Posts

Kenapa Food Cost % bulan ni tinggi ???

Image
Hii semua, anda mungkin membaca post ini disebabkan samada anda seorang Cost Controller (Hotel/Resort/Outlet), F&B Manager, Financial Controller, atau mungkin GM/Owner sesebuah F&B outlet. Baik, biar saya terangkan maksud tajuk kali ni. 1. CARA PENGIRAAN Food Cost % adalah kos peratus bilamana kos Food/makanan dibahagikan dengan hasil/keuntungan/revenue Food/makanan anda (Net/Bersih). Contoh di sini ialah katakan anda menjual Nasi Lemak dgn harga RM5.00 (Net/Bersih - tolak GST/Service charge, atau charge2 yg lain). Jadi revenue = RM5.00 Manakala kosnya pula seperti nasi + santan + telur - daun pisang + minyak + dan sbgainya. Katakan kos makanan tersebut berjumlah RM2.50 (bersih - tidak termasuk kos operasi seperti gaji pekerja, sewa kedai dan sebagainya. Oleh itu Kos % Food/makanan = RM2.50 dibahagikan dengan RM5.00 = 50% 2. BUDGET KOS % Kita katakan kos tersebut tinggi haya bilamana ianya melebihi budget/belanjawan yg telah ditetapkan. Contoh Nasi Le...

KENAPA FIZIKAL INVENTORY TAK TALLY DENGAN GENERAL LEDGER (GL) ????

Image
Assalamualaikum semua... Tajuk kali ni memang perlu diketahui oleh semua Cost Controller atau sesiapa yang terlibat dalam bidang ini. Saya akan tekankan kepada bidang F&B, walaubagaimanapun ianya juga terpakai untuk bidang2 yang lain. Pada penutupan akaun bulanan, semua baki akaun akan dibawa untuk menghasilkan akaun Profit & Loss(P&L)/Akaun Untung Rugi. Bahagian Kos dan Perbelanjaan adalah yang terbesar di dalam keseluruhan P&L. Akaun Inventory/Stok ini akan terdapat pada BALANCE SHEET yang merekodkan asset inventory. Baik, mari kita tengok istilahnya terlebih dahulu... FIZIKAL INVENTORY - jumlah baki penutup atau closing inventory pada akaun penutup. Biasanya pada akhir setiap bulan. Tarikh akhir pengiraan memang tidak sama, bergantung kepada setiap organisasi (Hotel/F&B Outlet/dan lain2). TALLY - bermaksud jumlah nilai/value Fizikal Inventory adalah bersamaan dengan apa yang direkodkan di dalam akaun (General Ledger/Lejar Am). GENERAL LEDGER - Le...

TASHA MELANJUTKAN PELAJARAN KE EROPAH (RRYHH bahagian 2.5)

(Sebulan kemudian) Bulan November kini menjelma. Hampir sebulan Tasha telah ke Kuala Lumpur. Sejak peristiwa tanah runtuh tersebut, aku tidak pernah berjumpa Tasha. Alex menceritakan tentang keluarga Syikin yang mahukan Tasha menyambung pelajarannya ke Eropah? Alex sendiri tidak mempunyai maklumat tentang lawatan Ayah Syikin bersama Tasha ke Ranau tempohari. Tasha telah kembali ke Kuala Lumpur. Aku sebenarnya teringin sangat nak tahu perkara sebenar. “Ram, ada beberapa pesanan dari Syikin”, Alex memulakan cerita diawal pagi. Hari ini adalah hari keluarga sebuah Koperasi yang terbesar di Ranau. Aku dan Alex turut serta sebagai wakil Ranau dan ibu pejabat Kota Kinabalu. “Larian mini marathon di sekitar Pekan Kundasang akan dimulakan sebentar lagi” , pengumuman telah dibuat dan aku tidak respon kepada pernyataan Alex tentang pesanan dari Syikin tersebut. Pekan Kundasang adalah pekan yang cantik di kaki gunung kinabalu, ia terletak di daerah ranau. Keindahan persekitaran pekan ...

(RRYHH bhg 2.4) WANITA TERMUDA TERKAYA DI MALAYSIA

Okestra alam semulajadi masih memilih untuk mengalunkan irama percikan renyai renyai air hujan dan basah dingin. Pagi ini adalah hari terakhir sebelum aku kembali ke Pekan Ranau. Selesai bersarapan aku seperti biasa berjalan kaki ke ibu pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan kaki dari Ibu Pejabat Polis Karamunsing KK. Sekaki payung masih mampu membuatkan bajuku agak lembab akibat manik manik hujam monsun di bulan Disember akibat tempias tiupan angin . Hari ini aku perlu menyelesaikan beberapa laporan dari Pejabat Cawangan Ranau untuk di serahkan kepada Pengarah Negeri Sabah. Seperti biasa aku bersama Alex yang masih bertugas di Ibu Pejabat KK. “Ram....kejap lagi kita turun minum...mmmm...ada orang nak jumpa kau”, Alex menyampaikan pesan seseorang yang mahu berjumpa denganku. “Nak jumpa aku???....siapa Lex????, aku bertanya kepada Alex sambil terfikir siapa pula yang berminat berjumpa diriku selain daripada ahli-ahli koperasi dibawah sel...

BERITA DARI BBC LONDON ( RRYHH bhg2.3)

‘Huhhh....kuatnya bunyi guntur’. Tanpa aku sedari rupanya aku akhirnya terlelap dan tertidur. Namun perut kosong memaksaku bangun dari katil. Pakcik Blues rupanya berada di ruang tamu sedang menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia di kaca TV. Aku terus menuju ke dapur. Angin kuat menyebabkan air hujan membasahi gigi tingkap kaca. Tempias hujan masuk melalui celah bawah pintu balkoni luar dapur. Bunyi deruan angin berserta guruh selepas kilat berterusan menguasai bening malam. Aku pantas mencapai lauk pauk yang sedia terhidang dan makan bersama nasi yang aku ambil dari periuk nasi elektrik. Selesai makan lewat malam aku terus masuk ke bilik tidur semula. ‘Kuat sangat bunyi TV di ruang tamu ni’, aku terganggu dengan kebisingan suasana lantaran audio daripada TV yang sedang ditonton oleh Pakcik Blues. Bunyi sorakan penonton kedengaran seolah olah aku berada di dalam stadium bolasepak, aku lantas menghidupkan siaran radio. Radio milikku di sebelah kiri katil tidurku sering menjad...

adam cute baby

Image

SHELL REFINING COMPANY MALAYSIA : 2015 MARKETING ANALYSES

Executive Summary  1.0           Company Background & Objectives  2.0           Situational Analysis  2.1                 Market Analysis 2.2                  Target Market  2.3                 Market Demographics 2.3.1                       Consumer Segments  2.3.2                       Business Market Segments  2.3.3                       Behaviour Factors  2.4                Market Needs  2.5                Market Trend 2.6                Market Growth 3.0   ...