lurus adalah bagaimana cahaya bergerak, bermaksud sepanjang laluan sejarah adalah terikat bersama." aku memahami maksud tersebut lalu menambah "benar tasha...kita cuma boleh mengatur masa hadapan mengikut sejarah yang kita hasilkan hari ini." Tasha lalu menyambung.."5 tahun lalu..pasti menghasilkan apa yang berlaku selepas u kehilangan I kan!!!". Nampaknya kami mulai memahami keadaan dan maksud apa yang mungkin terjadi dan kesannya kini selepas kami terpisah selama 5 tahun dulu.


bersambung

cerita selanjutnya - berita dari bbc london

cerita sebelumnya - Buku 10 tahun akan datang


Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???