Akal vs Hati...????
Beberapa hari lalu saya ada berkata kpd seorang kwn “kalau nak tidur
biarlah dengan hati bukan akal ???”…bermaksud kalau nak bangun gunakanlah akal
bukannya hati…
Apa yang berlaku sebenarnya???...semasa tidur..matikan hati kita(memudahkan tidur)..walaubagaimanapun akal akan dibawa kedalam tidur atau mungkin mimpi. Semasa mimpi, akal kita tak stabil..itu yang membuatkan kita terpaksa menafsir mimpi...
Semasa sedar pula sebaliknya dan berbeza keadaannya...apa pula berlaku???...yupp..semasa sedar atau dunia realiti ataupun dalam kehidupan seharian yang nyata...mmmm...pada masa itu hati telah dihidupkan semula..
Akal bermaksud segala
kegiatan berfikir dan tahap kecerdasan seseorang manusia…Hati pula ialah
jiwa kemanusiaan yang rapuh dan bisa dibentuk dan berubah bentuk.
Hati selalu sakit…lalu menyebabkan perasaan kurang enak dan
menganggu proses untuk tidurrrr…Caranya mudah saja…matikan hati dan gunakan
akal…
Dalam mimpi kita cuma boleh merasai hati dan perasaan dan
tatkala terbangun kita tersedar pabila akal mula memproses memori dalam mimpi
dngan recall atau dialing semula…
Tapi akal ada hadnya bilamana hati perlu digunakan atau
lebih tepat lagi ‘INSTINCT’…deria istimewa ini biasanya tidak berkuasa
menentukan tindakan kita yang pada masa itu bertindak dengan arahan logik akal…Akal
menentukan pilihan dan destinasi kita…ianya berkonsepkan ketepatan dan objektif…
Apa yang sebenarnya hadir dan menganggu hati kita…berlawanan
dengan konsep ketepatan…hati tidak menentukan pilihan dan tiada destinasi
khusus..ianya subjektif..semua benda mungkin betul dan boleh jadi juga salah…
Penggunaan akal dan hati mempengaruhi hasil sekeliling kita…cuba fahami ini…
A. MATLAMAT MENGHALALKAN CARA (contoh akal yang sakit)
B. BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT (contoh akal yang bodoh)
C. BERMAAF MAAFAN (contoh hati murni)
D. TIDAK BERSYUKUR DAN MENYALAHKAN TAKDIR (contoh hati
tamak)
Saya berpendapat…mereka yang berjaya ialah mereka2 yang
betul dalam kedua2nya.
Gunalah akalmu untuk berbuat kejahatan (bukankah hatimu
sakit)
Gunalah hatimu untuk berbuat kejahatan(bukankah akalmu
sakit)
Gunalah akalmu untuk berbuat kebaikan (bukankah hatimu tenang)
Gunalah hatimu untuk berbuat kebaikan(bukankah akalmu tenang)
Comments
Post a Comment