Akal vs Hati...????

Beberapa hari lalu saya ada berkata kpd seorang kwn “kalau nak tidur biarlah dengan hati bukan akal ???”…bermaksud kalau nak bangun gunakanlah akal bukannya hati…

Apa yang berlaku sebenarnya???...semasa tidur..matikan hati kita(memudahkan tidur)..walaubagaimanapun akal akan dibawa kedalam tidur atau mungkin mimpi. Semasa mimpi, akal kita tak stabil..itu yang membuatkan kita terpaksa menafsir mimpi...

Semasa sedar pula sebaliknya dan berbeza keadaannya...apa pula berlaku???...yupp..semasa sedar atau dunia realiti ataupun dalam kehidupan seharian yang nyata...mmmm...pada masa itu hati telah dihidupkan semula..

Akal bermaksud segala kegiatan berfikir dan tahap kecerdasan seseorang manusia…Hati pula ialah jiwa kemanusiaan yang rapuh dan bisa dibentuk dan berubah bentuk.

Hati selalu sakit…lalu menyebabkan perasaan kurang enak dan menganggu proses untuk tidurrrr…Caranya mudah saja…matikan hati dan gunakan akal…

Dalam mimpi kita cuma boleh merasai hati dan perasaan dan tatkala terbangun kita tersedar pabila akal mula memproses memori dalam mimpi dngan recall atau dialing semula…

Tapi akal ada hadnya bilamana hati perlu digunakan atau lebih tepat lagi ‘INSTINCT’…deria istimewa ini biasanya tidak berkuasa menentukan tindakan kita yang pada masa itu bertindak dengan arahan logik akal…Akal menentukan pilihan dan destinasi kita…ianya berkonsepkan ketepatan dan objektif…

Apa yang sebenarnya hadir dan menganggu hati kita…berlawanan dengan konsep ketepatan…hati tidak menentukan pilihan dan tiada destinasi khusus..ianya subjektif..semua benda mungkin betul dan boleh jadi juga salah…

Penggunaan akal dan hati mempengaruhi hasil sekeliling kita…cuba fahami ini…
A. MATLAMAT MENGHALALKAN CARA (contoh akal yang sakit)
B. BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT (contoh akal yang bodoh)
C. BERMAAF MAAFAN (contoh hati murni)
D. TIDAK BERSYUKUR DAN MENYALAHKAN TAKDIR (contoh hati tamak)

Saya berpendapat…mereka yang berjaya ialah mereka2 yang betul dalam kedua2nya.

Gunalah akalmu untuk berbuat kejahatan (bukankah hatimu sakit)
Gunalah hatimu untuk berbuat kejahatan(bukankah akalmu sakit)

Gunalah akalmu untuk berbuat kebaikan (bukankah hatimu tenang)
Gunalah hatimu untuk berbuat kebaikan(bukankah akalmu tenang)

Kesimpulan dari saya “Belailah hatimu dengan akal yang tenang dan Pandulah akalmu dengan hati yang tenang”..Segala ketenangan itu berasal dari yang MAHA PENCIPTA…



Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???