Cara Berfikir Yang Betul

“Terimakasih kerana masih berminat membaca tulisan saya“.

Apa perasaan anda sesudah membaca petikan di atas. Cool , berasa dihargai, dan lebih penting lagi….rasa bersemangat untuk terus membaca tulisan saya kan. Ok, mungkin saya telah merubah persepsi anda malam ni. Seperti biasa saya masih perlu mengingatkan bahawa ini adalah blog dan bukannya penulisan artikel. Oleh itu inspirasi idea saya ini adalah cantuman deretan pembacaan dan pengalaman yang diharapkan dapat membantu pembaca yang saya hormati seperti anda.

Sebagai mukadimah biar saya ungkap ayat berbisa ini seperti berikut….”kita bertindak dan hidup menurut persepsi kita”…Ingin saya bertanya kepada anda….adakah ungkapan itu menunjukkan suatu kematangan berfikir atau sebaliknya???…….Bagaimana kalau saya kata seperti berikut….”kegagalan berfikir itu lebih buruk akibatnya daripada menempuh kegagalan itu sendiri”……..Baik, apa yang saya cuba sampaikan ialah…kita mencipta persepsi sendiri terhadap sesuatu perkara dan bertindak mengikut persepsi tersebut. Seterusnya ia menjelma secara realiti dan merubah situasi. Keadaan ini berbahaya dan menimbulkan konflik terhadap diri sendiri. Ini kerana jika anda ingin mencipta kemenangan…biarlah kemenangan itu datang dari diri sendiri dan bukannya dengan cara orang lain memberikan kemenangan kepada anda. Cuba fahami maksud saya tadi dan renungkan kehebatannya rahsianya.

”No one can make you feel inferior without your consent” Eleanor Roosevelt.

Minda yang kuat ada pada mereka yang tahu berfikir dengan betul. Seperti selalu kita dengar istilah …..”panjang akal”…sebegitulah ia akan memberi kelebihan kepada sesiapa yang memilikinya.

Kekadang diri kita pula terlalu down graded terhadap nilai diri sendiri. Maksud saya contohnya....tak salah jika kita menganggap diri kita tak selemah yang orang fikirkan….Sebab itu cuma persepsi orang lain terhadap kita. Tapi salah pula kalau menganggap orang lain lemah tak sehebat kita. Yang ni pula hipokrit namanya…ini contoh berfikir secara salah. Senang cerita, kalau anda hendak berjaya…tak perlu tewaskan orang lain…lambat sikit prosesnya….caranya ialah tewaskan kekurangan diri sendiri dulu. Selepas tu secara langsung orang lain pun mahu tak mahu akan berubah persepsi terhadap kita.

Penutup kata malam ini, “ kita adalah apa yang kita fikirkan”….saya tegaskan disini itu hanyalah persepsi, lebih tepat lagi….“kita adalah apa yang kesabaran kita tunjukkan pada akal kita untuk fikirkan”. Tengok cara P.Ramlee berfikir dalam filem Tiga Abdul.

Selamat Malam….

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???