Kisah Perdebatan diantara Si Alim dengan Si Atheist

Saya teringat kisah ini yg pernah saya baca dulu....ceritanya lebih kurang begini...ia mengisahkan tentang perdebatan yg bakal berlangsung diantara seorang alim yang akan menentang seorang yang tidak percaya akan kewujudan Tuhan......Pada hari yang dijanjikan dengan sekian tempat dan masa, maka berduyun2 datang untuk mengikuti akal kepintaran si Atheist dengan si Alim ugama ini....Si Atheist dan penonton telah lama menunggu tetapi si Alim tidak juga kunjung tiba........Namun selang waktu yg agak lama akhirnya muncul juga si Alim itu.......Ceritanya lebih kurang begini seterusnya.....ini saya ceritakan semula....

Kelewatan si Alim diperli oleh si Atheist dengan mengatakan "adakah tuhanmu mengajar untuk tidak menepati masa???". Si Alim berkata "sebenarnya dalam perjalanan saya ke sini, tiba2 hujan kuat dan jambatan yang menghubungkan tempat saya keseberang telah hanyut oleh banjir sungai. Setelah hujan beransur kurang...tiba2 sepohon pokok telah tumbang dan membentuk sebuah perahu dan perahu itulah yg saya gunakan untuk menyeberang sehinggalah saya mampu sampai di sini walaupun agak terlewat". Si Atheist kemudian menyampuk "nampaknya Tuhan kamu juga mengajar kamu untuk bercakap bohong". Si Alim bertanya pula "kenapa kamu si Atheist bercakap begitu.....Si Atheist memberi penerangan pula "Macamana pula kamu boleh kata sebuah perahu terbentuk dengan sendirinya daripada pokok yang tiba2 tumbang...mana logiknya tanpa pencipta perahu boleh terbuat sendiri"....orang ramai semua seakan bersetuju dengan si Atheist dengan merasakan si Alim cuba menipu untuk mengada2kan cerita untuk menutup kelewatan beliau dan sikap tidak menepati masa beliau. Orang ramai mula menunjukkan sokongan kepada si Atheist yang tidak percaya kpd Tuhan tersebut.

Pun begitu si Alim cuma tersenyum...Senyuman si Alim menambah kemarahan si Atheist yg masih marah dengan sikap tidak menepati masa dan alasan tidak logik si Alim tentang kelewatannya sampai tadi. Sesudah suasana reda si Alim pun berkata "nampaknya kita tidak perlu meneruskan sesi dialog ini lagi, kerana saudara (Si Atheist) sendiri telah menjawab kekeliruan pihak Tuan dan orang ramai tentang kebenaran kewujudan Tuhan yg satu".....Si Atheist dan orang ramai menjadi bingung...kemudian si Atheist menuntut penjelasan lebih lanjut dari si alim....si Alim menjelaskan "pihak saudara (si Atheist sendiri tidak percaya bagaimana mungkin perahu tadi boleh terbentuk sendiri tanpa pencipta....maka ini bermakna saudara (si Atheist) telah mengaku yg alam semesta ini dan kita manusia mesti ada Penciptanya....dan Pencipta yang Maha Agung itu adalah Dia Tuhan kita"

Rujukan asal adalah daripada hasil pembacaan saya yang kurang saya ketahui sumber asalnya.

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???