Sesungguhnya Akal Manusia Itu Tunduk Dengan Kebijaksanaan Allah

Beberapa tahun lepas saya pernah terjumpa buku bertajuk seperti di atas. Sesiapa ikut saya jalan pasti boring kerana saya akan menghabiskan masa dikedai2 buku. Baik, dah tak ingat apa yang diceritakan dalam buku tu. Apapun intipatinya terkandung dalam tajuk buku tu sendiri.  Ajaran Islam mengatakan bahawa akal manusia adalah milik Allah. Nyawa manusia juga milik Allah. Manusia itu sendiri milik Allah, kerana Dia yang mencipta kita. Oleh itu adakah akal kita lebih bijak berbandingi zatNya. Teruskan membaca....

Manusia punya perasaan. Perasaan itu sebahagian dari nikmatNya yang diberikan kepada kita. Jatuh Cinta...jatuh hati....ada yang kecewa pula...kononnya putus cinta....hidup x fair...kenapa ini balasanNya. Banyak lagi melibatkan perasaan...dengki...sakit hati...x puas hati...merajuk...marah....Tapi kekadang bila puas hati atau gembira pula lupa padaNya.

Kita selalu berhadapan dengan keputusan2 atau takdir yang kurang akal kita fahami.....takdir sebegini menyebabkan kita sedih.....rasa mcm dunia nak kiamat....Astagfirullah....Sabar....bertenang....dalam sejarah kemanusiaan menyaksikan ketenanganlah yang menyuluh kehidupan kita......dalam sejarah kemanusiaan juga menyaksikan amarah penyebab kehancuran!!!.....

Dalam ajaran Islam mereka yang disayangi Allah adalah mereka yang alim....alim bermaksud mereka yang bijak.....bijak bermakna mereka yang tersuluh kehidupannya......tersuluh bererti mereka hidup dalam ketenangan....ketenangan terhasil daripada kesabaran mereka....kesabaran mereka kerana tak nak hanyut dengan tipudaya syaitan.......BUKAN BEGITU????

Bijak yang dimaksudkan ialah mengetahui (Sifat Allah). Baik contohnya....kita tewas dalam satu perjuangan...tentu sedihkan...adakah kita reda...makan x kenyang...mandi x basah....ketenangan hancur....Apa yang perlu disini ialah kesabaran...Muhasabah diri..."sekecil zarah sekalipun akan menghapus dosa yang lalu"...bukankah itu ada nikmat disebaliknya......bukan itu saja...anda diberi peluang mengetahui diri sendiri...buat batu loncatan....pergi lebih jauh lagi...Dulu saya sering hidup dalam zon pemikiran yang sempit...berada dalam zon selesa. Apa akibatnya bila kita berada di zon yang lebih terbuka...dah tentu kita resist atau menolaknya. Sebab kita rasa tak sesuai..."No...No...No....bukan ini sepatutnya aku dapat!!!!"......

Banyak benda dalam dunia ini yang kita tak tahu...Tetapi Allah Maha mengetahui...Mengetahui itu bijak...bijak itu alim......Anda perlu sedar...Akal kita pemberian tuhan.....Akal harus dibelai...kalau tidak masakan menuntut ilmu itu satu ibadat.......

Begini, maksud tajuk kali ini ialah sebijak mana atau setinggi mana pun pengetahuan kita...pasti kita akan menemukan sesuatu yang diluar kawalan kita......sabar, tenang, terima ketentuanNya, cari nikmatNya.....dan teruskan hidup....Ini adalah sebahagian ujian....sepandai mana manusia.....sehabis mana perjuangan mereka......sebaik mana ibadat mereka......sejahat mana perbuatan mereka.......siapapun mereka....Allah tetap menyayangi mereka....

Andai musibah menimpa....walau sekurun kehormatan diberi kepada mereka....janganlah sesiapa lupa bahawa...."Sesungguhnya akal manusia itu tunduk dengan kebijaksanaanNya. Saya suka menghayati cerita Nabi Musa dengan Nabi Khidir......Akal Nabi Musa terbukti tunduk dengan kebijaksanaan Allah seperti yang dijelaskan oleh Nabi Khidir.....Semoga ianya menjadi pedoman untuk semua.....

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???