TASHA MELANJUTKAN PELAJARAN KE EROPAH (RRYHH bahagian 2.5)
(Sebulan kemudian) Bulan November kini menjelma. Hampir sebulan Tasha telah ke Kuala Lumpur. Sejak peristiwa tanah runtuh tersebut, aku tidak pernah berjumpa Tasha. Alex menceritakan tentang keluarga Syikin yang mahukan Tasha menyambung pelajarannya ke Eropah? Alex sendiri tidak mempunyai maklumat tentang lawatan Ayah Syikin bersama Tasha ke Ranau tempohari. Tasha telah kembali ke Kuala Lumpur. Aku sebenarnya teringin sangat nak tahu perkara sebenar. “Ram, ada beberapa pesanan dari Syikin”, Alex memulakan cerita diawal pagi. Hari ini adalah hari keluarga sebuah Koperasi yang terbesar di Ranau. Aku dan Alex turut serta sebagai wakil Ranau dan ibu pejabat Kota Kinabalu. “Larian mini marathon di sekitar Pekan Kundasang akan dimulakan sebentar lagi” , pengumuman telah dibuat dan aku tidak respon kepada pernyataan Alex tentang pesanan dari Syikin tersebut. Pekan Kundasang adalah pekan yang cantik di kaki gunung kinabalu, ia terletak di daerah ranau. Keindahan persekitaran pekan ...