Live In The Moment

Malas nak cerita pasal bola. Kalau anda mengikuti posting saya semasa perlawanan pertama Malaysia vs. Singapura dulu, pasti anda tahu siapa bakal pemenang game malam tadi. Baik cerita benda lain. Hmmm…dah masuk hujung bulan, nampaknya busy lagilah aku. Puasa pun dah dekat, raya bulan depan. Nantilah plan….kena balik Sabah ni. Apapun masih mencari apa topik nak tulis malam ni????

Beginilah….saya nak mengupas statement berikut….”live in the moment”….pernah saya bertanyakkan soalan sebegini kepada seorang kawan…Soalannya…dalam menikmati kehidupan ini, yang mana satukah antara 3 perkara berikut yang akan anda pilih….hidup mengenang masa lalu….hidup untuk masa depan…atau hidup untuk masa kini. Sila baca perenggan yang seterusnya.

Kebanyakan dari kita masih menagih impian lama tanpa menyedari peluang yang baru disekeliling kita. Pita rakaman hidup kita tak boleh diulang semula. Masyarakat yang jumud adalah mereka yang tidak dinamik. Suka mengekalkan status quo, tanpa menyedari kita sendiri kena berubah. Lihat bangsa Jepun yang bingkas bangun daripada segala permasalahan.

Sesetengah orang pula suka meletakkan keputusan dihadapan mereka. Ini yang dinamakan hidup untuk masa depan….Contohnya, “tak pa tahun ni masih nak joli dulu..tak payah simpan duit. Lagipun calon jodoh belum jumpa lagi“. Orang sebegini suka bertangguh. Contoh kedua ialah mereka yang over to the future. Kata mereka ini tak boleh…itu tak boleh…sebab nak target jadi millionaire dalam 10 tahun konon. Jadi apa yang mereka dapat ialah terperangkap dalam suasana taktikal yang rigid demi untuk mencapai misi mereka. Orang sebegini bakal terlepas banyak peluang, natijahnya nilai kos melepas itu akan jatuh nilainya pada masa akan datang.

Akhir sekali “live in the moment” atau mengambil segala kesempurnaan hidup pada masa kini dan terjemahkan ia menjadi lebih baik daripada masa lalu dan pasti lebih baik pada masa hadapan. Sebenarnya cuba anda hayati…apa yang hebat sangat dengan hidup pada masa kini???? Cuba set minda anda kearah itu. Kejayaan boleh dikutip pada setiap hari jika anda tidak memilih untuk gagal pada masa kini. Kejayaan disini bermaksud absolute, ultimate Kejayaan. Setiap PEMENANG dalam kehidupan tidak semestinya tak pernah gagal, tetapi mereka adalah PEMENANG dalam apa situasi sekalipun. Jika anda berusaha untuk hidup pada masa kini, ini bermakna anda mempunyai minda sebagai PEMENANG dalam kehidupan.

Sebagai penutup bicara, biar saya simpulkan….anda seharusnya dinamik, yakni open minded, mengambil peluang dan up to expectation . Just Do It… jangan bertangguh dan jangan terlalu rigid. Binalah minda Pemenang dalam apa keadaan pun. PEMENANG yang berjaya hidup pada masa kini adalah mereka yang menghargai masa lalu dan Juara dimasa hadapan.

 

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???