The best things do happens

Beberapa perkara cukup menggembirakan saya baru2 ini.

Pertama.....Suatu hari semua ibu bapa pelajar telah dijemput ke sekolah rendah SK Tawau. Ini termasuklah isteri saya, ini memandangkan saya berada di Pulau Tioman Semenanjung Malaysia. Saya sebenarnya terharu mendengar cerita ni daripada isteri saya melalui telephone. Cerita seterusnya begini...suatu hari isteri saya ke sekolah atas call daripada pihak sekolah sempena majlis Hari Bapa....

Hari Bapa disambut oleh sekolah tersebut dengan beberapa acara sebelum dan semasa. Majlis penyampaian hadiah diadakan di Dewan Sekolah....guess what????...

(Dalam Dewan - penyampaian hadiah dan ucapan2)....(Acara utama - pengumuman karangan terbaik sempena 'HARI BAPA').....seorang guru mengumumkan sesuatu di atas pentas...saya membayangkan semula suasana hari tersebut berdasarkan cerita isteri saya yang hadir di situ pada masa itu.....

(Pengumuman keputusan karangan terbaik)...."Baik...rasanya semua sedang ternanti2...karangan manakah yang memenangi pertandingan karangan terbaik sempena hari bapa pada tahun ini????", seorang guru menaikkan rasa gemuruh...gementar semua orang...."Untuk murid tahun 3..dengan karangan bertajuk 'Sejauhmanakah kamu menyayangi ayah kamu?'..."..(sebelum pengumuman dibuat..cikgu membacakan petikan dalam karangan tersebut..."Nama ayah saya ialah Ramsah Sabdin...walaupun kami tinggal berjauhan tetapi dia amat mengambil berat tentang diri saya....Ayah saya berkerja di Pulau Tioman. Ayat terakhir karangan itu berbunyi...My Father is the best father in the world!!!!....."..."dengan ini diumumkan pemenang karangan terbaik untuk murid tahun 3 bersempena Hari Bapa jatuh kepada adik BABY NATASHA".....

Isteri saya tak menyangka langsung kemenangan tersebut kerana segala tulisan dibuat oleh anak saya sendiri tanpa bantuan sesiapa...Bahkan terdapat 136 murid tahun 3 yang turut serta bertanding...Dengan rasa bangga Baby Natasha naik ke atas pentas untuk mengambil hadiah....



Perkara kedua...semalam saya call isteri saya dan bertanya dia sedang buat apa?...jawapan itu mengejutkan sedikit kerana lain daripada biasa....

(Begini jawapannya)..."saya di luar panggung wayang ni sedang menunggu budak 2 tu keluar dari menonton cerita Spiderman yang terbaru". Saya mempunyai 2 anak iaitu Baby Natasha(9thn) dan adiknya Mohd Hafizi (4thn)...Hari ini sebenarnya cukup bersejarah buat Fizi ataupun Cikemiau@Big2...nama yg saya beri semasa dia masih bayi.....

Nak tahu kenapa begitu bermakna buat Fizi...kerana malam semalam adalah kali pertama dia masuk pawagam dan menonton wayang....hehehehe...bestnya...mesti dia terpaku dan diam tak seperti biasa...maklumlah dalam keadaan gelap dan skrin besar...mesti dia terkejut tengok saiz gambar besar.....

Ternyata Fizi memang cukup gembira...saya sempat bertanya dia semalam...reaksinya memang cukup2 gembira....saya masih ingat masuk panggung wayang pertama kali dulu...masa tu dengan arwah ayah menonton filem Bruce Lee - Enter the Dragon....dah tentu perasaan yang sama dengan Fizi...cumanya Fizi lebih berani kerana cuma ditemani kakaknya Baby....


Perkara Ke3....Adik saya Eija telah memasuki final dalam satu pertandingan menyanyi...dia ni pelik sikit....masa umur 4 tahun dah memenangi pertandingan nyanyian dengan mengalahkan orang2 yang lebih dewasa...punya bakat menyanyi dan cukup determine utk sesuatu benda...so saya berharap dia akan memenangi sesuatu untuk dirinya and saya can't wait to see her progress...all the best eija!!!....

Oh ya..lupa nak bagi tahu...kertas karangan Baby Natasha kini di pamerkan diruang utama sekolah SKII Bandar Tawau...sesuatu yang akan menjadi kebanggaan dirinya sampai bila2.....



                        *******************THE END***********************

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???