Pokok Tak Kan Bergoyang Kalau Tak DiTiup Angin

Kekadang kita berfikir nak berubah. Berubah dalam situasi yang kekal, bukannya setakat trial error. Isu ini lah yang menarik perhatian saya malam ini. Setengah pendapat mengatakan dengan cara begini iaitu setakat cuba2 mungkin akan menjadi atau gagal. Saya jelaskan, sesuatu ketidakpastian memang nyata merimaskan untuk disentuh, tapi kegagalan bukanlah penamat sebuah iltizam. Ambil contoh senario ini…"saya tak nak merokok lagi". Bukankah itu terlalu extreme. Dah tentu ada side effect lain timbul. Saya bagi contoh yang berbeza…."kalau nak cari calon isteri....dapat yang cute pun ok lah…(lelaki)….tapi kalau dapat yang cute lagi cantik…itu sudah bagus". Full Packagelah katakan.

Ok….susur galur di atas memang berbeza. Take it or leave it VS On The Way To Heaven. Sebenarnya perjalanan kearah matlamat seterusnya menamatkan deria kita seandainya kita melihat yang jauh secara dekat. Deria kita patut digunakan sepanjang perjalanan tanpa ditutup oleh matlamat yang dihadapan. Siapa yang menghalang anda dari menentukan takdir sendiri. Baik sebelum anda terlemas dalam kata2 saya, izinkan saya memudahkan bicara…sila baca perenggan seterusnya….tarik nafas…hela perlahan2.…

Dalam kita menuju matlamat biasanya kita obses dengan pepatah yang mengatakan Never Looking Back atau Jangan Toleh Belakang….Ni yang lucu…seolah2 Nampak hantu…buka langkah seribu lah ..apa lagi. Cerita sebenarnya begini…Petang tadi saya berborak dengan seseorang sambil menikmati angin di Jeti Tioman. Dia ni mengatakan negara kita dah jauh tertinggal oleh beberapa negara lain yang dulunya setanding Malaysia, pemahaman saya tentang ditinggalkan oleh negara2 lain yang dulunya setanding tu memang betul. Tapi Pemimpin kita taklah sebodoh itu nak terjun dalam kolam yang penuh buaya. Dasar kewangan antarabangsa dan komuniti perniagaan dah sah dimonopoli barat masa tu. Free Trade Area, liberalisasi kewangan, dan hak asasi manusia merupakan senjata mereka dikudai badan2 antarabangsa.

Saya memang tak setuju dengan kenalan baru saya tersebut. Banyak lagilah komen buruk beliau. Sejarah dan masa hadapan berkait rapat, secara analogi saya berkata sebegini..."apa yang ada diperantaraan sejarah dan masa hadapan...anda akan berjumpa dengan anak2 tangga yang kadang2 naik atau turun dan kekiri atau kekanan. Anda pasti pernah berjumpa dengannya dalam sejarah yang lepas. Kelebihan kita terbukti dengan kita memilih untuk buat trial & error (dengan izin) (DEB) tak extreme, upgrade to PEMANDU, kewangan Islam, dan masih menuju wawasan 2020. Siapa kata kita tak boleh menentukan takdir sendiri.

Bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana yang tak bergelora, dan akhir sekali pokok tak kan bergoyang kalau tak ditiup angin. Kalau pokok durian..siap dengan buah jatuh sekali...SELAMAT BERPUASA.

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???