Kisah Secret Admirer (penulis misteri selamanya)

Bulan Ramadan yang menjelang kini mengungkit semula nostalgia. Apa tidaknya saya mengenali cinta pertama pada masa itu. Syawal pula disebaliknya sering meninggalkan kepahitan dalam hidup ini. Sepatutnya ini menjadi pengalaman diriku yang pertama berpuasa disamping orang yang baru saya kenali. Bella(bukan nama sebenar) adalah insan pertama yang saya kenali sebagai kekasih. Cerita ini sebenarnya disingkap pada ketika saya menyambut harijadi yang ke21 tahun. Seperti biasa saya menyambutnya bersama ibu tersayang kerana kami bertuah dilahirkan pada tarikh yang sama. Tentunya itu kebetulan satu dalam jutaan kemungkinan. “sélamat harijadi mak…Ram sayang mak“. Agaknya ramai orang cemburú kerana tak memiliki kelebihan sebegini. Syukur kepada tuhan.

Saya sebenarnya memahami bahawa cinta itu hanya perlu pabila tiba masanya. Disebabkan itulah tak pernah saya menginginkannya sehinggalah saya berusia 21 tahun. “siapa nama..” saya bertanya kepada sicantik manis. Sepasang mata galak yang memukau terus memandangku. Hatiku bagai ditiup angin bayu laut, terasa suasana seperti di atas pentas yang terapung di tengah2 lautan dengan pancaran purnama sang bulan menyuluh kami berdua...benda yang lain seolah2 terhenti memandang gelagat kami berdua. Tiba-tiba, “Hai..saya Shah. Nama siapa”. Shah memang suka potong steam, dengan macho dia menghulurkan tangan dan berjabat tangan dengan sicantik manis tadi. Bab2 ini saya memang kureeeenggg!!!! Tak pandai nak pikat perempuan.

“Isabela (bukan nama sebenar)…kawan2 panggil saya Bella atau Bel..”, nampaknya sicantik manis tadi respond kepada pertanyaan Shah. “Hahh sudah!!!!@#$%^&….kena cari calon girlfriend yang lainlah kalau macam ni”. Hatiku sedikit kecewa. Sebenarnya saya sedikit terdesak pada masa itu memandangkan belum pernah mengenali erti cinta. Shah adalah teman rapat sejak dibangku sekolah lagi. Apa pun buat masa ni saya tak nak bercerita tentang cinta pertama saya.

Ada kemungkinan saya telah merasai bahangnya APA itu CINTA…lebih dulu sebelum ini??? Semuanya berlaku sewaktu saya masih sebagai pelajar sekolah. Malas nak ingat tentang zaman persekolahan, maksud saya dalam soal percintaan. Bukan nak cakap ‘Lover Boy’, tapi memang tak nak layanlah…kekadang kasihan pula pada mereka2 yang sewaktu dengannya tadi.

Disini izin saya menceritakan pengalaman sebenar yang saya alami semasa dibangku persekolahan dulu. Oppps mungkin ada yang mahu mengetahui kisah cinta pertama saya. Harap bersabar, saya akan bercerita mengenainya selepas posting ini.

Antara peristiwa yang paling pelik, masih menjadi misteri, dan sampai kini saya tak tahu siapa orangnya. Ceritanya begini, setiap pagi saya akan menerima surat yang disisip dalam meja saya di kelas sekolah. Tak seperti zaman sekarang orang melayani cinta menggunakan Facebook. Tapi itulah yang sebenarnya berlaku. ‘Secret Admirer’…itulah nama yang digunakan…..rasanya pelajar perempuan kot…takkan lelaki pula????.kakakaka…

Biasanya saya cuma membalas surat ‘peminat’ ni dengan cara menulis kembali secara ringkas di atas surat tersebut. Pada mulanya saya menyangkakan orang tersebut adalah dikalangan teman2 sekelas. “Mustahil???…dalam kelas aku semua cina, satu perempuan India, dan 2 budak lelaki Melayu….No way”, fikirán aku sendiri menjadi buntu bila memikirkannya???

Biasanya pertanyaan..“dah ada girlfriend kah..."???…aku menjawab dengan tulisán ringkas…“belum…tak..nak”. “tapi aku meminati kamu”, sipenulis misteri ini seperti biasa mahu menyatakan kemahuannya. Soalan sebegitu akhirnya membuatkan aku bosan. Selepas dari itu semua surat yang diutus oleh ‘Secret Admirer’ itu tak lagi saya balas.

Apa yang bermula mesti akan berakhir…hukum alam woww!!!!. Akhirnya sampai juga satu tahap yang kritikal…Dalam pada itu sipeminat tadi (maaflah kalau dia membaca cerita ini) telah menukar taktik. Dia akhirnya lebih berani dengan mengutuskan sebuah surat yang membuatkan saya terpinga2. Surat ini menjadi surat kedua yang terakhir saya terima. Dia menyatakan “hari ini saya mahu jumpa kamu disurau sekolah selepas waktu Zohor kerana ada beberapa perkara yang perlu kita selesaikan”. Seperti surat terdahulu sebelum itu, saya tak membalasnya.


Dalam pada itu saya meminta nasihat seorang kawan samada perlukah saya bersemuka dengan ‘Secret Admirer’ ini. Masa tu saya dalam Tingkatan 4 Sains, teman rapat saya mengatakan “jangan dilayan!!!…itu mesti kerja pelajar perempuan kelas petang”. Nasihat kawan tersebut memang menjawab persoalan selama ini. Sidang Pagi…Tingkatan3, 4, dan 5. Sidang Petang Tingkatan 1 dan 2. "ini mesti kerja budak Tingkatan 2 atau 1". Dah tentu pelajar itu meletakkan surat misterinya ke dalam meja kamu selepas sesi persekolahan petang tamat”, hujah kawan tersebut ada benarnya. Mak oiii….dah sahlah tak perlu dilayan!!!…junior aku rupanya…Masuk akal juga kata kawan tadi tu. Itupun kalau betullah??? Sebab benda ni tetap menjadi misteri, kerana sehingga saya berhenti dari sekolah tersebut tak pernah ada sesiapa mengaku menjadi penulis surat2 misteri itu????

Dalam pada itu, dengan mengambil nasihat dan petunjuk daripada kawan tadi, saya mengabaikan permintaan sipeminat tersebut. Sehari kemudian….saya menjumpai surat terakhir yang agak panjang kandungannya. Antara isinya yang masih saya ingat ialah…” tak sangka rupanya kamu lelaki pengecut..”, wah naik darah dibuatnya. Tak berapa ingat secara terperinci, yang jelas dia menulis dalam nada marah bercampur kecewa. Surat terakhir ini juga menjadi tatapan terakhir saya dan saya membalasnya atas rasa hormat kepada peminat saya itu. Saya menulis sebegini, “saya bukannya pengecut…saya memang terigin sangat mengetahui siapa penulis surat ini…maaf saya mahu belajar lagi…kadang2 saya terfikir siapa yang pengecut sebenarnya???…harap kamu jangan lagi menulis surat kepada saya…terimakasih..”.

Sejak itu tiada lagi surat yang saya temui dalam meja saya. Kadang2 rasa rindu pula kepada penulis surat misteri itu. Tiada satupun surat yang diutuskan berada dalam simpanan saya, kerana semuanya saya balas kembali diatas kertas itu dan dikutip semula oleh pengirimnya…. Apa pun saya berharap dia dalam keadaan sejahtera dan tidak marah dengan saya….Izinkan saya memohon maaf kepada kamu jika saya telah melukai hati kamu…terima kasih…

 

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???