Hukum Alam

Malam ini tak tahu apa nak tulis. Tadi duduk sembang kedai mak Ngah dengan kawan2 makan dan minum kopi. Oh ya, sebenarnya saya sekarang berkerja di salah sebuah resort di Pulau Tioman. Kedai mak Ngah umpama markas, tempat berborak dan tengok bola bila ada game live.

Petang tadi main golf sorang2 seperti biasa. Ada juga satu dua kawan2 yang menyapa seperti biasa. Itulah rutin harian hidup di Pulau Tioman ni. Hairan juga baru 2 kali mandi laut, lain kalilah. Anyway, actually I already forgot what to write. Campur2 English Malay, ok whatever ‘enjoy it while it last’.

Baik, ini adalah blog dan bukannya penulisan artikel. Oleh itu saya menulis based on what is inside my brain, some said “All my words are in my brain’. OK kali ini saya ingin menulis tentang isu yang jarang diketengahkan.

Dunia ini seperti menurut segala hukum yang terangkum sejak mula ia diwujudkan. Bengang??? Ada orang cakap bahasa saya terlalu payah dimengerti. Itulah yang cantiknya, berfikir juga memerlukan usaha. Sebenarnya sumber kita semua sama, bermula pada cara yang sama, terganggu oleh variable yang sama cuma corak dan momentum dalam fasa yang berbeza-beza.

Ini bukan teori, telahan atau omong kosong. Saya berbicara menurut analisis pembacaan, pemahaman dan viability atau ketahanan rumusan-rumusan yang telah diuji oleh masa. Teruskan membaca!!!. Mari saya jelaskan, katakan saya membuat kenyataan sebegini….Setelah bersusah payah sekian lama, masih gagal menemui kejayaan. Buntu, hampir putus asa. Tapi bila disemak semula, kita mungkin masih mengamalkan cara yang sama. Apa kata kita ubah sedikit, dah tentu hasil pun pasti berubah. Ini salah satu maksud saya tadi, lihat permulaan perenggan 4. Segala sesuatu ada hukumnya atau formulanya. Kalau nak berubah, lihat pada pembolehubah anda. Contohnya, “kena berjimat bulan puasa sebab raya kena pakai duit“. Apakata kalau statement tu berbunyi begini “kena boros bulan puasa sebab raya kena pakai duit“, dah tentu melanggar hukum.

Hukum juga boleh ditafsirkan sebagai panduan sistem kehidupan. Contohnya, yang bermula mesti akan berakhir. Tapi jika sesuatu masalah tu tak berakhir juga, maknanya pembolehubah anda yang bermasalah. Mari saya perincikan pembolehubah yang bermasalah tersebut. Contohnya seperti berikut:

1. Katakan sumber…. anda adalah CINTA….

2. Hukumnya…. semakin lama berkenalan dengan seseorang, maka akhirnya berhasil membuatkan pasangan anda jatuh cinta kepada anda….

OK apa rasa2nya pembolehubah yang terbaik digunakan untuk mendapat CINTA dari pasangan anda, sudah tentulah seperti berikut….

1. Setia

2. Ambil berat

Dan bukannya seperti di bawah…..

1. Pembohong

2. Penting diri sendiri

 

Untuk itu izinkan saya mempermudahkan bicara kali ini seperti berikut, segala hukum dah ditetapkan secara universal tak kira angkasa rayakah, di bumikah, tempat kerjakah, apa benda sekalipun semua sama. Tak caya… cuba pada diri anda…kaji masalah anda..apa hukum yang terlibat, dan periksa pembolehubah anda….tak ada hukum baru yang boleh ditambah…cuma mungkin manusia masih belum memahaminya…Semua ni basic, kita faham tapi perlu diingatkan selalu....hukum baru yang dibuat2 manusia hanya akan merosakkan sistem yang sedia ada….sebagai penutup bicara cikemiau....“sebahagian rezeki itu adalah juga hak orang lain dan sedemikianlah juga bencana yang datang“.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Halangan dan Cabaran Dalam Membina Ketamadunan Islam

HOW AIR ASIA MANAGEMENT MANAGING DOWNTURN 2008 TO 2009 - REVISIT

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES