Orang berbudi Kita berbahasa...Orang memberi kita merasa..

Salam kepada semua pembaca setia blog Cikemiau. Dah lebih sebulan tak menulis. Posting terakhir ialah pada 29 Sept lalu iaitu puisi bertajuk Metafora Mainanmu. Kecuali tentang percubaan saya untuk menulis novel. Ranau Rindu Yang Hampir Hilang, cerita ni terpaksa saya siapkan secara berkala memandangkan tugas saya sebagai Cost Controller begitu menuntut komitmen yang banyak dari segi masa dan buah fikiran. Bagi mereka yang berminat membaca cerita tu sila beri komen anda. Sebenarnya saya melihat masa lalu hidup ini dan cuba berinterpretasi dengan masa hadapan. Latarbelakang cerita itu adalah benar dan saya touch up dengan keupayaan imaginasi dan keelokan perantauan bahasa.

Bagi mereka yang telah membaca puisi2 saya, saya ucapkan terimakasih. Saya akan berterusan untuk cuba menghasilkan lebih banyak puisi untuk pembaca blog Cikemiau.

Di sini ingin saya berkongsi sedikit berita terkini tentang diri saya. Baru-baru ini 2 perkara menjadi begitu memeningkan dalam hidup saya. Yang pertama permintaan sebuah badan bukan kerajaan negeri atas sana untuk bekerjasama dengan mereka. Satu kerjasama seantero, tapi saya geleng bila meneliti wakil2 daripada negara lain yang begitu established. Umpama anak mancis dengan lighter gas. Tapi saya berterimakasih kerana keyakinan yang diberikan kepada saya. Kadang2 bila nak cerita..pasti orang gelak. Anyway kita adalah apa yang kita fikirkan...dan orang lain adalah apa yang mereka tunjukkan kepada kita...

Yang kedua...ah ni saya terima. Seorang teman juga...lebihkurang sama tempat meminta saya untuk alihbahasa 2211121 beliau ke pertuturan kita. Sebagai balasan apa yang saya buat akan terakam dalam 2211121 dan ada timbalbalasnya. Sesungguhnya saya sengaja berpolemik dari segi gaya bahasa ni. Cuba fahami maksud saya.

kedua2 tadi boleh jadi titik tolak momentum yang berterusan yang saya perlukan. Hidup yang x constant xda thrill. Saya pun memang jenis yang cepat bosan dengan sesuatu benda. Pro & Contra memang wujud.

Apapun 415111114 saya.



Comments

  1. 1st time lawat blog yg guna dynamic view template...2b honest, wa pening la...hehe...anyway,salam perkenalan...

    lawatan pertama dari tekok beriuh ^0^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???